­

3 Cara Motivasikan Diri Untuk Memulakan Bisnes Sendiri

5:38 PTG

Sekarang sudah masuk bulan April 2017 dan saya percaya masa awal Januari hari tu ramai yang bercita-cita dan berazam untuk memulakan bisnes sendiri pada tahun ini tapi lepas empat bulan masih tiada apa yang berlaku dan langsung belum bermula.

Rileks !! Jangan risau dan kecewa dengan diri sendiri kerana disini saya akan kongsikan 3 Cara Motivasikan Diri Untuk Memulakan Bisnes Sendiri.

Semoga apa yang saya kongsikan disini dapat membantu meningkatkan tahap kesedaran anda untuk memulakan bisnes secepat mungkin tanpa anda berlengah lagi.

Lihat Pada Komitmen Anda Sekarang

Jadi sekarang anda ada kerja yang stabil, apabila hujung bulan dapat gaji anda bayar hutang rumah, hutang kereta, hutang ptptn, hutang kad kredit, belanja dapur rumah, belanja minyak dan tol, bagi kepada mak ayah di kampung.

Bagi lelaki yang dah berumah tangga pula kena tambah lagi komitmen belanja kepada isteri dan anak. Akhir sekali lepas tolak semua komitmen tu, berapa lagi wang belanja yang tinggal ???

Jangan beritahu kepada saya jawapan anda ( saya taknak tahu pun ), sebaliknya anda sendiri jawap dan simpan di dalam diri sendiri.

Kalau anda rasa tidak mencukupi, jadi jangan buang masa lagi dan mula fikirkan dan lakarkan idea mengenai bisnes apa yang anda ingin ceburi.

Dan kalau anda rasa baki wang belanja anda sudah mencukupi untuk menanggung kesemua kos perbelanjaan bulanan, anda juga harus mulakan perniagaan sendiri.

Ini kerana keuntungan bisnes nanti, anda boleh gunakan untuk pelaburan pada masa hadapan contohnya menyimpan di ASB, Tabung Haji.

Masa Tidur Pun Boleh Dapatkan Income


Yang ni sumpah paling best dan sebab utama kenapa kena mula buat bisnes. Bayangkan tengah malam masa kita tengah tidur nyenyak tak ingat dunia dan bila bangun waktu pagi tengok whatsapp atau emel ada customer dah buat pembayaran pada awal pagi.

Bayangkan lagi perkara macam ni berlaku pada hampir setiap pagi. Bangun je tidur tengok telefon ada duit pelanggan baru bayar. Silap hari bulan orang kata kita gila sebab pagi-pagi lagi dah tersengih sorang-sorang bila tengok telefon.

Walaupun saya cakap perkara diatas adalah paling best, sebenarnya ada situasi yang lagi best daripada dapat duit masa tengah tidur. Yang paling best sebenarnya adalah kita dapat duit pada waktu yang kita tidak jangka.

Situasi ni tak sama dengan kerja makan gaji dimana kerja makan gaji kita dah confirm pada tarikh sekian sekian kita akan dapat gaji. Tapi ianya sangat lain dengan bisnes sendiri kerana tak jangka bila pelanggan bayar.

Kadang-kadang kita tengah makan malam dengan keluarga dan bila kita cek telefon lepas tu dah ada orang bayar. Yang paling lawak tinggal fon sekejap pergi berak, lepas lega berak tengok fon, dah ada orang bayar. Seronok wei !!!

Waktu Kerja Yang Fleksibel

Setiap hari Isnin -  Jumaat bangun awal pagi untuk pergi kerja. Masa on the way kerja tu kena hadap jem, balik kerja pun hadap jem lagi. Kalau anda ada bisnes sendiri, anda tak perlu terlalu risau pasal jalan jem ataupun masa untuk masuk kerja kerana anda boleh set kan sendiri waktu kerja anda.

Tiada siapa akan marah pukul berapa anda mula kerja dan tiada siapa yang akan pantau waktu kerja anda. Ianya satu kebebasan yang mutlak dan anda boleh rancang jadual anda sebaiknya untuk melakukan perkara penting apabila mempunyai waktu kerja yang fleksibel.

Saya harap perkongsian diatas dapat membuatkan anda lebih bersemangat untuk mulakan bisnes sendiri kerana 3 perkara ini telah pun berjaya motivasikan diri saya pada tahun 2015. Apa yang saya tulis ini adalah sekadar perkongsian pengalaman saya sendiri.

You Might Also Like

0 ulasan