Bercuti Di Pulau Perhentian selama 3 hari 2 malam memang menyeronokkan dan memberikan pengalaman yang tak dapat dilupakan. Aku pergi ke sana bersama isteri untuk honeymoon kerana kami baru saja bernikah pada 19 September yang lepas. Sepanjang berada di sana, banyak juga aktiviti yang dilakukan antaranya mandi pantai, berjalan di pesisir pantai, snorkelling, panjat bukit pergi ke kincir angin, singgah di kampung nelayan,...
Hujung minggu lepas aku ada menghadiri kenduri kahwin di Ipoh, Perak. Kena paksa pergi sebabnya tunang aku ni salah seorang dayang ataupun dikenali sebagai bridesmaids. Alang-alang dah jalan sampai ipoh, terus aku rakam ape yang menarik dari hari perjalanan sampai ke hari majlis kahwin tu. Boleh tengok video di bawah. :) ...
2 hari lepas aku ada beli penny board masa keluar jalan-jalan cari barang hantaran kahwin. Saja mengada nak beli walaupun tak pandai main dan tak pernah main pun sebelum ni. Jadi semalam habiskan masa sehari suntuk di dataran Majlis Perbandaran Ampang Jaya untuk belajar main benda penny board ni. Bagi yang tak tahu apa itu penny board, boleh tengok video di bawah :...
13 Ogos lepas balik kampung kali ke....... entah kali ke berapa aku tak ingat dah sebab selalu sangat pulang ke kampung selesaikan urusan hal kahwin. ikuti aktiviti sepanjang aku balik kampung dalam vlog di bawah ni : ...
Beberapa hari ni tak banyak benda menarik yang berlaku. Hanya aktiviti biasa dan pergi buat timelapse di sekitar kawasan Berjaya Times Square. Bagi yang tak tahu apa itu timelapse, boleh search google sebab aku sendiri tak pandai nak terangkan kat sini. Apa pun selamat menonton vlog di bawah. Jangan lupa subscribe :) ...
Minggu lepas aku cuti 3 hari dan sepanjang 3 hari tu aku luangkan masa balik kampung sebab masih lagi dalam mood raya. Masa balik kampung ada melawat rumah no 2 kepunyaan mak dan ayah. Nak tahu lebih lanjut, kena la tengok video kat bawah ni. Jangan lupa untuk subscribe youtube channel :) ...
Petang tadi aku pergi Jalan-Jalan Bersama GoPro Hero 4 Silver di sekitar Berjaya Time Square Kuala Lumpur. Tempat yang dituju hanya Times Square dan juga plaza lowyat. Tujuan aku jalan-jalan petang ni sekadar untuk test kualiti gambar GoPro yang baru aku beli ni. Sebab aku beli GoPro ni adalah kerana nak bertukar hobi daripada main game depan komputer kepada ambil gambar dan buat...
Apa yang paling best bila makan tengah hari ? Mesti la makan tengah hari yang dibelanja oleh orang lain. Hahaha. Tiap bulan wajib ada satu hari dimana makan tengah hari ditanggung oleh tempat kerja. Biasanya hari yang best macam ni muncul pada hari mesyuarat bulanan. Kadang-kadang ada juga dalam sebulan, dua hari makan tengah hari ditanggung tempat kerja bergantung kepada kemurahan hati bos...
Semalam aku offday sebab pertukaran jadual kerja memandangkan sudah masuk bulan baru iaitu bulan Jun. Biasanya tiap kali offday aku jadi mati kutu tak tahu nak pergi mana dan hanya duduk rumah hadap komputer dan internet. So semalam agak bosan sampai tengok komputer pun buatkan aku rasa mengantuk. Alang2 dah bosan dan tak keluar makan seharian akibat terlalu malas, aku pun drive ke...
Disebabkan aku kerja shift dan tak menentu hari cuti, memang sangat susah nak luangkan masa makan dan lepak bersama geng satu rumah. Hari ni aku cuti dan kebetulan geng satu rumah ade semangat nak keluar makan dan lepak waktu malam. Aku takde gambar nak dikongsi, hanya ada video di bawah. Selamat menonton : ...
Semalam, 07 Mei, birthday si dia. Siapa si dia tu ??? Hehehe. Biasanya bila tiba saja birthday pada tiap tahun, kami akan malam bersama. Jadi kali ni event makan malam diadakan di kafe Bert's bertempat di Cahaya Alam, Shah Alam. Bagi aku kafe ni agak sesuai untuk makan malam bersama orang tersayang. Sebabnya pada waktu malam suasana disini tak bising macam di kawasan...
SJCAM SJ5000 Wifi Mainan dan Hobi Baru aku. Saja nak mencuba sesuatu yang baru lagipun nampak macam seronok je tengok orang duk rakam video sebagai kenangan. Tapi aku beli bukan untuk rakam muka sangat pun, aku ada tujuan lain sebenarnya. Aku malas nak tulis panjang sangat jadi aku terus kepada point. Aku beli kamera sjcam ni melalui link di bawah ni ( Konfem...
Cuaca di ampang memang tak stabil sejak dua tiga minggu ni. Tengah hari panas gila gila punya lepas tu dalam pukul 3 hingga 5 petang hujan lebat pulak sampai penglihatan masa tengah memandu pun jadi kabur. Bulan ni aku kerja masuk 3 petang, selalu jugak tiap kali nak keluar rumah perasan awan mendung tapi sempat sampai ofis. Hari ni tengah drive dah hujan...
Rajin betul dua orang ni kerja. Yer aku masih disini, di ampang. Cuba untuk hidup se-aman dan sebahagia yang aku mampu. Nak kata ade masalah tu tak jugak cuma life je yang tak menyeronokkan, banyak dihabiskan dengan benda2 tak berfaedah. Sebenarnya ada satu aktiviti baru yang aku ingin lakukan dan semoga bermanfaat. Mungkin bermula awal Mei dan mungkin juga tak akan berlaku langsung....
Makan malam ni terasa nak cuba pizza hut signature series. Yang aku order ni beef pepperoni perfetto. Pizza yang ni agak nipis sedikit berbanding biasa. Rasa pun bagi aku kurang sikit berbanding pizza menu biasa. Apa pun yang menarik adalah harganya hanya rm 12 termasuk gst. Kalau nak best lagi baik ambil big double box dapat 2 pizza pada harga rm 30. Makan...
Aku bukan penggemar kopi 3 in 1 tapi lepas gatal mulut nak mencuba, terus terpikat dengan rasa kopi ni terutama sekali yang Classic. Yang syok lagi bila beli Dapat Baucer Old Town White Coffee pulak tu. Bukan sekeping, bukan juga 2 tapi 3 keping yang berjumlah RM 15. Tak caya ? tengok ni haaaa. Lepas ni boleh la guna baucer yang dapat ni...
" Seronok ke kerja shift ? ". " Macam mana jadual shift tu ? ". Dua soalan femes ni selalu aku dapat bila jumpa dengan kawan-kawan ataupun masa balik kampung dan jumpa saudara-mara. Aku pun dah tak larat nak jelaskan jawapan tapi bila dah asyik kena tanya kena la juga menjawab. So seronok ke ? Sebenarnya jawapan kepada soalan ni bergantung pada orang...
2 minggu lepas aku dah balik kampung. Jadi plan aku untuk balik kampung seterusnya adalah 2 bulan kemudian. Tapi hari khamis lpas aku fapat panggilan telefon dari emak kat kampung beritahu ayah dimasukkan ke Hospital Besut. Sebab dimasukkan adalah kerana kaki rasa kebas dan kepala rasa terlalu pening. Tanpa fikir panjang aku pon buat keputusan untuk balik kampung. Lepas habis keje pukul 4...
Ni hanya test update. Sebelum ni aku update blog guna gmail apps tapi bila view melalui komputer, tab, dan telefon pintar, hasilnya adalah format tulisan jadi lain dan nampak agak x teratur terutama sekali bab spacing tulisan dan gambar. So terpaksa aku edit balik dengan login melalui komputer dan itu pun ambil masa nak edit. P/s : Gambar jalan2 ke IOI city mall...
Hari tu dah kena sekali. Kali ni kena lagi bila Blog Diserang Post Mengarut ataupun dikenali sebagai spam post. Aku rasa kali ni terjadi sejak aku aktifkan mobile blogging. Tapi ni hanya anggaran aku je sebab aku sendiri tak tahu kenapa boleh kena spam post yang banyak. Aku aktifkan kembali mobile blogging sejak bertukar menggunakan telefon pintar supaya memudahkan aku untuk update entri...
Ini kali ke dua aku berkunjung ke Ipoh. Kali pertama adalah sewaktu menuju ke penang dan singgah di ipoh untuk menikmati makan tengah hari. Kali ni pon sama juga berkunjung untuk makan tengah hari tapi bukan makan dj kedai, aku pergi makan di kenduri kawan sekelas sewaktu belajar di UniMAP yang melangsungkan majlis perkahwinan. Jadi aku bertolak bersama cik tunang dari setia alam...
Semalam lagi dah mengidam roti bakar sampaikn lepas dinner terus pergi kedai runcit beli roti dan kaya. Pagi ni pulak aku bangun awal sangat dalam pukul 5 pagi dah terjaga dan tak rasa mengantuk lagi. Rasa segar semacam siap boleh terus bangun dari katil tanpa rasa malas. Seawal 5 pagi lepas bangun tidur, aku habiskan masa dengan online. Masuk je subuh terus pergi...
Semalam genap seminggu menggunakan Asus Zenfone 6. Jadi aku hanya ada sedikit pengalaman yang nak dikongsi disini. Diharapkan apa yang dikongsi disini berguna bagi yang teringin untuk guna telefon ini pada masa depan. Mula2 sekali aku nak sentuh dari segi performance. Setakat ni aku berpuas hati dari segi sensitiviti skrin sentuh, play back video, dengar lagu, dan penggunaan applikasi sosial seperti whatsapp, twitter,...
Termenung jauh semalam di stesen LRT dan dalam otak hanya fikir bila nak terima bonus. Bagi kaki tangan penjawat awam dah ada berita bahawa akan dapat bonus dibayar sekali dengan gaji bulan Januari 2015. Seronoklah korang. Aku yang kerja swasta pulak masih takde khabar berita mengenai tarikh yg akan terima. Yang selalu dengar adalah " mungkin hujung bulan ni ataupun bulan depan "....
Masuk bulan Januari, shif aku bertukar kembali kepada shif malam. Kalau bulan lepas dapat shif petang dan bulan sebelum tu dapat waktu pagi. Memang tiap bulan akan bertukar shif dan akan pusing ikut giliran. Mungkin ada yang fikir shif malam ni tak menyeronokkan dan menganggu kitaran waktu tidur. Tapi bagi aku, ada jugak kebaikannya kerana waktu malam agak sunyi jadi boleh fokus buat...
Perancangan Tahun 2015 yang aku buat tidak se-gempak dan se-hebat macam orang lain. Cukup sekadar apa yang rasa mampu oleh diri ini untuk dilakukan dalam tahun 2015. Kalau nak disenaraikan semuanya memang banyak juga plan tapi aku hanya beritahu yang mana penting sahaja. Yang selebihnya kurang penting tu akan dikongsi dalam entri yang akan datang sepanjang tahun. 1. Keluar Dari Zon Selesa (...
Dalam post Perancangan Bulan Oktober, aku ada beritahu bahawa aku nak tukar smartphone. Blackberry Curve 9300 yang aku guna selama 2 tahun telah banyak berajasa dan sudah sampai masa untuk aku menaik taraf demi memenuhi keperluan semasa. Cewah ayat nak cliche aje. Fon baru yang bakal menggantikan BB adalah Asus Zenfone 6. Dibeli pada 2 Januari 2015 dan mungkin serta kemungkinan besar akan...
Ni 13 hari yang lepas punya cerita. Saja aku tangguhkan lambat sikit sebab rasanya tak sesuai aku menunjukkan perasaan gembira sedangkan ramai kawan-kawan dan saudara mara kat pantai timur mengalami bencana banjir. Malah sekarang pun banjir masih tak pulih sepenuhnya tapi Alhamdulillah paras air dah turun di beberapa tempat di Kelantan. Jadi kembali pada tajuk, 21 Disember yang lepas aku dah selamat melansungkan...