Rebate RM 200 : Apa Yang Nak Dibeli

5:28 PTG

Korang dapat rebate rm 200 tak ? Aku dapat dah melalui emel selepas 2 minggu dari tarikh memohon hari itu. Walaupun aku sendiri dah guna smartphone Blackberry tapi tetap juga ambil sebab orang nak bagi kan ? Dan sekarang aku tak tahu dan tak pasti lagi smartphone apa yang nak dibeli.



Memandangkan aku sendiri dah ada smartphone, rasanya rebate tu aku ingat nak guna untuk beli  sebiji lagi smartphone dan hadiahkan kepada ayah. Sekarang ni my daddy guna telefon nokia 1110 ( eleven ten ) yang dibeli sejak 6 tahun yang lepas dan rasanya sudah sampai masa untuk dia bertukar kepada telefon yang lebih canggih serta moden bersesuaian dengan tahun baru ini.


Selepas survey harga dan model smartphone yang ada di pasaran serta bersesuaian dengan penggunaa, aku bercadang untuk membeli model Samsung Galaxy Chat. Rupa dan gambaran model telefon tersebut boleh tengok pada gambar di bawah :


Mulanya ingat nak beli Blackberry Curve 8520 untuk ayah tapi bila fikir balik ayah hanya nak guna telefon untuk sekadar membalas sms dan juga menjawab panggilan saja. Nanti fungsi lain dalam blackberry tu tak digunakan dan agak membazir disitu. Jadi dengan Samsung Galaxy Chat ayah boleh cuba untuk menggunakan fungsi touch screen dan kamera yang lebih baik berbanding telefon Blackberry tu.

p/s : Galaxy Chat for my daddy. Hoooraayyyyy

You Might Also Like

6 ulasan

  1. hehe daripada membazir x guna baik beli untuk ayah :D

    BalasPadam
  2. Kalau ayah tak nak bagi kat JR pun boleh juga..hehehe...

    BalasPadam
  3. azi : lambat sket kot. x pon mmg x dapat. hahaha

    jr : boleh je nak bg kt jr tapi kene tengok dulu ayah nak ke x. hehe

    BalasPadam