Selalu Terlambat Menonton Movie Yang Best

10:45 PTG

Selamat malam semua. Dah banyak hari blog ni aku tinggal tidak berupdate sebab terlalu sibuk. Memang sangat sibuk tapi sibuk dengan tengok cerita bersiri sampai tak boleh nak berhenti. Habis 1 episod terus nak sambung tengok episod yang seterusnya sebab cerita tu sangat best gila tahap gaban buatkan aku tak cukup tidur dalam beberapa hari ni. Masuk hari ni kalau tak silap aku dah 5 hari berturut-turut aku layan cerita ni daripada season 1 sampai la season last iaitu season 4. Cerita bersiri yang aku tengah duk layan sampai sekarang adalah Prison Break.


Cerita ni dah lama sejak tahun 2005 hingga 2009 yang mengandungi 4 season tapi tahun 2012 aku baru dapat tengok. Biasa la tahun 2005 aku PMR dan jangan mimpi la ayah aku bagi layan tv kecuali hujung minggu, 2006 - 2007 masuk asrama penuh dan lansung malas nak lepak di bilik tv, 2008 matrikulasi dan tetap aku jarangg tengok tv, 2009 hingga sekarang dah masuk Universiti dan ada laptop dan boleh layan movie walaupun takde tv.

Masa awal aku masuk Universiti dulu, dah ada seorang kawan aku yang layan cerita ni tapi bila aku tanya, komen dia pasal cerita ni takde la menarik sangat. So aku ambil keputusan untuk tak tengok sebab dia bagi komen tak menarik sangat. Dalam beberapa hari yang lepas masa aku tengah bosan dan boring tak tahu nak buat apa, aku pun decide untuk copy cerita Prison Break daripada kawan. Selepas episod pertama aku tengok, aku hanya mampu cakap " Bapak best gile Bab* siri ni. Kenapa la aku lambat tengok cerita yang best macam ni "

Korang pon mesti pernah alami macam ni kan ? Lepas lama dah cerita tu habis baru dapat tengok dan selepas tengok rasa sedikit kecewa sebab lambat tengok. Kenapa benda macam ni berlaku ? dan macam mana nak elak daripada perkara macam ni berlaku pada masa akan datang ?


1. Komen 

Good comment comes from good movie. Betul ke macam tu ? Well aku boleh kata yang tu depend pada taste masing-masing. Ada orang bagi komen yang melampau-lampau bagusnya tapi bila kita tengok movie tu, macam hampeh je dan ada juga yang hanya bagi komen biasa saja tapi bila kita tengok dengan mata kita sendiri, baru la senyap tak tahu nak kata apa sebab tersangat best. Dalam situasi menerima komen orang berdasarkan cerita yang mereka tonton, better take 50% betul dan 50% tak betul berdasarkan komen yang diberikan. Kalau percaya 100% komen yang diberikan, bimbang nanti kecewa apabila tengok cerita tersebut sepertimana dah banyak kali aku alami dalam hal ni.


2. Trailer 


Never Judge a Book by Its Cover. Ramai orang termasuk aku cukup mudah terpengaruh dengan Trailer. Nampak trailer gempak sket je terus fikir movie ni best dan movie tu tak best. Salah satu movie yang pernah aku tertipu dengan trailer adalah filem Kongsi. Kalau tengok trailer nampak agak kelakar dan ada beberapa scene nampak gempak pon ada. Tapi bila tengok, hanya Leeeerrrrrrrr macam tu je yang mampu aku beri. Ada 1 movie aku tengok trailer dia hampeh macam tak best lansung dan agak boring sampaikan tak sanggup nak tengok. Tapi bila tengok cerita baru tahu real punya jauh lebih best berbanding yang ditayangkan dekat trailer. Movie yang aku maksudkan tu adalah The Boune Ultimatum. Try la tengok trailer dulu and then compare dengan movie. Almost all scene dalam movie jauh lagi best berbanding trailer.


3. Sinopsis


Another way untuk mengelakkan rasa kecewa terhadap movie yang korang percaya sangat bagus setelah menonton adalah dengan terlebih dahulu membaca sinopsis. Sinopsis adalah deskripsi singkat mengenai keseluruhan isi sebagai contoh sebuah buku yang kemudian menentukan apakah anda ingin membaca lebih lanjut buku tersebut atau tidak. Itu untuk buku tapi untuk movie sinopsis lebih terperinci berbanding buku dan tidak tergantung di pertengahan jalan. Baca sinopsis movie yang korang ingin tonton tu terlebih dahulu. Kalau sinopsis macam menarik, then baru la decide untuk tengok. Kalau sinopsis bunyi macam agak boring, better jangan. But again jangan depend pada sinopsis 100% sebab sinopsis hanya dalam bentuk tulisan tapi real movie ada gambar, sound effect, aksi menarik, soundtrack dan banyak lagi yang boleh jadikan sesebuah movie tu sangat menarik untuk ditonton.


So aku nak sambung tengok prison break episod 10 season 4 pula. tata dan enjoyce :)

You Might Also Like

6 ulasan

  1. follow up prison break episod 1 then dah tk tgk ehehee

    BalasPadam
  2. tgk gak cite ni sekali sekala. mmg pun. kdg2 trailer je lebih. bile tgk hampeh nya. tp tu sume citarasa masing2 la kan.

    :))

    BalasPadam
  3. aku nak habis dah tgk cerita ni. huhu memang atas taste masing2

    BalasPadam
  4. aku pernah try PB ni tapi tak leh gi r.. member aku pmpuan suka gile tengok ni.. dia kata miller ( hero ) tu hensem.. eleh~

    BalasPadam
  5. huhu aku syok gile dengan siri ni. hero citer ni memang hensem bro

    BalasPadam