Berbual Mesra Bersama Gadis Cun

12:50 PG

Selamat malam kepada semua jejaka hensem yang mengunjungi blog ini. Korang mesti teringin nak berbual mesra dengan gadis yang cun sewaktu terserempak di dalam bas, di taman, di tepi jalan  atau mungkin juga di mana saja tempat yang korang sendiri tak sangka kan ? Well korang sama la macam aku, bila nampak gadis cun je terus rasa nak tegur dan berbual. Yang tak cun baik buat tak tahu je. Kalau boleh sebelum berpisah tu mesti la nak dapatkan nombor telefon dulu baru la boleh terus contact, berkawan and end up with relationship. Perhaps... 

Atau ada juga yang mahu kekal sebagai friendzone. Tu semua tak penting sama ada last sekali jadi friendzone atau in relationship tapi first step yang paling lelaki wish semasa terserempak dengan gadis cun adalah bercakap dengan mereka. Yeah lelaki memang teringin dan cukup nekad untuk bertegur sapa dan memulakan perbualan sebagai introduction untuk berkenalan tapi kebanyakannya tidak cukup berani dan takut mulakan first step termasuk la diri aku sendiri. Tapi aku kadang2 tu berani dan kadang2 tu agak penakut. Depend pada situasi la.

Apa yang paling lelaki takut dalam memulakan perbualan adalah melakukan kesalahan. Kalau salah langkah memang terus takkan dilayan la jawabnya dan silap hari bulan girl tu takkan pandang korang dah lepas tu siap larikan diri lagi. Masa tu korang dah Totally fail pada first step tapi takpe sebab ia akan menjadi pengajaran supaya jangan ulangi teknik yang sama.


Observe

Kalau boleh sebelum nak mula tegur tu, kena la perhatikan dulu gadis tu. Perhatikan wajahnya bagi melihat emosi dia ketika tu. Kalau wajah dia masam semacam je better jangan tegur la bimbang nanti tak pasal-pasal dapat penyakit free melainkan korang sangat expert dalam crack a joke dan mampu membuatkan muka masam dia tu menjadi senyuman.

Biasanya dengan memerhatikan apa yang ada pada sekitar gadis tu mampu menimbulkan satu idea untuk berbual. Sebagai contoh aku pernah duduk di sebelah gadis cun di dalam bas semasa tahun pertama di Universiti dan masa tu dia membawa banyak barang sampai penuh di ruang kaki dengan plastik membeli belah. Apa yang dibeli pun aku tak tahu tapi masa tu aku jadikan barang dia yang banyak sebagai permulaan topik perbualan :

Aku : Banyaknya barang. Shopping sakan ni

Gadis : Eh ? tak la yang ni banyak barang yang kawan kirim je. Saya punya ni je.

Aku : Oooo banyaknya kawan kirim sampai kat kaki

Gadis : Ha ah ni semua barang nak masak kat rumah nanti.

Aku : Masak kat kolej kediaman ke ? Ada dapur ?

Gadis : dapur ada sebab dia yang beli. Memang kitorang selalu masak kat rumah sebab lagi sedap daripada kat kafe.

Aku : Awak pun masak jugak ke ? Awak masak ape ?

Gadis : Saya kadang2 je masak sebab biasanya kawan-kawan yang suka guna dapur tu. Hari tu masak bubur dan nasi goreng.

Aku : Waaaa bestnye boleh masak. Dapat la makan makanan yang sedap tiap hari.


Perbualan tu continue sampai ke topik nama, asal dan juga kursus yang diambil di Universiti. Last sekali aku tak minta nombor dia masa atas bas sebab masa tu aku dah ada seseorang yang aku rapat. Ehem aku jenis yang setia walaupun selalu khayal untuk pasang skandal. Back to the topic here, at least dapat la juga  aku berbual dengan gadis cun tu walaupun sekejap saja atas bas dan rasa seronok gila tu dah konfem la ada masa tu.


Pertanyaan

Kalau korang nak tahu, pertanyaan juga boleh membawa kepada perbualan mesra dengan gadis yang korang cuba nak usha tu. Tapi jangan pula tanya soalan yang remeh macam tanya waktu, tanya lokasi, tanya nama terus dan tanya nombor telefon. Pertanyaan murah macam tu hanya tahan sekejap je dan silap hari bulan memang tak dilayan pun. Kat sini kena kembali kepada Observe di mana pertanyaan korang tu ada kaitan dengan apa yang diperhatikan pada gadis tersebut. 

Contoh situasi ke 2 yang aku pernah buat dengan teknik pertanyaan adalah semasa menjalani temu duga kursus arkitek di UM pada awal tahun 2009. Masa tu aku ada ternampak seorang gadis cun dan masa proses temu duga dimana kami semua kena melukis objek yang diletakkan di atas meja. Sambil melukis, aku try la tanya pasal lukisan kejuruteraan yang kami sedang buat tu tapi niat asal memang nak berborak dan berkawan dengan dia. Muahaha


Aku : Kita ni kena buat lukisan Ortografik atau Isometric ?

Gadis : Dia cakap tadi suruh buat Isometric

Aku : okeh isometric. Jap macam mana dah lukisan isometric ? Dah lupa setahun lebih tinggal benda ni


Gadis tu pun explain semua kat aku pasal lukisan isometric. Sebenarnya aku dah tahu macam mana nak buat lukisan tu tapi saja gatal nak tanya sebab nak berbual punya pasal. Lepas tu sepanjang masa dalam dewan temu duga tu aku dan dia duk sembang je. Habis temu duga pun masih duk sembang pasal dapat buat lukisan dengan baik atau tak dan soalan apa yang penemuduga tu tanya. Masa tu aku baru dapat tahu dia pun pelajar lepasan matrikulasi dan berminat untuk sambung bidang arkitek. 

Last sebelum berpisah nak pulang selepas sesi temu duga tu, aku sempat minta nombor telefon dia dengan alasan nanti kalau dapat offer sambung belajar kat UM, boleh la aku ucap tahniah. Dan sekarang dia dah ada kat UM sambung arkitek manakala aku pula tercampak kat Perlis. Lulzzzzz sadis

Points kat sini pertanyaan boleh drive kepada perbualan kalau kena dengan caranya. Tapi nak hit the spot untuk kena pada cara tu sebenarnya sangat susah. Aku boleh kata kebanyakan girls tak layan sangat pertanyaan lelaki terutama sekali yang entah dari mana lelaki tu datang dan tanya soalan yang banyak dan pelik kan ? 

You Might Also Like

6 ulasan