Tambah Koleksi Buku Cerita

10:15 PTG

Masa aku pergi Melaka 2 hari yang lepas, aku ada beli sebuah cerita kat Popular Book Store dalam Teco dekat dengan Melaka Sentral. Asalnya ingat nak beli novel Ramlee Awang Murshid yang penuh dengan unsur thriller tapi tak jadi pula sebab aku lebih didorong untuk membaca buku dan novel bahasa inggeris. Jadinya selepas skodeng dan tengok serta membaca sinopsis buku-buku yang ada pada rak tersebut, aku buat keputusan untuk membeli sebuah :


Buku ni genre lebih kurang sama seperti buku yang ada kat rak rumahku. Jenis pengembaraan, kuasa dan magik sama macam Narnia, Lord of the Ring, Demon King, Harry Potter dan banyak lagi cuma yang bezanya kali ni adalah mengenai naga dan manusia. Aku pun tak tahu kenapa suka baca buku jenis macam ni berbanding sains fiksyen dan moden yang melampau. Mungkin kerana buku macam ni terlalu adventure kot tu  yang aku duk syok sangat beli dan baca.

Oh ya aku beli buku ni bukan guna baucar 1 malaysia tu. Baucar tu aku baru nak ambil bila buka semester baru pada 13 Februari ni sebab hari tu aku balik awal sangat sampai lupa nak ambil baucar buku. Cakap pasal baucar buku, masa aku kat Popular Book Store tu memang ramai gila pelajar yang membeli buku, novel, alat tulis dan keperluan belajar yang lain meggunakan baucar buku 1 malaysia. Aku yang nak bayar untuk 1 buah buku cerita ni pun terpaksa kena beratur panjang sebab ramai sangat orang masa tu. Sabo je la jawabnya kena tunggu lama dan beratur panjang.


Ok la aku nak pergi sambung baca buku ni pula, baru je baca sikit sebab takde masa sangat sekarang sibuk dengan benda lain. Buku cerita memang rajin baca, nota belajar jangan harap la aku nak rajin macam ni. Ha ha. biasa la tu, kalau aku rajin baca nota nanti kawan-kawan pengsan pula sebab terkejut dengan perangai aku yang berubah secara mendadak ni. Ok nitez :)

You Might Also Like

19 ulasan

  1. Wahh... sme genre ngan narnia n harry potter.. ni teringin nak bce.. clara bru habis bce bku 9 Nyawa by Ramli awang.. best! gempak.. ahhaah..

    mse hri rabu, pi jj and masuk popular.. beli bku rujukan gne abg punya baucar.. ahhaha.. lpe plx nak beli novel. leka belek bku rujukan n latihan .. ahhaa..

    BalasPadam
  2. wah..best la dpt tmbah koleksi buku..
    untunglah dpt boucer bku..
    ;)

    BalasPadam
  3. macam menarik ye buku ni....tapi tebal je...kalau aq la...entah berapa lama baru habis baca ni...

    BalasPadam
  4. clara : best ke 9 nyawa ? nanti kena cari jugak nih. lama teringin nak baca buku ramlee awang murshid

    sya fieqa : memang sangat best. baucar x amik lagi =_=

    ezad : haha tebal la syok. memang lambat habis tapi asyik membaca

    BalasPadam
  5. rajin membaca, haha XD

    p/s : kempen innity ko banyak lagi tak?

    BalasPadam
  6. Asal tuan yg baca buku tak perasan dirinya jadi naga dah le, naga kan ganassss...

    BalasPadam
  7. wahhh sanggup eh baca buku tetebal mcm tu *kagum* =.='

    BalasPadam
  8. tapi novel Ramlee A.M memang best....kalau bca tu non stop...setiap page cara cerita yang berlainan xmelalut mcm novel lain...

    BalasPadam
  9. emy : haha weekkk x boleh :P

    keroro : kempen tengah kurang sbb CNY skang.. sume org kempen sikit

    jr : insyaAllah tuan baca tak jadi mcm naga :P

    asyikin : sanggup je asal buku cerita. buku study memang x sanggup

    hermin : terbaik kan ? banyak unsur thriller

    BalasPadam
  10. bapak teball..hhaha english plak tuh.aku tak penah layan novel english..melayu blambak lah..hee

    BalasPadam
  11. untung stdent2 skrg.. dpt baucer buku lgi... rajin2 lah bce buku

    BalasPadam
  12. akoo : haha tebal la best.. rasa syok je baca

    sue perb : ha ah untung dapat baucar tapi masih x guna lagi =_=

    BalasPadam
  13. tebalnya..setahun akak baca baru habis kot..ekekeke

    BalasPadam
  14. buku tebal memang best bace, lagi tebal, lagi bagus.. tapi , janji buku tu sedap XD

    :: dalam banyk2 buku yg awk sebut tu, era baru bace buku Harry Potter je, yg lain tak try bace lagi XP

    BalasPadam
  15. sy kalau novel mmg novel cinte je la hihi

    BalasPadam
  16. Diana : tebal la best kak. sekejap je habis sbb best

    sutera kasih : sangat best

    HH : haha takde jenuh. biasa je ni sbb syok

    era : yep selagi plot menarik memang best baca

    najihah : haha girls memang suke cinta

    BalasPadam