Jual Baucar Buku 1 Malaysia

11:42 PG


Beberapa hari lepas ada orang share gambar ni di wall facebook. Aku ingatkan gambar promosi apa yang ramai sangat duk bagi komen masa tu. Bila tengok dengan mata sendiri, baru la aku tahu mengenai isu Jual Baucar Buku 1 Malaysia. Mula-mula tu agak terkejut juga dengan isu ni. Tak sangka ada juga yang masih ambil kesempatan mencari wang saku lebih hasil daripada pemberian percuma baucar buku ni.

Pada pendapat aku la kan... pada pendapat aku, orang yang jual baucar ni mesti tak suka beli, baca atau memiliki buku. Mungkin bagi dia baucar buku ni sesuatu yang tidak memberi manfaat langsung sebab itu dia cuba menjadikan baucar tersebut sebagai jalan untuk mendapatkan wang saku lebih.

Lagi satu aku rasa orang yang jual baucar ni mesti dah terdesak sangat nak duit. Alaa macam desperate money la. Manusia kan sanggup buat apa saja untuk dapatkan duit jadi manusia ini juga sanggup jual baucar buku semata-mata untuk dapatkan duit. Oh duit sungguh hebat penanganmu di dunia ini.

Tapi aku taknak la kate apa-apa yang buruk pasal perbuatan menjual baucar buku ni. Memang tak salah pun buat macam ni tapi kalau ikut tafsiran kepala otak aku, hanya 3 perkataan je yang mampu aku lafazkan iaitu Kebodohan Tidak Bersyukur. Kasar sangat ke bahasa aku ni ? Ok ok maaf aku cuba lembutkan sikit ye.

Bagi aku memang tak patut la perbuatan macam ni dilakukan. Seolah-olah ada orang bagi hadiah kepada kita kemudian hadiah tersebut kita jual untuk mendapatkan sesuatu yang lebih berunsurkan kepentingan peribadi. Teruk kan ? Haiihh kalau tak nak baucar tu bagi la kat aku. Boleh la aku beli banyak sikit novel inggeris dan buku cerita yang menarik. Dapat la juga aku topup buku-buku kat rak dalam bilik aku ni.

p/s : Jap buku apa ye aku nak beli nanti. Hurmm kene beli buku yang best baru la berbaloi

You Might Also Like

9 ulasan

  1. best kot..leh borong buku banyak2..

    BalasPadam
  2. ade jugak org cmtu..pi borong aje la.huhu

    BalasPadam
  3. untunglah...
    zaman saya tahun lepas x sempat dpt baucer nih,,
    hehehe..

    BalasPadam
  4. Hahaha. Saya pun kalau boleh nak je minta dengan dorang. Tapi baucer diri sendiri tak guna pun lagi. Tak tahu nak beli buku apa. Masa pesta buku dulu dekat MARDI dah beli 6 buku -.- Hahaha.

    BalasPadam
  5. ramai students yg da beli novel lah, itu lah, ini lah... tapi sye still simpan lagik baucer tuh, buleh buat beli bku naik sem depan.. save sket duet PTPTN. kan kan kan? hehe :)

    BalasPadam
  6. cik teddy : ade je. tu yang jadi isu hari tu

    lia : hehe budak2 u tahun ni bernasib baik

    zahirah : waaa dah beli 6 buku ? ni pun masih x beli pape lg =_=

    mizmarmalade : syok wo borong novel. hajatnya nanti memang nak habiskan baucar dengan beli novel je :D

    BalasPadam
  7. Kalau mmg spesis yg macam tu, susahlah.

    BalasPadam
  8. haha, kalau tak nak baucher tu, pass kat era .. leh gak beli novel.. hehe XD

    BalasPadam