Terpengaruh Dengan Blog Kau !!!

10:00 PG

2 hari yang lepas aku ada blogwalking ke beberapa blog  yang tak pernah aku kunjungi sebelum ni.

Blogwalking itu maksudnya adalah " Blog Berjalan " . Demn !! introduction untuk post ni pun dah macam sangat bangang untuk dibaca. Tapi walau macam mana pun sila terima ye unsur bangang yang ada dalam post ini kerana aku sudah tukar cara penulisan yang baru sikit.

Masa aku Blog Berjalan tu ada jumpa 1 blog yang sudah masuk 2 tahun lebih usia blog dia. Huishh 2 tahun itu sudah cukup lama bagi aku dan bermacam pengalaman boleh dibelajar.

Blog itu aku hanya boleh cakap bahawa 99% atau mungkin 100% pasal perasaan dan juga diari harian. Well kalau banyak pasal perasaan sudah tentu la blog perempuan kan ? Jarang dan sangat jarang lelaki duk sembang pasal perasaan dalam blog dia.

Kembali kepada tajuk entri tadi,

Tajuk : Terpengaruh Dengan Blog Kau

Bila aku baca blog dia tu yang banyak pasal perasaan, aku pun rasa meluat. Ye la duk buat luahan jiwa dan perasaan cinta memang meluat la nak baca. Nasib baik ada baldi kat sebelah aku masa online dan baca blog dia semalam. Kalau takde baldi dah habis muntah aku bersembur atas laptop.

Asyik mengarut je kerja aku ni. Walaupun blog dia banyak post pasal perasaan lebih2 lagi perasaan sedih dan marah ( part yang aku suka baca ) tapi Alhamdulillah dia masih dapat mengawal penulisan dia.

Bagaimana aku tahu dia mengawal penulisan dalam keadaan marah dan sedih ?

Kerana dalam post dia tidak pernah ada bahasa mencarut ataupun nama-nama binatang yang tidak sesuai disebut. Yang padat dan hebat adalah perkataan Celaka dan Pergi Jahanam !!! Wooo hoo cakap Celaka dan Jahanam dekat pakwe tu.. Syok gila baca post yang penuh perasaan.

Lepas aku banyak baca blog dia. Dengan aku sekali terpengaruh pergi tulis banyak perkataan Celaka dalam blog ni. Demn !! kenapa aku sangat mudah terpengaruh dengan penulisan yang penuh dengan perasaan ?

Aku tahu aku tak boleh salahkan dia kerana yang baca blog dia adalah diri aku sendiri. Dia hanya taip post mengikut perasaan dan aku je yang Bangang mudah terpengaruh dengan gaya penulisan dia. Serius sangat best :P

p/s : Nak blog dia ? ha ha nanti la suatu masa nanti aku promote :)






You Might Also Like

14 ulasan

  1. biasa la 2...mcm2 ragam blogger...

    BalasPadam
  2. mudah terpengaruh.....tak kuat jati diri ni.....kena pegi BTN la ni gamaknya ni.....hahahahahaha

    BalasPadam
  3. hahaha.....
    biasela tuh....
    kalo tegur anti dye ckp, tuh blog dye..suke ati dye lah...

    BalasPadam
  4. kwn aku ramai gak cmtu
    jd kan blog sebagai diari eletronik

    BalasPadam
  5. kalo muntah dpan lptop nauzubillah la..hahaha

    BalasPadam
  6. wowo CELAKA??PERGI JAHANAM?? >.<


    luv,
    cik ana

    BalasPadam
  7. lain2 blogger lain care penulisan nye ye dak ? huhu

    BalasPadam
  8. ala biasalah tu...kan. Bro..bagi lah tips ke apa kah...macam mana nak naikkan trafik.. :P

    BalasPadam
  9. hehehe
    tetibe terasa cr freaky tulih dh lain
    hehehe
    dh terpengaruh
    kikiki =p

    BalasPadam
  10. hahahaha.. mudah betol ko trpengaruh ye.. batin tak kuat ni.. hik3

    BalasPadam
  11. Akak pun dah terpengaruh dengan setengah2 blog tu.Nasib baik sedar diri balik. =)

    BalasPadam
  12. ala..bg la link tu..nk pi bce gak..hui2..

    BalasPadam
  13. CELAKA!letak la link...hahahaha

    BalasPadam