Antara Awek Cun Dan Anjing
12:11 PGMacam biasa pada waktu petang iaitu petang tadi aku ada pergi berjogging untuk menjaga kesihatan tubuh badan. Jogging itu adalah salah satu senaman.
Senaman itu terdiri daripada banyak aktiviti dan salah satunya adalah berjogging. Demn !! kenapa introduction post ini kedengaran macam sangat bodoh ? Ahh lantak la post bodoh janji aku gembira menulis.
Apabila berjogging di kawasan kampung atau dengan lebih tepat lagi kawasan tempat tinggal ramai orang, sudah tentu la pada waktu petang akan ada manusia yang meronda-ronda ke kawasan yang aku jogging tu.
Antara manusia yang lalu lalang tu mesti la ada juga awek cun yang naik motor. He he kalau ada awek cun jogging memang sah la aku tegur jugak. Harap-harap kekasih aku tak baca post ni. Naya aku kalau dia tahu aku ada usha awek cun
semasa berjogging.
kembali pada tajuk tadi pasal Awek Cun dan Anjing.
Yang awek cun tadi tu tiada apa pun kerana aku hanya control macho je masa jogging. Ehem jogging apabila awek cun naik motor lalu mesti la kena kontrol macho sikit dan buat-buat jogging dengan gagah.
Apabila awek cun dah blah, nak semput nafas aku duk tahan penat. Gila penat nak mampus jogging tadi. Kalau seorang lalu takpe lagi, kalau ramai awek yang lalu ? memang mampus la aku nak control kan ?
Habis cerita pasal awek cun yang sebenarnya tak berapa nak cun. Awek UniMAP je yang cun, penduduk kampung tak cun. TROLOLOLOLO ...
Masa aku jogging tu juga aku ada jumpa anjing. Tengah sedap aku jogging, tiba-tiba kat depan sana tu ada anjing duk meliar pulak. Celaka punya anjing !! apa pasal kau selalu muncul pada waktu petang aku nak jogging ? gggrrrrr
Nak tak nak aku teruskan juga berjalan ( x jogging sebab penat nak mampus ) menghampiri anjing yang meliar di tepi jalan. Bila aku dah semakin dekat dengan anjing tu, aku pun pandang ke arah anjing tersebut.
Anjing tu berhenti meliar dan hanya tengok aku yang berjalan dengan mata yang kelip-kelip. Bagus jugak anjing ni, tahu aku nak jalan pandai pula dia duk diam. keh keh
Lepas je aku melintasi anjing tu, aku tak pandang belakang pun dan terus sambung berjogging kembali. Fuuu nasib baik anjing tu takde kejar aku. Kalau kena kejar memang mampus la aku nak lari. Tak jejak bumi nak lari kena kejar dengan anjing.
Kemudian aku bermonolog :
" Kenapa anjing tu duduk diam masa aku lalu melintasi dia ? "
8 ulasan
nak kene langgar dgn bhx tak?~
BalasPadamkucing tak der ke kat sana? rimau ke..
BalasPadamsebab ko pandang anjing tu tak freaky..tu yg anjing tu takut..haha...
BalasPadamAwak tu berkelip tak time tengok kamu...?
BalasPadamerrrrrr
BalasPadamade bende ikot belkg ke?
aiyoookkk =p
dia dok diam sebab dia tunggu masa je nak kejar tu...
BalasPadammesti ko usha slack je kat anjing tu..
BalasPadamsebab anjing tu tido, HAHA
BalasPadam