Surat Untuk Jiran Yang Ambil Tong Sampah
10:25 PTGDear Jiran Depan Rumah,
Tujuan aku menulis post dalam blog ni adalah bertujuan untuk menunjukkan rasa tidak puas hati terhadap sikap korang yang mengambil tong sampah milik rumah kediaman ni tanpa memulangkan kembali. Walaupun ia hanya la sekadar tong sampah tapi bagi kami sebagai pelajar UniMAP, ia merupakan peralatan yang sangat penting kerana kami boleh dikenakan denda RM15 seorang untuk setiap ahli rumah jika didapati tong sampah tersebut hilang.
Jika 1 rumah mempunyai 7 orang pelajar, maka kami terpaksa membayar sebanyak RM 105 untuk tong sampah yang hilang itu walaupun harga sebenar tong sampah itu tidak sampai RM50 dan baki RM55 itu sudah tentu la ditelan oleh pihak pengurusan EHEM EHEM ( Censored :D ).
Wahai Jiranku,
Aku tahu kamu meminjam tong sampah tersebut kerana beberapa hari yang lepas rumah kamu ada mengadakan majlis kesyukuran tapi buat masa sekarang majlis itu sudah pun selesai dan khemah semua telah dirobohkan dan dihantar kembali. Malangnya tong sampah rumah kediaman aku masih lagi tidak kelihatan di tempat asal dan yang lebih bebal lagi adalah kamu mengambil tong sampah tersebut tanpa meminta izin dengan kami terlebih dahulu.
Akibat daripada tindakan kamu, rumah kediaman kami tidak mempunyai tong sampah selama beberapa hari dan ini menyebakan kami sukar untuk membuang sampah-sampah yang ada. Sebelum aku berhenti menulis, aku harap jiran dapat menyerahkan kembali tong sampah tersebut dan meletakkannya kembali di tempat asal sebelum kami 1 rumah dikenakan denda oleh pihak yang sememangnya dahagakan duit kami. *Troll
p/s : sebenarnya tong sampah ada depan rumah jiran tapi kami saja buat hati keras nak suruh diorang pulangkan sendiri.. pandai ambil, pandai la bagi balik.
10 ulasan
kalau da pinjam..pandai la bagi balik kan...
BalasPadammengalah tak bererti kalah..haha
BalasPadamsemoga jiran tu bce entry neh (^_^)
BalasPadameh,dorang ensem tak?wakaka
agak2nya jiran ko 2 baca ke blogg ko ni?haha...alaaa,dpan rumah je pon,ambik je la..bukan diorg pnya..kenduri hari 2,diorg ajak ko x?heheh
BalasPadamho, ta patut punye jiran. aku pun ada gak spesis jiran macam ni, tapi tu la perasaan dia, takkan nak direct maki terus kita da la jiran betul tak? idea menulis di blog memang idea superb bagi aku. ahaks.
BalasPadamsmoga bakul sampah tu dipulang kan semula okeh!
RM15 sorang?? mahalnya...
BalasPadamtulis je note besar2 kat pintu rumah jiran tu...
LOL. surat untuk jiran. tapi sikap dorang sangat tak bagus. banned! -.-
BalasPadamkejam punye jiran? huwaa
BalasPadam-..- mintak lah. jumpa face to face. LOL_
BalasPadamdah selamat pulang tong sampah :D tu pon aku g amik
BalasPadam