Tadi masa odw nak pergi makan, aku ada singgah rumah kawan sekejap. Bila masuk je dalam rumah, aku tengok dia sedang pegang benda yang sangat pelik. Huumm ape benda tu. Tak pernah pun aku tengok menatang ni. Nampak comel pun ada juga sebab benda ni kecik dan bulu dia pun lembut. Kawan aku cakap ni adalah Sugar Glider. Hurmm tak pernah aku tengok benda ni depan mata tapi tadi dia macam malu2 pulak masa aku nak ambil gambar.. Hehe memang sangat comel tau.
Minggu ni aku kurang sikit update blog kerana aku sedang join Adventure bersama seorang kawan sekelas. Adventure tu takde ape sangat pun melainkan berkaitan dengan laman web dan juga blogging yang sentiasa menjadi ketagihan aku. So pada minggu lepas aku dan seorang kawan ni dah angkat 1 hosting daripada SyokHost.com dan juga telah daftar 1 domain
Semuanya telah siap setting dan bahagian aku pun dah sepenuhnya elok serta memuaskan. Bila dah siap beberapa hari lepas, aku pun lepaskan la gian dengan update post kerana blog yang aku pegang ni lebih bertumpukan kepada santapan bacaan. Kalau rasa menarik , jangan lupa like dan bagi support. Kalau rasa tak menarik, boleh bagi cadangan mengenai kekurangan yang ada terutama sekali pada bahagian Content sebab memang blog ni aku cuba jadikan santapan bacaan yang menarik.
Klik Banner kat atas untuk pergi ke Demn Blog :)
p/s : Jemput-jemput la singgah masuk ke sana ye :)
Pergh esok nak test baru nak study group.
Esok hari jumaat, esok pagi aku ada test, esok petang tak tahu nak g mana, esok mungkin habiskan masa dengan Demn Blog, esok tak tahu nak makan apa. Haaiihh banyak sangat aku duk fikir perancangan dan aktiviti untuk esok hari. Minggu ni tak pergi jalan2 sebab nak buat benda lain yang lebih penting. Aaahhh tiap kali nak test mesti rasa tak best dan tak seronok. Ok nak study dulu. Tata
Hihi malam ni ada majlis makan malam untuk pelajar kejuruteraan rangkaian komputer. Tujuan majlis ni diadakan adalah untuk mengeratkan lagi hubungan diantara pelajar tahun 1, 2 dan 3. Pelajar tahun 4 masih tak ada lagi sebab kursus ni baru diwujudkan 3 tahun yang lepas dan kelas aku merupakan first batch. Dengan adanya majlis makan malam, dapat la aku kenal pelajar2 junior. Sebelum ni memang tak kenal pun kerana kesibukan masa dengan kelas dan aktiviti lain.
P/s : ehh dah sampai masa makan. Haha