Membeli Kamera Tp Link Tapo C100 Dan C200

1:26 PTG

Minggu ni saya telah membeli kamera Tp Link Tapo C100 dan C200 untuk digunakan di dalam rumah kerana pada minggu ini juga anak saya, Elena Maisara akan cuba untuk tidur di biliknya sendiri. Dengan adanya kamera sekuriti ini, saya dan isteri dapat memantau aktiviti anak ketika tidur dan bermain di dalam biliknya.

Kamera ini menggunakan sambungan wifi jadi kalau ada yang berminat juga nak beli, saya cadangkan supaya signal wifi dalam rumah agak kuat dan meluas supaya senang untuk diakses nanti. Kalau wifi tak berapa kuat atau tidak cukup meluas, saya cadangkan sama ada gunakan wifi repeater atau wifi extender untuk luaskan kawasan capaian wifi di dalam rumah.

Dari segi kualiti video, kamera ini mampu merakam pada resolusi 1080p dengan 15 fps. Untuk merakam video, kamera ini menggunakan storan micro sd. Saya hanya menggunakan storan bersaiz 32GB dan setakat ini berjaya merakam untuk tempoh selama 6 hari. Saya tidak pasti berapa hari video dapat disimpan dengan kad memori saiz 32GB tetapi kalau anda mahu simpan video dengan tempoh lebih lama, boleh pasangkan kad memori sehingga 128 GB.

Di bawah ni saya senaraikan sedikit sebanyak kebaikan dan kekurangan yang terdapat di kamera ini :

- Guna wifi 2.4Ghz, tak perlu wayar.

- Sokongan kad memori sehingga 128GB

- Boleh merakam suara, mikrofon yang jelas.

- Boleh bercakap melalui speaker yang agak kuat.

- Aplikasi yang senang digunakan.

- Boleh berterusan merakam atau pilih mode rakam apabila ada pergerakan.

- Mempunyai alarm dan notifikasi jika terdapat pergerakan di kawasan yang kita pantau

- Mempunyai night mode, dapat melihat dalam gelap dengan jelas sejauh 30 kaki.

- Boleh pusing 360 darjah secara melintang dan boleh tengok atas dan bawah.

- Boleh dikawal melalui aplikasi.


Kekurangan :

- Tidak kalis cuaca. Tak sesuai digunakan di luar rumah.

- Bergantung kepada kekuatan signal wifi


Jadi ini merupakan sedikit sebanyak maklum balas saya setelah 6 hari gunakan kamera Tapo. Setakat ini saya berpuas hati dengan penggunaan kamera ini, satu saya letakkan di bahagian depan rumah untuk lihat kawasan tempat letak kereta, dan satu lagi saya letakkan di dalam bilik tidur anak saya.

Dari segi harga pula, model C100 boleh didapati pada harga bawah RM 100, manakala model C200 pula boleh didapati pada harga bawah RM 150. Kalau ada bajet lebih, saya cadangkan beli model C200 kerana model ini dapat mengawal pergerakan kamera terutama sekali dapat pusing ke kiri kanan dan atas bawah.

Kalau ada sebarang pertanyaan, boleh tinggalkan komen di bawah. Saya akan cuba balas komen korang secepat mungkin. 


You Might Also Like

1 ulasan

  1. Ingin belajar tarrannumm
    https://ibb.co/0cVC9xP
    017-4502767

    BalasPadam