Sedikit Update Sempena Tahun Baru 2018
2:33 PTGSalam dan Yeyyy !! Selamat tahun baru 2018 walaupun post ini ditulis pada 18 Januari 2018.
Sebelum bercerita tentang tahun baru ni, saya nak mengimbau sedikit mengenai tahun 2017 kerana banyak perkara yang berlaku sepanjang tahun lepas tetapi saya hanya tulis yang penting saja ye.
Menjadi Seorang Ayah.
Ini merupakan pengalaman yang paling berharga dan tidak akan dilupakan pada tahun 2017. Pada tarikh 27 Disember 2017 pukul 11:19 malam, isteri saya telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan sulung kami yang sangat sangat sangat comel dalam keadaan sihat dan sejahtera.
Apa yang menjadikan pengalaman ini sangat berharga adalah bukan sahaja saya sudah bergelar sebagai seorang ayah malah saya menempuhi sendiri pengalaman berada di sebelah isteri sewaktu dia melahirkan anak sulung kami.
Rasa gementar, takut, risau, kesian kat isteri serta banyak lagi perasaan bercampur baur semasa teman isteri bersalin. Selepas bayi berjaya keluar, lain pula perasaannya dan saya diselubungi rasa gembira, bersyukur, insaf, dan banyak lagi yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata.
Semoga anak ini dapat membawa keceriaan kepada kami sekeluarga dan menjadi seorang anak yang soleh, taat kepada agama islam, dan taat kepada ibu bapa. Aminn.
2018
Kembali ke masa sekarang iaitu tahun 2018, fokus utama saya pada tahun ini adalah untuk memberi lebih tumpuan dan masa kepada anak dan isteri.
Selain fokus kepada keluarga, saya juga dalam usaha untuk mencari kerja baru. Diharapkan tahun 2018 ini dapat memberi saya perkerjaan yang bersesuai dengan bidang serta tidak menghalang saya daripada meluangkan masa bersama keluarga.
Dalam pada masa yang sama, saya juga berhasrat untuk majukan lagi bisnes print gambar polaroid Detik Instax. Tahun lepas angka jualan agak baik dan hasil keuntungan sedikit sebanyak mampu menampung kehidupan kami sekeluarga.
Tahun 2018 ini saya berhasrat untuk berterusan mengadakan promosi pada setiap bulan. Dengan adanya promosi berterusan, sekaligus ini dapat menarik minat pelanggan untuk menempah gambar mereka dengan servis kami.
Setakat ini sahaja buat masa sekarang, sebarang perkembangan akan saya tulis lagi di blog ini.
0 ulasan