Penulisan Melalui Pembacaan Confession
6:09 PTG
Aku suka baca confession.
Tak kisah confession tu panjang ke pendek. pasal tangkap cinta, pasal frust, pasal kehidupan, semua tu aku main baca je. Selalunya bila baca confession ni aku akan macam faham perasaan yang dialami oleh orang yang bercerita.
Yang paling best adalah apabila sedang baca, seolah-olah aku berada dan hanyut di dalam cerita diorang. Lepas habis baca baru kembali ke dunia nyata. Kemudian sambung baca confession seterusnya dan seterusnya.
Aku jadi kagum pada confession yang berjaya buat aku hanyut dan leka dan tertanya-tanya macam mana diorang ni boleh menulis dengan begitu bagus sampai boleh buatkan pembaca jadi tersentuh dengan penulisan diorang ? Aku nak tulis 1 posting kat blog ni pun jenuh cari idea tapi diorang selamba je cerita dengan santai siap dapat respon banyak lagi dari pembaca.
Setelah fikir dan baca banyak confession, baru aku dapat tahu jawapan kenapa penulisan diorang sangat menarik untuk dibaca. Kebanyakan confession yang ditulis biasanya melibatkan pengalaman yang dicampur dengan emosi pada sesuatu kejadian.
Yes, emosi.... Cinta, kehidupan, kerja, ahli keluarga, kawan-kawan, sosial, dan banyak lagi confession di luar sana hampir semuanya melibatkan emosi. Apabila emosi dan pengalaman dicampurkan sekali dalam penulisan, gaya bercerita akan jadi lebih real macam mereka sedang berkongsi pengalaman hidup mereka pada kita.
Jadi kalau ada blogger yang masih tertanya-tanya bagaimana nak dapat idea dan cara untuk menulis, aku cadangkan agar banyakkan membaca confession kerana ia merupakan satu penulisan yang santai bercampur dengan emosi dan pengalaman.
Sebenarnya banyak lagi cara untuk baiki penulisan dan bukan hanya dengan membaca confession. Kalau blog yang berkongsi maklumat, pembacaan confession mungkin kurang sesuai kerana tak banyak yang dapat membantu. Tapi kalau blog peribadi, ia sedikit sebanyak membantu apabila kita mahu bercerita.
0 ulasan