Makan Malam di Steamboat Al Fateh
6:57 PTG
Makan Malam di Steamboat Al Fateh bersama isteri memang dah lama rancang. Plan asal memang nak makan steambot tapi tak tahu nak makan kat mana dan tempat mana yang best. Isteri aku tanya kawan-kawan dia dan diorang cadangkan satu kedai nama Al Fateh.
Aku tak pernah makan lagi kat situ dan nama pun tak pernah dengar, maklum la baru tahun ni stay kat area klang dan shah alam jadi nama kedai-kedai makan yang best ni tak tahu langsung.
Lepas je solat maghrib terus gerak sana. Memang niat nak gerak awal supaya sampai awal dan ada tempat untuk duduk serta tak perlu susah payah berebut nak ambil makanan.
Dalam 8:15 malam dah sampai di kedai steamboat tu yang terletak di Lorong raja jumaat kampung jawa, Klang. Nasib baik sampai awal seperti yang dirancang, banyak meja masih kosong dan bila dah dapat meja nak ambil makanan pun mudah.
Abaikan perut aku yang buncit kekenyangan tu.
Bagi aku dan pendapat peribadi aku sendiri, makanan yang disediakan sangat sedap terutama sekali daging dan ayam. Aku tak pasti berapa jenis hidangan daging dan ayam disediakan tapi semuanya aku cuba dan semuanya sangat sedap.
Menu lain macam nasi goreng, mee goreng dan lain-lain lagi aku tak cuba sangat sebab memang tujuan dan tiap kali aku pergi steamboat hanya untuk melantak daging je sebab yang tu makanan mahal.
Kalau ada yang berminat nak cuba steamboat kat sini, aku cadangkan datang awal sebabnya lepas 30 minit aku makan, orang makin ramai dan nak ambil makanan pun kena berasak dan beratur panjang.
Rating ??? Berdasarkan menu daging yang aku makan, aku bagi 9 dari 10 bintang.
Sekian.
0 ulasan