­

Blog Diserang Post Mengarut

6:18 PTG
Hari tu dah kena sekali. Kali ni kena lagi bila Blog Diserang Post Mengarut ataupun dikenali sebagai spam post. Aku rasa kali ni terjadi sejak aku aktifkan mobile blogging. Tapi ni hanya anggaran aku je sebab aku sendiri tak tahu kenapa boleh kena spam post yang banyak. Aku aktifkan kembali mobile blogging sejak bertukar menggunakan telefon pintar supaya memudahkan aku untuk update entri...

Menghadiri Kenduri kahwin Di Ipoh

12:07 PTG
Ini kali ke dua aku berkunjung ke Ipoh. Kali pertama adalah sewaktu menuju ke penang dan singgah di ipoh untuk menikmati makan tengah hari. Kali ni pon sama juga berkunjung untuk makan tengah hari tapi bukan makan dj kedai, aku pergi makan di kenduri kawan sekelas sewaktu belajar di UniMAP yang melangsungkan majlis perkahwinan. Jadi aku bertolak bersama cik tunang dari setia alam...

Sarapan Roti Bakar dan Nasi Lemak Serta Kerja di Hujung Minggu

5:06 PTG
Semalam lagi dah mengidam roti bakar sampaikn lepas dinner terus pergi kedai runcit beli roti dan kaya. Pagi ni pulak aku bangun awal sangat dalam pukul 5 pagi dah terjaga dan tak rasa mengantuk lagi. Rasa segar semacam siap boleh terus bangun dari katil tanpa rasa malas. Seawal 5 pagi lepas bangun tidur, aku habiskan masa dengan online. Masuk je subuh terus pergi...

Seminggu Menggunakan Asus Zenfone 6

7:01 PG
Semalam genap seminggu menggunakan Asus Zenfone 6. Jadi aku hanya ada sedikit pengalaman yang nak dikongsi disini. Diharapkan apa yang dikongsi disini berguna bagi yang teringin untuk guna telefon ini pada masa depan. Mula2 sekali aku nak sentuh dari segi performance. Setakat ni aku berpuas hati dari segi sensitiviti skrin sentuh, play back video, dengar lagu, dan penggunaan applikasi sosial seperti whatsapp, twitter,...

Menunggu Terima Bonus

4:28 PTG
Termenung jauh semalam di stesen LRT dan dalam otak hanya fikir bila nak terima bonus. Bagi kaki tangan penjawat awam dah ada berita bahawa akan dapat bonus dibayar sekali dengan gaji bulan Januari 2015. Seronoklah korang. Aku yang kerja swasta pulak masih takde khabar berita mengenai tarikh yg akan terima. Yang selalu dengar adalah " mungkin hujung bulan ni ataupun bulan depan "....

Kembali Kerja Shif Malam

3:22 PG
Masuk bulan Januari, shif aku bertukar kembali kepada shif malam. Kalau bulan lepas dapat shif petang dan bulan sebelum tu dapat waktu pagi. Memang tiap bulan akan bertukar shif dan akan pusing ikut giliran. Mungkin ada yang fikir shif malam ni tak menyeronokkan dan menganggu kitaran waktu tidur. Tapi bagi aku, ada jugak kebaikannya kerana waktu malam agak sunyi jadi boleh fokus buat...

Perancangan Tahun 2015

5:08 PTG
Perancangan Tahun 2015 yang aku buat tidak se-gempak dan se-hebat macam orang lain. Cukup sekadar apa yang rasa mampu oleh diri ini untuk dilakukan dalam tahun 2015. Kalau nak disenaraikan semuanya memang banyak juga plan tapi aku hanya beritahu yang mana penting sahaja. Yang selebihnya kurang penting tu akan dikongsi dalam entri yang akan datang sepanjang tahun. 1. Keluar Dari Zon Selesa (...

Tahun Baru Fon Baru : Asus Zenfone 6

3:20 PG
Dalam post Perancangan Bulan Oktober, aku ada beritahu bahawa aku nak tukar smartphone. Blackberry Curve 9300 yang aku guna selama 2 tahun telah banyak berajasa dan sudah sampai masa untuk aku menaik taraf demi memenuhi keperluan semasa. Cewah ayat nak cliche aje. Fon baru yang bakal menggantikan BB adalah Asus Zenfone 6. Dibeli pada 2 Januari 2015 dan mungkin serta kemungkinan besar akan...

Penamat 2014 : Firdaus Bertunang

2:42 PG
Ni 13 hari yang lepas punya cerita. Saja aku tangguhkan lambat sikit sebab rasanya tak sesuai aku menunjukkan perasaan gembira sedangkan ramai kawan-kawan dan saudara mara kat pantai timur mengalami bencana banjir. Malah sekarang pun banjir masih tak pulih sepenuhnya tapi Alhamdulillah paras air dah turun di beberapa tempat di Kelantan. Jadi kembali pada tajuk, 21 Disember yang lepas aku dah selamat melansungkan...