Modify Blog Sikit
9:02 PGKalau dilihat dengan teliti tak banyak pun aku ubah penampilan blog ni melainkan hanya tukar warna background blog dan juga background untuk Title Widget. So tema biru dan purple blog ni telah bertukar menjadi putih dan juga hitam. Sekali sekala tukar warna nak supaya mood pun bertukar juga.
Sebenarnya aku malas nak tukar keseluruhan template blog sebab malas nak menghadap coding yang agak banyak tu. Biasanya kalau nak edit template, aku akan ambil masa selama 1 malam untuk siapkan bermula pukul 12 tengah malam sampai la 5 pagi baru puas hati. Itu pun kalau puas hati. Kalau tak puas hati aku sambung terus sampai la lepas subuh dan sampai pagi. He he tapi tak pernah la sampai pagi atau lepas subuh tu.
Fuhh 5 jam aku ambil masa kalau nak tukar dan edit template. Sebab tu aku malas nak tukar keseluruhan blog ni. Ubah sikit je kasi nampak ada perbezaan sikit dengan yang lama kerana yang lama tu aku sendiri yang tengok pun dah nampak bosan gila babas sampai rasa nak muntah. Nasib baik aku sempat edit dulu sebelum muntah tengok rupa blog yang lama. Well kali ni tema keputihan bersesuaian dengan konsep baru blogging aku iaitu BERSIH... Apa tu Bersih pun aku sendiri tak tahu. Lantak la zzzzzz
p/s : Hari ni kelas semua batal... yahuuu jom tidur sampai tengah hari :)
5 ulasan
warna hitam nampak macamm org tgh bermuram durja je..ce tukar warne kuning. mesti smue yg pandang sakit mata ! hahaha ! xD
BalasPadambui pun sama kalau tukar/edit blog mesti makan masa berjam2..
BalasPadamBlog JR mcm rumah org bujang tak hias apa2, boleh rehat2 cukuplah...
BalasPadamEntry terbaru di blog JR:
"Bolasepak: Ong Kim Swee Marah Jadi Arnold Schwarzenegger"
betullah, kalau ubah template yang ada coding2 tu mesti makan masa yang lama...huhuhuuu
BalasPadamhaha, kena usha dulu, edit kat notepad. :P
BalasPadam