Esok Pergi Waterland
9:20 PTG
Malam ni rasa sangat lapang dan tenang. Dah lama x rasa lapang dan tenang macam ni tau. Ye la peperiksaan dah habis jadi takde la benda yang serabutkan kepala ni. Kawan-kawan aku semua menunjukkan muka riang dan hepi menandakan tamatnya peperiksaan untuk semester ini.
Lepas maghrib tadi ade seorang kawan aku daripada kos Kejuruteraan Bioproses call dan dia tanya sama ada nak ikut pergi ke Waterland di Sungai Petani pada esok pagi. Aku pon dengan laju dan gembira mesti la kata nak ikut. Aku sendiri dah lama tak pergi ke Waterland.
Kali terakhir aku ke taman tema air adalah pada tahun 2007 iaitu di Bukit Merah Laketown. Rasa macam tak sabar la pula nak pergi kat sana dan main air dengan riang ria macam kanak-kanak.
Seronok tau main air kat taman tema ni. Boleh menyelam kat sana dan sini lepas tu boleh main kejar-kejar. Bila dah penat main air dan lapar mula menyerang, mula la cari kedai makan untuk melahap dengan kenyang lepas tu sambung main air lagi.
p/s : Esok aku akan jadi kanak-kanak riang main air. haha :D
6 ulasan
okay , jujur !! jeles ni ~
BalasPadamhaha jangan jeles nelly
BalasPadammenyelam sambil minum air.. oit best laa cam ni..dapat jln2..
BalasPadamwaa..best2..tgh pns2 ney,bestnye dpt berendamm
BalasPadamfuhh., have fun bro. :)
BalasPadamkiz : haha best sangat. x sabar nak g esok
BalasPadammyra : memang best kalo berendam dalam air sejok
sca : ok bro thanx