Bercuti Di Pulau Perhentian selama 3 hari 2 malam memang menyeronokkan dan memberikan pengalaman yang tak dapat dilupakan. Aku pergi ke sana bersama isteri untuk honeymoon kerana kami baru saja bernikah pada 19 September yang lepas. Sepanjang berada di sana, banyak juga aktiviti yang dilakukan antaranya mandi pantai, berjalan di pesisir pantai, snorkelling, panjat bukit pergi ke kincir angin, singgah di kampung nelayan,...