Tamatnya Peperiksaan Semester 6 Dan Ketenangan Muzik

11:07 PTG

[ Martin Solveig feat. Dragonette - Hello ] 
Pagi tadi merupakan last Peeeeiiiiiper aku untuk semester yang ke 6 ni iaitu Engineering Entrepreneurship. Keluar je dewan peperiksaan tadi aku nampak banyak wajah gembira yang terpapar jelas bersama senyuman yang manis lebih-lebih lagi gadis-gadis yang ayu dan cun membuatkan aku rasa nak cubit je pipi mereka yang comel itu dan  mengorat mereka. 


Walaupun aku dah habis paper tadi, tapi ada beberapa orang lagi kawan aku yang masih ada last paper untuk esok. So malam ni diorang struggle sikit untuk all out pada esok hari dan aku pulak malam ni hanya duk saja sambil menghadap internet, mencari idea untuk update blog, dengar lagu, cari info pasal sistem komputer sikit dan dengar lagu yang cukup layan. Asalnya nak kemas barang-barang yang ada kat dalam bilik tapi nampak macam takde barang banyak sangat jadi tunggu lewat malam sikit kot baru kemas barang yang nak di bawa ke tempat Praktikal di Ampang dan juga barang yang nak disimpan di dalam stor. 

Barang nak bawak pergi tempat praktikal tak banyak pun cuma pakaian, laptop dan netbook. 3 benda tu je yang nak digunakan sepanjang praktikal selama 12 minggu nanti. Apa pun doakan aku selamat menjalani Latihan Industri dengan baik tanpa ada sebarang masalah seperti kena marah dengan bos atau ada kerja yang tak siap. 

[ David Guetta feat. Flo Rida - Where dem Girls at ] 

Oh ya aku lupa nak beritahu yang aku akan ke Ampang pada 17 pagi dari Perlis dan sampai dalam waktu petang. Dah sampai kat sana, Bos akan ambil aku bersama 2 orang lagi kawan aku dan dibawa ke tempat tinggal yang dah disediakan. Plan seterusnya tak tahu lagi dan kena tunggu bila sampai di Ampang nanti baru dapat detail mengenai kerja yang perlu dibuat sepanjang 12 minggu Latihan Industri ni.

Ok aku nak pergi layan lagu dulu sambil surf internet sebab dah tak tahu nak buat ape. Sambil-sambil tu cari idea untuk update blog jugak. Oh ya jangan lupe wish Gud Luck kepada kawan-kawan aku yang akan mengambil kertas Micro Processor pada esok pagi. Gud luck all :)

You Might Also Like

5 ulasan