Selasa, 31 Mei 2016

Mencuba BurgerByte Sek 7 Shah Alam

Semalam aku Mencuba BurgerByte Sek 7 Shah Alam lepas balik daripada jalan-jalan di Ikea. Kedai tu takde jauh sangat dengan Setia Alam tapi kalau korang kayuh basikal mungkin ambil masa setengah jam jugak nak sampai. 


Masa tu dah hampir pukul 11 malam kalau tak silap... jadi bila sampai je kat kedai, aku tengok... Cantekkkk !!! mujur tak ramai orang. Ye la mana ada orang makan western pukul 11 malam. Orang gemuk macam aku je makan western pukul 11 malam lepas tu mengadu kat wife badan dah bulat macam bola.

Menu utama kedai ni semestinya burger. Dah nama kedai BurgerByte takkan menu utama diorang nasi kandar pulak kan ? Tapi semalam aku tak order burger pun, yang aku order adalah chicken chop sebabnya burger banyak sangat sayur jadi aku malas nak hadap sayur terus order menu lain. hahaha

Menu chicken chop yang aku order semalam datang bersama mash potato 2 ketul, carot dan brokoli. Bila masuk mulut, ayam sangat sedap tidak terlalu masak dan tidak terlalu mentah bahagian luar dan dalam. Mash potato menjadi kegemaran aku semalam sebab rasanya agak berlemak sikit kemudian makan bersama sos black pepper yang menjadi penyumbang lagi keseluruhan sedap menu ni. 

Carot agak keras dan besar sikit. Pada aku seeloknya potong kecil dan nipis sedikit supaya senang nak makan dan gigit tapi rasanya segar bila masuk dalam mulut. Brokoli aku tak makan, just suap terus ke mulut wife aku.

Minuman yang aku order semalam adalah Ice Cafe Latte dan bagi aku agak kurang sikit dari segi rasa. Kalau tengok gambar di atas pun boleh tahu rasa minuman aku agak kurang best sikit. Aku pulak tak ingat apa wife order minuman dia tapi rasa agak sedap. Mungkin sebab aku ni lelaki kot jadi dia buat air tak sedap sangat. Wife aku pulak diorang mesti tengok cun dan baeekkk je awek ni sebab tu air buat sedap2. haha

Harga pula bagi aku agak memuaskan dan kena dengan selera makan. Nanti kalau lain kali aku pergi lagi dan aku order burger pulak, aku kongsi dalam blog ni.

Sekian.
~ Baca Selanjutnya ~

Sabtu, 21 Mei 2016

Celcom First Gold Atau First Blue

Sejak celcom memperkenalkan pelan First Gold, aku tengok banyak yang bercakap pasal ni sama ada di facebook mahupun di twitter. Majoriti mengatakan mereka berpuas hati dengan pelan first gold dan buktinya aku selitkan beberapa feedback yang aku dapat dari twitter :


Lepas baca komen daripada orang ramai yang melanggan pelan ini, aku terus ke website celcom untuk lihat sendiri dan baca segala info yang tertulis.


Daripada info diatas, kita dapat tahu bahawa :

- Data yang diberi adalah sebanyak 5GB sebulan.

- Percuma 1.25 GB setiap hujung minggu dan ini menjadikan pengguna mendapat lagi 5GB ( 1.25 x 4 minggu )

- Panggilan tanpa had ke semua rangkaian

- Penggunaan Yonder Music tanpa had.

- Data yang tidak digunakan boleh dibawa ke bulan hadapan. Aku tak pasti berapa Gb boleh bawa ke bulan seterusnya tapi kalau nak tahu lebih lanjut boleh kunjungi pusat pelanggan celcom.

Ok diatas sedikit sebanyak maklumat mengenai pelan tersebut. Bagi aku, apa yang diberikan adalah sangat menarik dan bagus kepada pengguna yang begitu memerlukan data internet yang banyak serta panggilan tanpa had dengan hanya RM 80 sebulan.

Sewaktu membelek laman celcom, aku juga ada terlihat satu lagi pelan yang dinamakan First Blue. Berikut adalah info yang tertulis mengenai pelan ini.

Daripada info diatas, kita dapat tahu bahawa pelan first blue ini:

Data yang diberi adalah sebanyak 2GB sebulan.

- Percuma 500 MB setiap hujung minggu dan ini menjadikan pengguna mendapat lagi 2GB ( 0.5 x 4 minggu )

- 50 min masa panggilan dan 50 sms ke semua rangkaian

- Penggunaan Yonder Music tanpa had.

- Hanya RM 45 sebulan.

- Selepas habis had panggilan dan sms, cas sebanyak 20 sen/min/SMS akan dikenakan dan dimasukkan ke dalam bil.

Kalau nak dibandingkan antara dua pelan diatas, sudah tentu pelan First Gold lagi berbaloi kerana banyak faedah yang diberikan kepada pengguna. Namun begitu bukan semua orang menggunakan internet dengan kuota yang banyak.

Bagi pengguna biasa yang tidak mahu bayar terlalu banyak sehingga rm 80 sebulan, mereka boleh memilih pelan First Blue dan hanya perlu bayar sebanyak rm 45 sebulan. 

Buat masa ni aku sendiri tak pasti lagi mahu melanggan pelan yang mana satu. Aku bukan kerap sangat guna internet menggunakan telefon. Pelan 1GB sebulan pun aku tak pernah habis guna sebabnya kebanyakan masa aku online menggunakan laptop. Kalau aku buat keputusan untuk bertukar ke salah satu pelan di atas, nanti aku ceritakan lagi dalam blog ni.

Sekian.

~ Baca Selanjutnya ~

Jumaat, 20 Mei 2016

Kenduri Lagi Part 2

Seperti yang dijanjikan dalam post Kenduri Lagi Part 1 yang lepas, kali ni aku akan cerita pula part 2. Kalau part 1 sampai ke Tampin, Negeri 9, kali ni dekat je dalam negeri Selangor. Nak kata dekat sangat takde dekat jugak kalau korang kayuh naik basikal macam geng-geng kat highway Kesas tu amik masa 2 - 3 jam jugak kot nak sampai.

Nasib baik aku naik kereta jadi dalam sejam dah sampai ke rumah pengantin di Tanjung Karang. Kenduri ni adalah saudara terdekat keluarga mentua aku. Jadi aku kena pergi tunjuk muka hensem aku kat diorang supaya diorang kenal la menantu baru ni.

Nak cerita panjang pun tak tahu nak cerita apa sebab aktiviti biasa kat kenduri adalah salam dengan orang tak kenal, makan-makan, senyum sana sani macam kerang busuk, lepas tu salam nak balik, dan last sekali dapat door gift. So mari layan beberapa keping gambar yang aku ambil.

Berkumpul ramai-ramai dulu sebelum serang rumah pengantin 




Aummm. sedap bubur kacang yang panas dan lembut.

   Budak mana tah ni wife aku snap.

Sekian. Terima kasih.

~ Baca Selanjutnya ~

Khamis, 19 Mei 2016

Komen Cerita X-Men Apocalypse

Komen Cerita X-Men Apocalypse mengandungi spoiler yang agak banyak jadi siapa yang masih belum menonton, dinasihatkan agar tak baca post ini. Ok sekarang boleh mula. Aku baru je balik dari menonton cerita ni di GSC Setia City Mall dan biar aku bagi rating siap-siap untuk cerita ni. Bagi selera aku, aku bagi 4.3 daripada 5 bintang.

bergambar dengan poster x men apocalypse

Permulaan

Permulaan movie ni menunjukkan situasi pada zaman mesir purba yang menjadikan piramid sebagai pusat atau tempat upacara bagi watak jahat ( En Sabah Nur ) yang merupakan mutan yang pertama di dunia memindahkan roh dia ke badan yang baru. Sewaktu upacara pemindahan roh, ada pengkhianatan dan kemusnahan berlaku dan ini menyebabkan proses pemindahan roh terganggu namun tetap dapat disempurnakan oleh pembantunya yang kemudian mati sewaktu dalam prose tersebut.

Pertengahan

Apabila watak jahat telah bangun dari tidur selepas beribu tahun, dia ingin menakluki kembali dunia ini dan telah memilih beberapa mutan ( antaranya storm dan magneto ) untuk membantunya. Sewaktu professor X sedang mencari dan berkomunikasi dengan erik ( magneto ), kuasa Professor X telah menarik minat En Sabah Nur dan ini telah menyebabkan cerebro dan juga minda professor dikuasai oleh watak jahat dalam cerita ni.

Pengakhiran

Bahagian akhir cerita ini menunjukkan perang antara 2 pihak iaitu En Sabah Nur, Magneto, Storm, 2 mutan yang cuba menakluki dunia menentang prof X, cyclop, quicksilver, jean, Night crawler, dan beast. Di akhir peperangan, magneto dan storm berpaling tadah dan bergabung bersama xmen yang lain cuba menewaskan En Sabah Nur.

Siapa yang menewaskan watak jahat dan bagaimana dia menewaskannya ??? Yang tu kena la tengok sendiri ye.

Sekian.


~ Baca Selanjutnya ~

Selasa, 17 Mei 2016

Kenduri Lagi Part 1

Aku rasa content dalam blog aku ni banyak pasal kenduri kahwin sejak beberapa bulan lepas. Nak buat macam mana tiap bulan atau tiap 2 atau 3 minggu mesti ada jemputan terutama sekali jemputan daripada kawan-kawan isteri aku. 

Aku tak ramai kawan jadi tak banyak jemputan kahwin yang aku dapat. Kenduri kali ni adalah kenduri kahwin kawan kepada isteri aku. Majlis berlangsung di Tampin, Negeri Sembilan pada 14 Mei 2016. Aku dan isteri bertolak dari Setia Alam seawal 8 pagi dan sampai di Tampin sebelum 10 pagi. 

Aku bertolak awal kerana isteri aku merupakan salah seorang bridesmaid jadi kena sampai awal untuk membantu pengantin bersiap. Manakala aku pula yang sampai awal kat sana tak tahu nak buat apa selain bersembang dengan beberapa ahli keluarga pengantin. Sepanjang di kenduri, sempat juga aku ambil banyak gambar untuk di buat kenangan. Jom layan gambar-gambar di bawah :



Pertama kali jumpa aiskrim potong macam ni. Sangat sedap.

Tak tahu nak buat apa jadi termenung je la jawabnya.
Pasangan pengantin menuju ke pelamin.


Semua tengah photoshoot jadi aku selfie je.

Lewat petang dalam pukul 6:30 petang aku bergerak balik ke Selangor. Selamat pengantin baru diucapkan kepada mereka berdua. Nanti aku cerita pula part 2 tapi bukan sambungan kepada majlis ni. Part 2 pasal kenduri lain pulak yang berlangsung esoknya iaitu 15 Mei 2016.

Sekian, Terima Kasih.

~ Baca Selanjutnya ~

Selasa, 10 Mei 2016

Penulisan Melalui Pembacaan Confession

 Aku suka baca confession.

Tak kisah confession tu panjang ke pendek. pasal tangkap cinta, pasal frust, pasal kehidupan, semua tu aku main baca je. Selalunya bila baca confession ni aku akan macam faham perasaan yang dialami oleh orang yang bercerita.

Yang paling best adalah apabila sedang baca, seolah-olah aku berada dan hanyut di dalam cerita diorang. Lepas habis baca baru kembali ke dunia nyata. Kemudian sambung baca confession seterusnya dan seterusnya.

Aku jadi kagum pada confession yang berjaya buat aku hanyut dan leka dan tertanya-tanya macam mana diorang ni boleh menulis dengan begitu bagus sampai boleh buatkan pembaca jadi tersentuh dengan penulisan diorang ? Aku nak tulis 1 posting kat blog ni pun jenuh cari idea tapi diorang selamba je cerita dengan santai siap dapat respon banyak lagi dari pembaca.

Setelah fikir dan baca banyak confession, baru aku dapat tahu jawapan kenapa penulisan diorang sangat menarik untuk dibaca. Kebanyakan confession yang ditulis biasanya melibatkan pengalaman yang dicampur dengan emosi pada sesuatu kejadian. 

Yes, emosi.... Cinta, kehidupan, kerja, ahli keluarga, kawan-kawan, sosial, dan banyak lagi confession di luar sana hampir semuanya melibatkan emosi. Apabila emosi dan pengalaman dicampurkan sekali dalam penulisan, gaya bercerita akan jadi lebih real macam mereka sedang berkongsi pengalaman hidup mereka pada kita.

Jadi kalau ada blogger yang masih tertanya-tanya bagaimana nak dapat idea dan cara untuk menulis, aku cadangkan agar banyakkan membaca confession kerana ia merupakan satu penulisan yang santai bercampur dengan emosi dan pengalaman. 

Sebenarnya banyak lagi cara untuk baiki penulisan dan bukan hanya dengan membaca confession. Kalau blog yang berkongsi maklumat, pembacaan confession mungkin kurang sesuai kerana tak banyak yang dapat membantu. Tapi kalau blog peribadi, ia sedikit sebanyak membantu apabila kita mahu bercerita.
~ Baca Selanjutnya ~

Ahad, 8 Mei 2016

Blogger Perlu Belajar Daripada Wartawan

Blogger Perlu Belajar Daripada Wartawan walaupun sekarang ni hampir tiada beza antara wartawan dan juga blogger yang mahir. Malah ada ramai blogger yang mampu menulis artikel yang jauh beretika dan lebih menarik berbanding sesetengah wartawan. Namun bukan semua blogger mampu menulis macam tu. Rata-ratanya hanya salin, ubah suai ayat. kemudian tampal di blog mereka. Disini aku akan kongsikan beberapa tips daripada wartawan yang boleh membantu menghasilkan content menarik minat pembaca.


Guna Tajuk Yang Menarik


Apabila wartawan menulis laporan atau artikel, mereka tahu untuk meletakkan tajuk atau headlines yang boleh menarik pembaca untuk membaca penulisan mereka. Dengan fokus kepada tajuk, anda boleh belajar bagaimana untuk menulis dengan baik dan huraikan isi kandungan secara mendalam dan pada masa yang sama cuba jangan lari daripada tajuk. Kebanyakan blogger memang sudah pandai menggunakan tajuk yang menarik namun apabila membaca penulisan mereka, isi nya tidak sama dengan tajuk malah lebih teruk lagi ada yang langsung tak berkaitan dengan tajuk.

Konsep Keutamaan


Kebanyak artikel dan laporan yang ditulis oleh wartawan mengikut konsep keutamaan. Sebagai contoh, perenggan pertama dan kedua sesebuah artikel itu mengandungi maklumat yang paling tepat dan penting. Kemudian beberapa perenggan seterusnya kita akan dapati isi kandungannya semakin berkurang, dan perenggan akhir sekadar meminta maklum balas daripada pembaca.

Tujuan konsep ini adalah untuk menunjukkan kepada pembaca bahagian paling penting dalam penulisan dan selepas itu pembaca boleh memilih sama ada untuk meneruskan pembacaan ataupun berhenti setelah mendapat malumat yang mereka kehendaki.

Letakkan Maklum Balas Yang Menyokong


Kalau kita perasan, dalam laporan yang ditulis oleh wartawan, mereka ada masukkan maklum balas dan juga hasil daripada temu ramah yang mereka lakukan. Kaedah yang sama juga boleh dilakukan oleh blogger dengan mengajukan pertanyaan kepada blogger lain dan hasil daripada pertanyaan tersebut boleh diselitkan dalam artikel yang ditulis.

Mencari Sesuatu Yang Menarik


Hampir kesemua wartawan mempunyai buku alamat dan juga kenalan yang boleh membantu mereka untuk menjadi yang pertama melaporkan sesuatu kejadian. Dalam hal ini, blogger juga boleh menjadi yang pertama melaporkan sesuatu. Salah satu caranya adalah media sosial. Gunakan sosial media seperti facebook dan twitter untuk dapatkan maklumat. Blogger juga boleh hubungi pemilik akaun untuk mendapatkan info yang lebih tepat dan dalam masa yang sama pertanyaan dan maklum balas tersebut boleh diselitkan dalam artikel.

Setakat ini hanya itu saja tips yang dapat kongsikan. Semoga lebih ramai blogger mampu hasilkan content yang lebih menarik dan berkualiti hasil daripada perkongsian tips ini.
~ Baca Selanjutnya ~