Khamis, 31 Mac 2016

Ice Bucket di AEON Shah Alam

Minggu lepas pergi layan Ice Bucket di AEON Shah Alam. Asalnya pergi majlis bertunang kawan kepada isteri aku. Macam biasa nak tak nak aku pun kena pergi sekali majlis tunang tu, at least dapat jugak makan percuma petang tu.

Jadi ni sedikit gambar sepanjang berada di majlis pertunangan kawan isteri aku tu. Apa pun tahniah kerana dah bertunang.





Lepas majlis tunang, isteri pulak ajak pergi ke Aeon shah alam. Katanya aeon baru buka dan besar. Tujuan pergi sana nak makan ice bucket. Apa tu ice bucket aku sendiri pun tak tahu masa awalnya. Kalau air batu campur atau ais kacang tu memang dah biasa makan tapi ice bucket ???



ice bucket aeon shah alam

firdaus life


ice bucket coklat

ice bucket aeon shah alam


Aku tak ingat berapa kali aku senduk dalam bucket tu tapi rasanya banyak jugak la tambah sebab sedap rasa strawberi dan coklat. Yang menarik dan tak sangka agak best adalah kombinasi biskut, corn flakes dan ais tu. Ingatkan tak sedap tapi agak seronok juga bila dimakan.

Sekian...

~ Baca Selanjutnya ~

Sabtu, 26 Mac 2016

Hirup Kopi di Genting Highland

Aktiviti semalam adalah Hirup Kopi di Genting Highland bersama keluarga mentua. Saja naik genting nak ambil udara sejuk disebabkan selangor sangat panas dengan bahang macam tinggal dalam oven. 

Nasib baik sampai di Genting, udara sangat sejuk sampai aku menggigil. Bertolak dari Setia Alam pukul 8 malam dan sebelum 9:30 malam dah sampai sana. Nak dekat 12 tengah malam dan bila semua dah kenyang baru gerak turun dari Genting.




Masing-masing tak sabar nak makan dan hirup kopi dalam suasana udara dingin.







Sebelum balik ambil gambar ramai-ramai dulu buat kenangan.


Sekian untuk post kali ni...
~ Baca Selanjutnya ~

Selasa, 22 Mac 2016

Jalan Jalan Pulau Pinang Lagi

Jalan Jalan Pulau Pinang Lagi ni cerita lama tapi takde lama sangat. Kalau tak silap hujung febuari 2016 hari tu pergi sana. Motif pergi sana tak lain tak bukan hanya untuk makan dan ambil angin sekejap.

Pergi sekejap jer, awal pagi gerak dari Setia Alam, Selangor dan nak dekat waktu rehat tengah hari dah sampai pinang untuk makan nasi kandar. 




Lepas perut kenyang dengan nasi kandar, pergi ke pantai Batu Feringghi pula untuk cuci mata dan main air macam kanak-kanak riang.






Penat main air di pantai, pergi ke kawasan empangan pula. Apa nama empangan tu pun aku dah tak ingat tapi pergi sekadar untuk ambil gambar dan bersantai.






Petang sikit dan perut pun dah lapar terus pergi ke kawasan Padang Kota untuk cari makan. Kat sana aku makan mee goreng sotong tapi sayang tak ada gambar nak tunjuk sebab tengah sibuk makan sampai lupa untuk ambil gambar.

Dalam pukul 6:30 petang terus gerak balik dari Pulau Pinang sebabnya malam tu aku kena masuk kerja pukul 11 malam. 

Harap lain kali dapat luangkan masa lama sikit kat Pinang ataupun lajak terus ke Langkawi. Yang tu mungkin akan plan lain kali. Sekian.
~ Baca Selanjutnya ~

Jumaat, 11 Mac 2016

Selamat Pagi 11 Mac 2016

Selamat pagi. Tiba-tiba hari ni hati rasa nak jenguk blog. Rupanya post terakhir aku adalah pada bulan November 2015. Dalam 5 bulan jugak la blog ni terabai tanpa sebarang post dan juga kemasan. 

Sepanjang 5 bulan lepas banyak juga benda besar berlaku dalam hidup tapi sayang tak update dekat blog ni. InsyaAllah kalau free aku akan cuba update dan kongsi apa yang menarik sepanjang 5 bulan lepas.

Pagi ni buat keputusan untuk update sikit dan buat beberapa kemasan susun atur kat blog ni. Biasanya tiap tahun aku akan tukar tema warna blog ni tapi sekarang dah agak malas nak tengok kod template dan edit sebab makan masa dan juga penat mencari warna tema yang sesuai. Biar je la guna tema warna oren ni sampai bila-bila.

Hari ni jumaat dan aku offday dari semalam. Esok sabtu dah kena masuk kerja. Walaupun hari cuti kerja tapi aku selalu tak ada plan untuk keluar jalan-jalan. Aktiviti pagi adalah siram pokok dan juga sarapan. 


Lepas siram pokok biasanya aku sambung buat kerja edit dan cuci gambar sambil dengar lagu. 
Tengah hari baru mula keluar untuk cari makan ataupun sekadar nak hilangkan bosan.

Nantikan post yang seterusnya. Aku akan cuba kembali update blog ni sekerap mungkin ( dulu pun janji macam ni tp terabai jugak. hehehe )

Akhir sekali nak pesan jaga kesihatan baik-baik. Sekarang ni cuaca sangat panas dan ramai yg terkena strok haba. Sila banyakkan mandi dan minum air suam.
~ Baca Selanjutnya ~