Isnin, 15 Jun 2015

Gambar Berjaya Time Square Kuala Lumpur

Petang tadi aku pergi Jalan-Jalan Bersama GoPro Hero 4 Silver di sekitar Berjaya Time Square Kuala Lumpur. Tempat yang dituju hanya Times Square dan juga plaza lowyat. Tujuan aku jalan-jalan petang ni sekadar untuk test kualiti gambar GoPro yang baru aku beli ni.



Sebab aku beli GoPro ni adalah kerana nak bertukar hobi daripada main game depan komputer kepada ambil gambar dan buat video. Sebelum ni dah ada kamera SJCAM tapi disebabkan nafsu yang kuat menguasai diri dan jatuh cinta yang teruk, terus upgrade kepada GoPro.

Kat bawah ni 3 gambar yang diambil petang tadi. Selebihnya boleh klik LINK di bawah yang akan terus dibawa ke album gopro milik aku. Kalau perasan setiap bucu gambar ada kawasan warna hitam, tu disebabkan aku terlupa nak buang lens cover :


























p/s : Esok nak pergi jalan-jalan ke mane pulak.

~ Baca Selanjutnya ~

Rabu, 10 Jun 2015

Apabila Ofis Belanja Makan Tengah Hari

Apa yang paling best bila makan tengah hari ? Mesti la makan tengah hari yang dibelanja oleh orang lain. Hahaha. Tiap bulan wajib ada satu hari dimana makan tengah hari ditanggung oleh tempat kerja. Biasanya hari yang best macam ni muncul pada hari mesyuarat bulanan.

Kadang-kadang ada juga dalam sebulan, dua hari makan tengah hari ditanggung tempat kerja bergantung kepada kemurahan hati bos dan juga ada aktiviti yang khas. Tapi hari ni ada makan-makan kerana meraikan rakan sekerja yang akan berhenti dan bertukar tempat kerja baru.

Jamuan perpisahan ini diadakan di restoran Paparich Bandar Baru Ampang. Jamuan secara sederhana yang dihadiri seramai 9 orang sahaja. Lagi 6 orang tidak dapat hadir atas sebab-sebab tertentu. Tonton video dibawah yang dirakam sepanjang tengah hari tadi :


~ Baca Selanjutnya ~

Selasa, 2 Jun 2015

Vlog : Steamboat Bersama si Dia

Semalam aku offday sebab pertukaran jadual kerja memandangkan sudah masuk bulan baru iaitu bulan Jun. Biasanya tiap kali offday aku jadi mati kutu tak tahu nak pergi mana dan hanya duduk rumah hadap komputer dan internet.

So semalam agak bosan sampai tengok komputer pun buatkan aku rasa mengantuk. Alang2 dah bosan dan tak keluar makan seharian akibat terlalu malas, aku pun drive ke Setia Alam ( rajin pulak nak drive ) untuk menikmati steamboat.



~ Baca Selanjutnya ~