Khamis, 30 April 2015

SJCAM SJ5000 Wifi Mainan dan Hobi Baru

SJCAM SJ5000 Wifi Mainan dan Hobi Baru aku. Saja nak mencuba sesuatu yang baru lagipun nampak macam seronok je tengok orang duk rakam video sebagai kenangan. Tapi aku beli bukan untuk rakam muka sangat pun, aku ada tujuan lain sebenarnya.

Aku malas nak tulis panjang sangat jadi aku terus kepada point. Aku beli kamera sjcam ni melalui link di bawah ni ( Konfem Original ) :



Kat bawah ni pula antara pakej dan harga yang ditawarkan. Boleh tengok mana yang berkenan dulu sebelum buat keputusan. Aku ambil pakej D siap extra bateri :


Kamera ni ada dua jenis :

1) SJCAM SJ5000 Wifi ( Novatek ) ( 14 Mp camera )
2) SJCAM SJ5000 Plus ( Ambarella A7 chip yang guna dalam gopro ) ( 16 Mp camera )... lagi mahal

Aku buat keputusan untuk ambil no 1 sebab kebanyakan forum yang aku baca ramai yang mengalami masalah dengan model SJ5000 Wifi Plus ( Ambarella ). Jadi aku taknak ambil risiko beli mahal lepas tu ada masalah di kemudian hari. Tapi kalau korang berani nak cuba juga boleh je dan kualiti video dikatakan lagi baik.

Kat bawah ni gambar kamera aku. Pilih warna merah nampak cun sikit. Ahaks :

Aku beli kamera ni sebab nak rakam dalam kereta je. Rasa seronok rakam masa tengah memandu dan melihat gelagat pemandu lain di jalan raya. Video di bawah ni dirakam pada hari ni dan mungkin akan berterusan dimuat naik di channel youtube aku :

Tengok dalam HD / Full HD untuk gambar yang lebih jelas.

p/s : Jangan lupa subscribe youtube channel. :)
Instax Polaroid Printing

~ Baca Selanjutnya ~

Isnin, 27 April 2015

Bukan Selalu Basah Kuyup

Cuaca di ampang memang tak stabil sejak dua tiga minggu ni. Tengah hari panas gila gila punya lepas tu dalam pukul 3 hingga 5 petang hujan lebat pulak sampai penglihatan masa tengah memandu pun jadi kabur.

Bulan ni aku kerja masuk 3 petang, selalu jugak tiap kali nak keluar rumah perasan awan mendung tapi sempat sampai ofis. Hari ni tengah drive dah hujan lebat. Keluar dari kereta nak jalan ke ofis memang basah kuyup tapi seronok sebab sejuk.

P/s : aku boleh buat 2 perenggan sembang pasal cuaca je.
~ Baca Selanjutnya ~

Sabtu, 25 April 2015

Aku Masih Disini

 Rajin betul dua orang ni kerja.

Yer aku masih disini, di ampang. Cuba untuk hidup se-aman dan sebahagia yang aku mampu. Nak kata ade masalah tu tak jugak cuma life je yang tak menyeronokkan, banyak dihabiskan dengan benda2 tak berfaedah. 

Sebenarnya ada satu aktiviti baru yang aku ingin lakukan dan semoga bermanfaat. Mungkin bermula awal Mei dan mungkin juga tak akan berlaku langsung. Buat masa ni masih dalam perancangan dan mencari peralatan yang sesuai. Nantikan ..........
~ Baca Selanjutnya ~

Ahad, 19 April 2015

Mencuba Pizza Hut Signature Series

Makan malam ni terasa nak cuba pizza hut signature series. Yang aku order ni beef pepperoni perfetto. Pizza yang ni agak nipis sedikit berbanding biasa. Rasa pun bagi aku kurang sikit berbanding pizza menu biasa. Apa pun yang menarik adalah harganya hanya rm 12 termasuk gst. Kalau nak best lagi baik ambil big double box dapat 2 pizza pada harga rm 30. 
~ Baca Selanjutnya ~