Sabtu, 31 Januari 2015

Blog Diserang Post Mengarut


Hari tu dah kena sekali. Kali ni kena lagi bila Blog Diserang Post Mengarut ataupun dikenali sebagai spam post. Aku rasa kali ni terjadi sejak aku aktifkan mobile blogging. Tapi ni hanya anggaran aku je sebab aku sendiri tak tahu kenapa boleh kena spam post yang banyak.

Aku aktifkan kembali mobile blogging sejak bertukar menggunakan telefon pintar supaya memudahkan aku untuk update entri blog. 

Dua tiga hari selepas aktifkan mobile blogging, terus nampak spam post. Bagi yang tak tahu, spam post ni adalah blog publish content secara automatik. Seolah-olah ada orang log in blog, tulis post kemudian publish tanpa pengetahuan aku. Magik kan ???

Buat masa ni aku baru selesai update sekuriti untuk mobile blogging dengan menukar keyword. Diharapkan dengan menukar keyword pada mobile blogging dapat elakkan daripada terjadi lagi spam post.

p/s : Kalau x menjadi jugak, kena overhaul seluruh blog buang link yang mencurigakan.

~ Baca Selanjutnya ~

Ahad, 25 Januari 2015

Menghadiri Kenduri kahwin Di Ipoh


Ini kali ke dua aku berkunjung ke Ipoh. Kali pertama adalah sewaktu menuju ke penang dan singgah di ipoh untuk menikmati makan tengah hari. Kali ni pon sama juga berkunjung untuk makan tengah hari tapi bukan makan dj kedai, aku pergi makan di kenduri kawan sekelas sewaktu belajar di UniMAP yang melangsungkan majlis perkahwinan.

Jadi aku bertolak bersama cik tunang dari setia alam pukul 9 pagi, sarapan di R&R Rawang dan dalam 12:40 tengah hari aku sampai di rumah pengantin. Puas hati dapat makan di kenduri kahwin sbb dah lama x merasa. Kali terakhir makan di kenduri kawin dalam 2 bulan lepas kalau tak silap.

Apa pun tahniah kepada kawan sekelas aku yang telah melansungkan majlis perkahwinan. Nanti sampai turn aku jangan tak datang pulak. Hahaha

Sent from Asus Zenfone 6
~ Baca Selanjutnya ~

Sabtu, 10 Januari 2015

Sarapan Roti Bakar dan Nasi Lemak Serta Kerja di Hujung Minggu


Semalam lagi dah mengidam roti bakar sampaikn lepas dinner terus pergi kedai runcit beli roti dan kaya.

Pagi ni pulak aku bangun awal sangat dalam pukul 5 pagi dah terjaga dan tak rasa mengantuk lagi. Rasa segar semacam siap boleh terus bangun dari katil tanpa rasa malas.

Seawal 5 pagi lepas bangun tidur, aku habiskan masa dengan online. Masuk je subuh terus pergi mandi dan lepas tu solat subuh.

Selesai solat tiba2 perut aku pulak rasa lapar. Tu la akibatnya bangun awal sangat. Mula-mula ingat nak tunggu sampai 7:45 pagi untuk keluar beli nasi lemak kat pasar pagi kawasan parking lrt pandan indah.

Tapi sebab dah lapar sangat dan memang x boleh tahan, tiba2 otak aku teringat yang aku masih ada roti yg dibeli semalam. Jadi boleh la buat roti bakar dulu utk alas perut.

Lepas makan roti bakar dan dlm pukul 7:45 pagi, aku keluar pergi beli nasi lemak pulak. Fuh puas hati sarapan roti bakar dan nasi lemak.


Muka takde mokd kerja di hujung minggu. Hari ni dan esok aku kerja shif petang. Masuk 3 petang dan keluar pukul 12 tengah malam.

Balik kerja 12 tengah malam terus lena atas katil. Kalau aku rajin sangat biasanya lepas habis kerja tu bawak kereta g jalan2 ambil angin.

Cakap pasal takde mood ni, mula2 nak datang kerja dan sejam pertama je malas sikit. Lepas tu dah ok dan boleh buat kerja dengan bersemangat. Bersemangat la sangat. Hahaha


Sent from Asus Zenfone 6 Smartphone. Posted via Blogaway
~ Baca Selanjutnya ~

Seminggu Menggunakan Asus Zenfone 6


Semalam genap seminggu menggunakan Asus Zenfone 6. Jadi aku hanya ada sedikit pengalaman yang nak dikongsi disini. Diharapkan apa yang dikongsi disini berguna bagi yang teringin untuk guna telefon ini pada masa depan.

Mula2 sekali aku nak sentuh dari segi performance. Setakat ni aku berpuas hati dari segi sensitiviti skrin sentuh, play back video, dengar lagu, dan penggunaan applikasi sosial seperti whatsapp, twitter, email, blog dan fb.

Kalau dari segi prestasi permainan pula aku tak dapat nak kongsi pengalaman sebabnya buat masa ni aku masih tak install aplikasi game. Lagipun memang tujuan asal aku beli telefon ni bukan untuk bermain game.


Yang paling aku suka dan puas hati adalah penggunaan bateri. Telefon ini menggunakan bateri berkuasa 3230 mAh dan setakat ni dengan penggunaan yang biasa serta tidak terlalu heavy usage menggunakan sambungan wifi, telefon ini mampu bertahan selama lebih 30 jam.

Tapi dengan menggunakan bateri sebesar ni, aku terpaksa ambil masa yang lama untuk cas bateri sehingga penuh. Biasanya cas 3 jam 15 minit baru dapat full 100%.

Bagi yang nak cas laju boleh guna adapter fast charger yang dijual di kedai. Selain tu boleh juga gunakan power bank kalau tak sanggup nak tunggu 3 jam semata-mata nak tunggu bateri penuh.

Buat masa sekarang hanya diatas ni yang dapat aku kongsikan kat sini. Nanti dah lama guna dan kalau ada masalah yang berkaitan dengan telefon ni, aku akan kongsi lagi disini.


Sent from Asus Zenfone 6 Smartphone. Posted via Blogaway
~ Baca Selanjutnya ~

Rabu, 7 Januari 2015

Menunggu Terima Bonus


Termenung jauh semalam di stesen LRT dan dalam otak hanya fikir bila nak terima bonus. Bagi kaki tangan penjawat awam dah ada berita bahawa akan dapat bonus dibayar sekali dengan gaji bulan Januari 2015. Seronoklah korang.

Aku yang kerja swasta pulak masih takde khabar berita mengenai tarikh yg akan terima. Yang selalu dengar adalah " mungkin hujung bulan ni ataupun bulan depan ".

Buat masa ni hanya mampu menunggu dan terus menunggu. Doakan aku terima bonus dalam masa terdekat ye.


Sent from Asus Zenfone 6 Smartphone. Posted via Blogaway
~ Baca Selanjutnya ~

Selasa, 6 Januari 2015

Kembali Kerja Shif Malam


Masuk bulan Januari, shif aku bertukar kembali kepada shif malam. Kalau bulan lepas dapat shif petang dan bulan sebelum tu dapat waktu pagi. Memang tiap bulan akan bertukar shif dan akan pusing ikut giliran.

Mungkin ada yang fikir shif malam ni tak menyeronokkan dan menganggu kitaran waktu tidur. Tapi bagi aku, ada jugak kebaikannya kerana waktu malam agak sunyi jadi boleh fokus buat kerja tanpa ada gangguan orang lain.

Selain tu sudah tentu la bayaran pon ada lebihnya. Kiranya kalau dapat shif malam, gaji pon akan lumayam berbanding shif waktu pejabat biasa. Haha part gaji tu yang paling syok. Lagipun aku masih bujang jadi takde masalah pun kalau kerja malam sebenarnya. Okeh nak sambung kerja plak.

Sent from Asus Zenfone 6 Smartphone. Posted via Blogaway
~ Baca Selanjutnya ~

Isnin, 5 Januari 2015

Perancangan Tahun 2015

Perancangan Tahun 2015 yang aku buat tidak se-gempak dan se-hebat macam orang lain. Cukup sekadar apa yang rasa mampu oleh diri ini untuk dilakukan dalam tahun 2015.

Kalau nak disenaraikan semuanya memang banyak juga plan tapi aku hanya beritahu yang mana penting sahaja. Yang selebihnya kurang penting tu akan dikongsi dalam entri yang akan datang sepanjang tahun.

1. Keluar Dari Zon Selesa ( Comfort Zone )

Tahun 2014 yang lepas, hidup aku boleh dikategorikan sebagai cukup selesa sebab kebanyakannya aku hanya ' play safe ' bila membuat sesuatu keputusan. Contohnya kerja di kawasan yang dah biasa praktikal pada tahun 2012, menyewa bilik pon dekat dengan tempat kerja, balik kampung 2 bulan sekali, pengurusan kewangan stabil, makan cukup, bermain game online lebih 2 jam sehari dan macam-macam lagi.

Kalau boleh untuk tahun 2015 ni aku cadang untuk lakukan sesuatu yang luar dari ' play safe '. Antaranya adalah mulakan bisnes sambilan, kurangkan makan, kurangkan online, dan mungkin cari kerja lain serta menginap di kawasan lain. 

2. Tukar Kerja

Pasal tukar kerja sebenarnya dari tahun lepas lagi aku dah fikir. Cumanya sekarang ni aku masih menunggu kenaikan gaji. Kalau kenaikan gaji memberansangkan, aku akan kekal dan kalau tidak berapa naik mungkin terpaksa cari kerja lain.

Bagi aku kenaikan ni sangat penting terutama sekali pada tahun 2015 aku ada perancangan khusus yang memerlukan kewangan yang lebih kukuh.

3. Mendirikan Masjid

Kalau ikut apa yang dirancangkan dan apa yang dibincangkan, aku akan mendirikan rumah tangga pada tahun ini. Bila tarikh yang sebetulnya itu aku biarkan rahsia dulu.


Apabila dah berniat untuk berumah tangga, banyak persediaan aku kene buat dari awal. Persediaan yang dimaksudkan adalah ilmu untuk menjadi pemimpin keluarga. Pergghh aku taip ni pun aku sendiri yang rasa saiko.

Buat masa ni aku secara perlahan-lahan persiapkan diri untuk berumah tangga. Tak perlu terburu-buru, just chill and relax.


Rasanya 3 perkara diatas inilah yang aku betul-betul fokus dan rancang untuk dilakukan pada tahun 2015. Yang lain  masih lagi kabur dan perlukan perancangan lain.

Apa pun semoga perancangan yang aku senaraikan ini dapat dilaksanakan dengan lancar tanpa halangan yang besar.

~ Baca Selanjutnya ~

Sabtu, 3 Januari 2015

Tahun Baru Fon Baru : Asus Zenfone 6

Dalam post Perancangan Bulan Oktober, aku ada beritahu bahawa aku nak tukar smartphone. Blackberry Curve 9300 yang aku guna selama 2 tahun telah banyak berajasa dan sudah sampai masa untuk aku menaik taraf demi memenuhi keperluan semasa. Cewah ayat nak cliche aje.

Fon baru yang bakal menggantikan BB adalah Asus Zenfone 6. Dibeli pada 2 Januari 2015 dan mungkin serta kemungkinan besar akan terus guna sampai Disember 2016. Itupun kalau fon ni dapat bertahan selama 2 tahun dan harap2 dapat bertahan selama tempoh tersebut.


Harga yang aku beli RM 750 walaupun sepatutnya boleh dapat RM 700 di Asus Store tetapi kebanyakan Asus Store yang aku lawati semuanya telah kehabisan stok bagi model ini.

Yang saiko dan hasut aku untuk beli fon ni adalah kerana ia dilengkapi dengan kamera 13 mega pixel. Sangat sesuai untuk ambil gambar dan boleh la aku bersemangat untuk rajin update blog.

So ini lah dia fon yang aku idamkan sejak 3 bulan yang lepas. Akhirnya terbeli jugak. Tunggu update seterusnya daripada aku menggunakan fon ini. Adios.
~ Baca Selanjutnya ~

Penamat 2014 : Firdaus Bertunang

Ni 13 hari yang lepas punya cerita. Saja aku tangguhkan lambat sikit sebab rasanya tak sesuai aku menunjukkan perasaan gembira sedangkan ramai kawan-kawan dan saudara mara kat pantai timur mengalami bencana banjir.

Malah sekarang pun banjir masih tak pulih sepenuhnya tapi Alhamdulillah paras air dah turun di beberapa tempat di Kelantan.

Jadi kembali pada tajuk, 21 Disember yang lepas aku dah selamat melansungkan majlis pertunangan dengan pasangan. Majlis buat biasa je melibatkan 2 keluarga dan beberapa kenalan daripada pasangan. Nah drillz gambar :


Ha ha macam nak bertinju tu. Kahwin pulak.... nanti la kalau jadi dan betul-betul confirm dengan tarikh baru update kat sini. Tak syok pulak kecoh awal-awal. Kita slow down dan rilek-rilek dulu.

p/s : Selamat Tahun Baru 2015 dan Salam Maulidur Rasul.

~ Baca Selanjutnya ~