Sabtu, 22 November 2014

Touch n Go - Kad Tidak Sah

" Kad tidak sah ". Eeeeehhhhh ??? ok takpe aku cuba keluar sebelah sana pulak.

Bila sentuh kad, mesej yang sama terpapar di skrin. Ada dalam dua tiga kali aku sentuh tapi tak menjadi juga. Akhir sekali kena pergi dekat kaunter beritahu aku tak dapat keluar.

Kejadian ni berlaku petang rabu minggu lepas bersamaan 19 November di stesen LRT Pandan Indah. 

Masa tu baru balik dari makan petang dekat kawasan LRT Cempaka. Lepas tu naik train nak balik rumah dan turun di stesen Pandan Indah. Bila nak keluar dari stesen tu terus sangkut sebabnya kad tidak sah.


Yang buat aku risau adalah keesokannya iaitu 20 November aku kena pergi Setia Alam. Bila travel dari ampang ke setia alam memang wajib akan lalu tol.

Aku duk risau takut lalu expressway nanti perkara yang sama terjadi di stesen lrt pandan indah. Kalau terjadi juga Kad Tidak Sah, memang naya la aku kena hon dengan kereta kat belakang.

Tapi mujur hari tu aku ambil langkah selamat. Aku lalu menggunakan laluan Tunai dan Touch&Go bila sampai di plaza tol.

Kena play safe. Just in case touch n go aku problem, aku masih boleh bayar tol secara tunai.

Lepas 2 kali test guna di plaza tol Awan Besar dan Sunway, rasa lega hati sebabnya kad touch n go aku sebenarnya tak rosak pun. 

Mungkin ada gangguan kot masa aku guna di stesen lrt menyebabkan aku tak dapat keluar. Mungkin la kan tapi yang penting kad aku tak ada masalah.

~ Baca Selanjutnya ~

Selasa, 18 November 2014

Tak Dapat Beli Kek Blueberry Cheese


" 1 slice tak jual, kalau 1 biji tu ada ". Itu kata salah seorang pelayan Secret Recipe masa aku tanya mengenai kek blueberry cheese waktu petang tadi.

Dan ini sebenarnya kali ke 4 aku kunjungi secret recipe dalam 2 minggu semata-mata untuk mencari kek blueberry cheese. 4 kali tu juga aku dikecewakan. 

Nak tak nak pilih juga kek lain walaupun niat asal aku adalah hanya untuk membeli kek yang aku idamkan.


JOM BACA : Bagaimana Mengawal Perbelanjaan Harian


Aku pun tak faham kenapa kek tu tak dijual secara slice tapi hanya dijual secara sebiji. Sebiji kek yang bulat tu harga rm 80 ++ tapi bukan hal duit aku kisahkan cumanya siapa nak habiskan sebiji kek yang besar tu.

Kalau aku di kampung memang aku selalu beli sebiji kek. Yang akan makan adalah aku, adik beradik, mak, ayah. Kira berbaloi la juga 5 orang makan sebiji kek.

Sebiji kek kalau aku sorang je yang makan memang montel la jadinya tambahan lagi memang aku suka dengan kek.

p/s : Gambar tu kek New York Cheese. 

~ Baca Selanjutnya ~

Isnin, 17 November 2014

Mencari Pendrive Imation Nano Pro

Mencari Pendrive Imation Nano Pro di plaza Low Yat beberapa bulan lepas dan hasilnya aku tak jumpa. Tak tahu sama ada aku tak pandai cari atau waktu tu stok sudah habis.

Jenama lain memang banyak dengan pelbagai storage size dan bersepah sampai rambang mata nak pilih tetapi semua tu aku taknak dan hanya teringin dengan jenama imation saja.

Sebab utamanya adalah pendrive ini dilengkapi dengan sistem sekuriti tersendiri yang mana boleh sembunyikan size storage ( hidden partition ) yang kita inginkan. Dengan cara ini, fail-fail sulit dapat disembunyikan apabila orang lain membuka pendrive ini di komputer mereka.

Untuk akses atau unlock kepada hidden partition, perlu gunakan software ( Imation Lock ) yang telah disediakan dalam pendrive ini dan masukkan kata laluan, lepas tu korang dapat akses storage dan file yang disembunyikan.



Sekarang ni hanya pakai yang 8Gb je

Back to the main topic, kalau boleh aku nak cari pendrive yang bersaiz 64 Gb ataupun 128 Gb. Dengan saiz ni senang bagi aku untuk pindahkan game-game komputer dari satu tempat ke satu tempat.Maklum la game sekarang saiz pon dah cecah 50Gb jadi sebab tu perlunya saiz yang lebih besar untuk pindahkan data.

Kalau nak guna external hard disk tu besar sangat, tidak berapa portable, dan tak sesuai untuk diletakkan di dalam poket. Dengan pendrive yang kecik dan mudah dibawa, senang sikit nak pindah file dan tak perlu wayar untuk sambungan. Ringkas dan ringan !!

Buat masa ni aku masih lagi mencari secara fizikal dan juga online. Dekat laman Lelong pun aku tak jumpa yang bersaiz 64Gb. Harapnya nanti aku jumpa bila keluar jalan-jalan ke plaza lowyat akhir bulan ni. Wish me luck !!!
~ Baca Selanjutnya ~

Selasa, 11 November 2014

Senarai Apa Yang Perlu Dilakukan Menggunakan Applikasi Trello

Senarai Apa Yang Perlu Dilakukan Menggunakan Applikasi Trello bukan saja memudahkan urusan kerja harian malah menjadikan kerja lebih teratur dan tersusun mengikut keutamaan.

Baru hari ni aku dengar pasal Trello, itupun tahu masa tengah sembang-sembang dengan programmer yang baru masuk kerja kat ofis. Mungkin dia ada nampak bagaimana aku dan staff control centre yang lain agak serabut dan tak berapa tersusun dalam menguruskan To-Do list menyebabkan dia share pasal applikasi ni.

Balik je dari ofis hari ni terus aku register akaun di laman web dan cuba main. Hasilnya lepas explore dan godek-godek, memang sangat membantu terutama sekali dalam menguruskan hal-hal dan senarai yang perlu dibuat.

Bagi yang masih tak faham, aplikasi ni umpama papan kenyataan kat dinding ( Notice Board ). Kita boleh buat banyak notice board dan setiap notice board boleh buat banyak section sebagai contoh Jangan Lupa, Sedang Buat, Dah Siap macam contoh di bawah ni.


Selain buat notice board pasal kerja harian yang perlu dilakukan, korang juga boleh buat notice board target hidup korang. Dengan cara ni korang takkan lupa apa matlamat yang masih belum tercapai dalam hidup.

Selain itu, segala info atau senarai yang diletakkan pada board boleh disimpan / archived sebagai rujukan pada masa hadapan.

Tidak lupa juga applikasi Trello boleh dimuat turun dan install di telefon pintar dan tablet bagi memudahkan pengurusan senarai.

Bagi yang berminat untuk mencuba, boleh pergi ke laman web Trello atau klik di [SINI].

Selamat mencuba.

~ Baca Selanjutnya ~

Ahad, 2 November 2014

Perancangan Bulan November 2014

Perancangan Bulan November 2014 tidak segempak dan tidak terlalu boros seperti bulan Oktober yang lepas. Kalau refer pada post aku mengenai bulan lepas, satu perancangan yang aku terpaksa tangguhkan sementara waktu adalah mengenai tukar smartphone.

Sebab ditangguhkan adalah faktor kewangan yang mana terpaksa berjimat sementara kerana aku ada perancangan lain pada bulan Disember nanti. Jeng jeng jeng !!!

Biarkan dulu hal mengenai bulan Disember, aku akan ceritakan semuanya di bulan depan. Untuk bulan November ni, berikut adalah perancangan aku :

1. Balik Kampung

Hari raya haji dah balik, jadual seterusnya untuk aku pulang ke Besut, Terengganu adalah pada hujung bulan 11 ni. Balik tiap bulan la baru dinamakan Hardcore, kalau tiap minggu dinamakan Insane. Disamping balik kampung untuk tenangkan fikiran dengan menikmati masakan emak dan menghadap anak saudara yang kecik lagi comel yang bakal mencecah usia 1 tahun, tujuan utama balik kampung ni adalah untuk bincang dengan keluarga mengenai perancangan bulan 12. 

2. Hari Lahir Anak Sedara

Anak sedara aku  akan mencecah usia 1 tahun bulan november ni. Jadi aku bercadang untuk beli hadiah dan sambut birthday dia walaupun dia masih tak faham mengenai sambutan hari jadi. Ha ha ha. Cumanya untuk kanak-kanak berusia 1 tahun ni aku tak tahu nak belikan hadiah apa. Tengah fikir hadiah yang sesuai tapi masih tak dapat idea. Kalau korang ada idea, jangan lupa tinggalkan cadangan di ruang komen. Nanti senang aku decide untuk beli hadiah.

3. Tidur Awal

Jadual kerja aku untuk bulan ni adalah shif pagi, mula masuk kerja pukul 7 pagi dan habis 4 petang. Bulan-bulan sebelum ni shif petang dan malam yang mana sangat enjoy walaupun jadual tidur aku agak sedikit lari.

Jadi bila dah kena shif pagi dan masuk pukul 7, sejam sebelum tu aku dah kena bangun, mandi, solat subuh dan bersiap untuk pergi kerja. Kalau bangun kena awal, tidur pun kena juga awal supaya bila sampai ofis dan buat kerja nanti tidak akan rasa mengantuk serta boleh fokus sampai waktu lunch hour. Lepas lunch hour biasanya rilek sikit dan kerja pun tak bertimbun sangat dah sebab boleh pass ke orang shif petang.

4. Buat Passport

Sepanjang 24 tahun hidup, ini baru kali pertama aku nak buat passport. Bagi yang selalu travel luar negara memang dah lazim renew passport tapi disebabkan aku bukan jenis yang suka travel memang tak penting pun passport sebenarnya. Buat ni pun untuk cukup syarat. Kalau nak pergi jalan-jalan senang sikit. Tak perlu kalut nak buat passport bila dah emergency nanti.

Setakat ni hanya 4 perkara saja ada dalam perancangan aku. Kalau ada pertambahan, akan diceritakan dan dikongsi dalam post sepanjang bulan ini.

~ Baca Selanjutnya ~

Dugaan Hari Jumaat

Dugaan hari jumaat ni berlaku pada 31 Oktober 2014 yang lepas. Baru hari ni nak update sebab lupa dan sibuk dengan kerja. Kejadian ni berlaku masa aku on the way nak pergi masjid Al-Adzim Pandan Indah untuk menunaikan solat jumaat.

Masa tu hujan lebat gila, aku pun tak pakai payung sebab malas dan takut payung Petronas aku kena curi kat masjid nanti. 

Bila tak pakai payung, kena la jalan laju sikit untuk elak dari basah lencun. Tengah jalan laju, tiba-tiba aku tergelincir dan jatuh. Nasib baik jatuh lutut je dan bukan jatuh sekali muka sebab tangan sempat bertahan kat tanah.

Fuh nasib baik tak dapat luka tapi seluar yang aku pakai tu kena kotor tanah dari buku lali sampai ke paras lutut. Masa tu dah nak sampai kat masjid, dalam 200 meter lagi nak sampai. Last sekali sebab seluar dah kotor sangat, kena balik tukar seluar dan datang balik. 





Tempat aku tergelincir.

Mesti korang pelik kenapa aku tak jalan je atas laluan jalan kaki yang disediakan tu. Sebenarnya ada halangan macam pagar kat laluan jalan kaki tu. Aku pun tak tahu kenapa dia buat halangan macam tu dan sebabkan halangan yang ada tu, terpaksa aku lalu di sebelah kanan.

Yang sebelah kanan bahagian rumput tu tanah tinggi sikit. Sebab tu masa aku pijak untuk pergi ke laluan jalan kaki, aku jadi tergelincir dan jatuh berlutut.

So itu lah ceritanya, moralnya kena sentiasa hati-hati terutama sekali waktu hujan.

~ Baca Selanjutnya ~