Rabu, 26 Jun 2013

Pesta Buku Kangar

Aku dah habis belajar degree. Yeeyyyy. Beberapa hari lepas sebelum bertolak balik ke besut aku ada pergi ke pesta buku kangar yang dibuat di kawasan stadium kangar. Gerai yang dibuka dalam dewan tu boleh tahan banyak jugak dengan pelbagai jenis buku daripada kategori ilmiah hingga komik. Aku niat just nak jalan2 dan kalau ade buku yang menarik maybe akan beli. Lepas pusing2 dan usha buku yang ada, aku beli 2 buku ilmiah dan 2 komik.

Roomate aku lagi banyak beli buku tapi lebih kepada buku indie yang penulisannya x ditapis. Aku plak x biasa sangat baca buku indie sebab x kene dengan jiwa.

P/s : please hire me :(


Sent from my BlackBerry® smartphone powered by U Mobile
~ Baca Selanjutnya ~

Sabtu, 22 Jun 2013

Jamuan Perpisahan Bersama Pensyarah Kesayangan

Semalam satu kelas computer network pergi Changlun sebab pensyarah kesayangan kami ada buat makan-makan selepas solat jumaat sempena perpisahan habis belajar dan lepas ni sangat susah nak jumpa. Pensyarah ni namanya Mohamed Elshaikh dan dia banyak ajar subjek berkaitan dengan Networking sejak kami di tahun 2 lagi. Boleh kata hampir tiap semester dia ada mengajar kelas kami bermula dari tahun 2 sampai la habis belajar tahun 4.

So bila dah lama mengajar kelas kami, hubungan yang terjalin sangat rapat dan dia pun dah masak dengan perangai setiap orang dalam kelas dan kami pon masak sangat dengan perangai die. Hahaha. Sebelum balik dia ada pesan kat aku kalau2 datang area utara sila la melawat dia.

P/s : terima kasih mr Elshaikh for everything you've done like teaching us. See you next time :)


Sent from my BlackBerry® smartphone powered by U Mobile
~ Baca Selanjutnya ~

Isnin, 17 Jun 2013

Jalan2 Ke Sungai Petani

Semalam aku pergi ke Sungai Petani tapi bukan untuk main air di Carnival WaterPark sebab cuaca di bahagian kedah dan perlis banyak hujan beberapa hari ni. X syok la tengah dok best main air tibe2 hujan pulak kan. Kalo nak main kat waterpark kene cuaca panas baru best gile. So semalam just jalan2 dan luangkan masa di SP je. Ingat nak pergi terus sampai ke Pinang tapi rasa malas plak nak drive ke sana.


Sebenarnye kalo ikutkan nafsu nak je aku pegi Cameron Highland sebab dah jemu n bosan duk lepak dalam bandar. Pergi Cameron Highland lagi sejuk dari Perlis lepas tu plak sarapan pagi boleh minum tea panas sambil tengok ladang tea yang luas tu. Fuh cukup aman damai kalau dapat pergi Cameron Highland skang tapi 20 june ni aku ada last paper. Tak pasti tercapai atau x hasrat nak pergi Cameron Highland dalam masa terdekat ni.

p/s : Perlukan percutian

Sent from my BlackBerry® smartphone powered by U Mobile
~ Baca Selanjutnya ~

Sabtu, 15 Jun 2013

Last Paaayyyyperrr 20 Jun

Last paper aku 20 jun ni dan masih ada 5 hari x tahu nak buat ape. Kawan aku smpai dah jadi petani yang berjaya di facebook bila 24 jam asyik duk main game macam farmville. Aku pulak x pandai nak main game di facebook. Pernah dulu main farmville 2 hari lepas tu x minat dah. So sekarang aku x tahu nak buat apa sementara nak tunggu lagi 5 hari untuk kertas terakhir tiba.

Nasib baik esok ada juga plan nak pergi main air di Carnival Waterpark, sungai petani. Dah lama x main air kat sana. Esok ahad jadi kedah keje dan takde la sesak sangat tempat tu. Boleh la main air dengan tenang pastu amik pelampung dan tidur atas pelampung. Hahaha.

P/s : panggilan keje tak dapat lagi.


Sent from my BlackBerry® smartphone powered by U Mobile
~ Baca Selanjutnya ~

Rabu, 5 Jun 2013

Sesi Penilaian Akreditasi

Oleh kerana kos aku, Kej Rangkaian Komputer masih lagi baru di UniMAP dan aku merupakan batch yang pertama akan grad bulan 9 nanti jadi penilaian perlu dilakukan bagi mengiktiraf kualiti program ini. Penilaian tu dikenali sebagai Akreditasi. Dan yang malang sekali adalah dalam 47 orang pelajar kelas, aku salah seorang yang terpilih bersama 7 pelajar lain untuk disoal jawab oleh ahli panel akreditasi ni. Malang kan ? Tapi keseluruhannya ok sebab panel agak mesra cuma aku je gabra dan susah keluarkan buah fikiran.

P / s : Semoga akreditasi ni lulus dan program kami diiktiraf.


Sent from my BlackBerry® smartphone powered by U Mobile
~ Baca Selanjutnya ~