Khamis, 30 Mei 2013

Pembentangan Mini Projek Pulak

Ingatkan dah habis pembentangan Projek Tahun Akhir berserta hantar report dah boleh rasa rilek, aman dan harmoni tapi sebenarnya TAK. Tadi masih ada lagi pembentangan mini projek untuk subjek Network Programming. Pastu esok malam pula ada test. Terbaik kan ? Nampak gaya lepas habis periksa akhir semester baru dapat rilek dan tarik nafas lega. Tapi kira nasib baik jugak la sebab banyak beban berat dah lepas dan tak perlu fikir banyak sangat.

P/s : tawaran kerja masih takde apa-apa berita.


Sent from my BlackBerry® smartphone powered by U Mobile
~ Baca Selanjutnya ~

Alcatel OneTouch Glory 2S

Akhirnya !!! Akhirnya !!! Akhirnya aku guna juga rebate telefon pintar yang dah lama aku nak sangat gunakan. Telefon yang aku beli adalah Alcatel OneTouch Glory 2S. Cuma kena tambah rm 50 pada rebate dan telefon ini dah jadi milik aku serta diberi bersama pek permulaan Digi. Ape yang aku pernah dengar telefon ni memang ada kontrak dengan digi jadi siapa yang beli telefon ni akan dapat sekali pek permulaan digi. Untungnya lagi Digi bagi internet 3 bulan percuma berserta kuota 1.5 Gb.

Jadi untuk 3 bulan dari sekarang memang aku guna pelan Digi pada telefon tu untuk surf internet dan main twitter, instagram dll. Lepas 3 bulan mungkin akan tukar perkhidmatan umobile sebab lagi murah seperti yang aku guna pada telefon Blackberry. Apa pun ni adalah telefon android yang pertama aku pakai dan agak teruja nak explore benda baru. Lepas guna 2 hari dan dibandingkan dengan Blackberry aku boleh kata ada fungsi yang disuka dan ada yang agak leceh sedikit tapi masih berbaloi dengan nilai.

P/s : Gf buat main game candy crush plak dengan telefon ni. Gggrrrrr


Sent from my BlackBerry® smartphone powered by U Mobile
~ Baca Selanjutnya ~

Sabtu, 25 Mei 2013

Jangan Salah Beli Syampu

2 minggu lepas aku ada beli body shampoo yang warna oren macam dalam gambar tu. Memang sakan la shampoo satu badan ditambah dengan bau oren yang cukup best masa mandi. Lepas seminggu guna yang oren tu bahagian badan aku jadi lain macam sikit. Bawah ketiak jadi kering dan merah macam ruam dan kat sendi lengan pon dia jadi kering macam menggelupas. Mulanya aku ingat masalah biasa bila berpeluh sebab perlis ni panas gila.

Tapi nak kata disebabkan peluh macam tak logik sebab baru-baru ni x panas sangat kalau nak banding dengan sebulan atau 2 bulan lepas. So aku ada terfikir kulit jadi merah dan naik macam ruam lepas guna syampu oren tu selama seminggu lebih. Dan 3 hari lepas aku decide stop guna syampu oren tu dan kembali guna syampu lama shokubutsu macam dalam gambar tu. Skang dah hari ke 3 dan ruam di bawah ketiak dah banyak hilang. Kat bahagian lengan yang baru nak menggelupas dah hilang terus lepas guna balik syampu shokubutsu.

Skang aku dah x pakai syampu oren tu tapi rasa sayang pulak sebab masih banyak dan bau die pon wangi. Apa pun aku x berani nak kata yang syampu oren tu tak bagus. Mungkin syampu oren tu x sesuai untuk badan aku sebab tu naik ruam merah. Siapa yang try boleh la cuba pakai syampu oren tu. Hehe

P/s : 1 syampu 1 semester aku guna. Haha


Sent from my BlackBerry® smartphone powered by U Mobile
~ Baca Selanjutnya ~

Rabu, 22 Mei 2013

Program Karnival Kerjaya UniMAP

Hari ni dan esok berlangsungnya Program Karnival Kerjaya UniMAP yang diadakan di kampus utama pauh universiti malaysia perlis. Yang paling bestnya pelajar tahun akhir wajib datang bagi mendapatkan cop mohor bagi melayakkan pelajar untuk grad pada bulan 9 ni. So kalau x datang maka x dapat la cop mohor dan mungkin tak dapat grad la kot. Entah la tapi program ni banyak juga manfaatnya walaupun terpaksa menempuh perjalanan sejauh 20km untuk pergi ke kampus utama.

Antara manfaatnya adalah pelajar tahun akhir boleh hantar resume kepada company yang datang buka booth di tapak yang telah disediakan. Masa ni la yang sesuai bagi yang nak minta kerja. Boleh hantar resume dan silap hari bulan terus dapat first interview lepas hantar tu. Tapi aku x hantar pun resume tadi sebab aku nak cari kerja lain. Lagipun dah banyak aku hantar resume melalui internet kepada syarikat-syarikat yang aku berkenan cuma buat masa ni masih tak ada respon daripada mereka. Apa pun esok masih ada lagi program ni dan masih x terlambat untuk dapatkan maklumat mengenai kerja.

P/s : manfaat lain dapat cuci mata. Hahaha


Sent from my BlackBerry® smartphone powered by U Mobile
~ Baca Selanjutnya ~

Selasa, 21 Mei 2013

Sijil Kursus Kahwin Dah Dapat Tapi

Rasanya minggu lepas ade pengumuman bahawa sijil kursus kahwin dah pun dikeluarkan dan hari ni baru teringat untuk ambil sijil. Jadi bila dah ambil sijil tu rasa agak terkilan sikit dengan kesalahan ejaan nama pada sijil tu. Kesalahan x banyak pun cuma Mohammad tu sepatutnya jadi Muhammad. Tapi masalahnya bukan aku sorang je alami kesalahan ejaan macam ni. Ada lagi beberapa orang kawan aku yang turut alami kesalahan ejaan nama yang agak kritikal.

Persoalan sekarang macam mana boleh sampai macam tu sekali ? Nak kata senarai nama peserta agak banyak ? Rasanya dalam 200+ nama peserta je. Aku sendiri pernah key-in data nama user seramai 700+ orang semasa menjalani praktikal tahun lepas. Lepas key-in tu cek 2 atau 3 kali bagi memastikan nama yang dimasukkan sama seperti yang dalam list tu dan alhamdulillah semua berjalan dengan baik. Ini sijil kahwin siap fotostat salinan kad pengenalan lagi hari tu, pon masih ramai yang mengalami kesalahan ejaan. X tahu la kat mane yang x kena.

P/s : apa pun terima kasih kerana menganjurkan kursus kahwin :)



Sent from my BlackBerry® smartphone powered by U Mobile
~ Baca Selanjutnya ~

Bertukar ke UMobile

Straight to the point aku dah bertukar dari celcom ke umobile. Sebabnye ?? Sebab pelan bis blackberry umobile lagi murah daripada bis celcom. Tapi no celcom lama masih digunakan di telefon lampu suluh cuma blackberry kesayangan menggunakan umobile. Kalau bab internet, fon blackberry merupakan keutamaan bagi aku dan no 2 adalah komputer. Kiranya kalau komputer takde internet tu no hal punye asalkan fon di tangan ade akses internet.

Cakap pasal murah, dengan umobile hanya perlu belanja rm 19 sebulan dan rm 34 untuk 2 bulan blackberry bis subscription. Kalau celcom sebulan rm 25 dan 2 bulan = rm 50. Nampak x beza yang ketara kat situ ? Pasal servis pula aku x dapat nak komen sebab baru je guna hari ni tapi sebelum ni ada tanya kawan-kawan yang guna dan diorang kata servis agak bagus. Ceh macam promote plak kan ? Tapi aku hanya share je. Bagi aku memang sangat memerlukan pelan internet yang murah sebab nak save duit. Maklum la keje x lagi x leh la nak guna yang mahal2 sangat.

P/s : yey dah aktif untuk bis blackberry 2 bulan.


Sent from my BlackBerry® smartphone powered by U Mobile
~ Baca Selanjutnya ~

Isnin, 20 Mei 2013

Hujung Minggu Yang Burn

Semalam baru saja selesai menghadiri salah satu program universiti yang dikhaskan untuk pelajar tahun akhir. Fokus utama program lebih kepada pededahan bagaimana menghadapi sesi temu duga dan apa yang perlu ada dalam resume sewaktu pertama kali untuk meminta kerja. Nak kata banyak input yang dapat tu boleh la lagipun aku hanya fokus pada sesetengah part je.

Yang selebihnya aku tak berapa fokus dan banyak bermain. Hehe biasa la aktiviti macam ni di hujung minggu memang agak susah aku nak bagi perhatian lebih-lebih lagi hari khamis minggu lepas baru saja bertungkus lumus siapkan laporan Projek Tahun Akhir. Sekarang projek aku pun dah selesai dengan jayanya cuma tunggu masa untuk sesi pembentangan pada minggu depan. Lepas tu periksa akhir semester dan habis belajar. Yeeyyy.

P/s : Panggilan kerja masih tak dapat ni.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
~ Baca Selanjutnya ~