Ahad, 29 April 2012

Lenovo Netbook Dan Ubuntu


Selamat malam semua. 2 hari yang lepas aku ada beli satu netbook sekenhand jenama Lenovo. Saja je gatal tangan nak beli sebab nak compatible. Laptop lama letak kat meja study dan netbook kecil comel ni buat letak atas katil. So bila malas nak duduk kat meja, aku still boleh online dan buat kerja atas katil tanpa perlu pindah laptop. Tak mahal pun barang second cuma RM 500 je dan specs sama macam kebanyakan netbook yang lain.

Bila dah ada satu lagi komputer tambahan, aku bercadang untuk install sistem operasi Ubuntu kat netbook ini untuk kegunaan peribadi. Lepas je download daripada internet dan cuba masukkan sistem operasi kat netbook, ada satu masalah besar yang timbul iaitu keyboard tak detect. Ah sudah kalau keyboard tak detect, macam mana nak buat kerja menaip ? Then bila Google baru dapat tahu bahawa Ubuntu Desktop Version tak compatible dengan Netbook aku ni. Netbook lain aku tak tahu la sebab aku tak pernah cuba lagi. Solution kepada masalah ni ade cuma agak leceh dan aku malas nak buat. Last sekali terpaksa masukkan Windows 7 ke dalam netbook ni walaupun aku tak suka Windows 7 sebagai sistem operasi utama. Demn !!!

Dan malam ni aku rasa sangat malas nak tulis panjang sebab tak berapa nak ada mood memandangkan malam esok masih lagi ade test subjek Operating System. Subjek ni takde kira-kira dan 100% berdasarkan bacaan. Maknanya memang kena banyak membaca la jawabnya. Part tu yang paling aku tak suka. Kalau kira-kira ok lagi sebab tak mudah boring. Membaca ni aku susah nak lekat lebih-lebih bila belajar. Kalau baca komik tu memang cepat je nak lekat semua plot dan aksi :D

p/s : ok nak study untuk test malam esok. Wish me luck :)

~ Baca Selanjutnya ~

Sabtu, 28 April 2012

Komen Cerita The Avengers

Pagi tadi dalam hampir-hampir tengah hari aku ada pergi tengok wayang dan cerita yang ditengok of coz la seperti yang tertera di tajuk kat atas ni. So bagi yang masih tak tengok, cepat-cepat la tengok ye sebab cerita ni agak best. Bukan senang nak tengok ramai Hero yang ohsem bergabung dalam 1 movie dan beraksi menentang musuh yang ingin menawan bumi. Tapi sebelum tu korang baca la dulu Komen Cerita The Avengers yang aku nak tulis ni.


Bagi yang masih tak tahu dan kabur-kabur asap lagi, cerita ni adalah mengenai 4 hero ( IronMan, Incredible Hulk, Thor, Captain America ) bergabung tenaga dan kuasa mereka bagi menghalang makhluk asing daripada menakluki bumi. Sebelum nak takluk bumi, of coz la makhluk asing akan serang negara amerika terlebih dahulu dan sebab tu depa panggil semua hero untuk fight kat amerika. Huhu gurau je. Plot cerita ni original berkisar kepada cerita Thor dimana semua agenda jahat menguasai bumi datangnya daripada abang kepada Thor ( Loki ) itu sendiri bagi membalas dendam kerana dia tak dapat naik takhta.

Demi menghalang Loki dan askarnya daripada menakluki bumi, kesemua top hero seperti Ironman, Hulk, Thor dan Captain America dipanggil dan diletakkan bersama  bagi menyelamatkan bumi. Apa yang berlaku seterusnya ? Mampukah semua hero ini menentang penaklukan makluk asing ? Adakah bumi berjaya diselamatkan ? dan Mampukah semua hero ini bergabung sebagai satu pasukan ? Yang tu korang kena tengok sendiri la sebab kalau aku nak cerita satu-satu memang tak syok plak.

Ok plot sampai situ je, kali ni Komen Cerita The Avengers dari segi rating dan action pula. Kalau nak ikutkan action, boleh kata agak best dan menarik sebab boleh tengok semua hero ni fight dengan kekuatan masing-masing bagi menyelamatkan bumi. Selain aksi yang best, ade juga unsur-unsur lawak dalam cerita ni yang mana membuatkan satu panggung wayang duk gelak masa aku tengok tadi. Dari segi rating pulak, aku bagi 8 daripada 10 je sebab cerita ni slack sikit pada permulaan yang agak slow dan ditambah lagi dengan adengan banyak bercakap. Tapi bila sampai bab lawan, terus senyap tak kata ape dah.

Ade kawan aku tanya antara Battleships dan The Avengers yang mana lagi best ? Well berdasarkan taste aku yang sukakan action movie, aku boleh kata Battleships lagi best dan gempak. Maybe sebab ade kapal perang destroyer, meriam, dan letupan yang ohsem membuatkan aku rasa Battleships lagi best. Of coz la tak adil kalau nak compare Battleships dan Avengers secara kasar sebab 2 cerita ni berlainan konsep. Apa pun memang enjoy tengok The Avengers dan hero paling aku suka adalah Iron Man sebab berlagak dan boleh terbang dengan teknologi dia miliki. 

~ Baca Selanjutnya ~

Khamis, 26 April 2012

Nafsu Membeli Menghasut Diri

Selamat malam semua !!! ( Excited tak tentu pasal ) Korang semua suka membeli belah tak ? Kalau perempuan, aku percaya majoriti tentu suka shopping kan ? Dan kalau lelaki pula aku rasa minoriti je ataupun boleh kata lebih kecil daripada minoriti. Tapi walaupun kita selalu je dengar pasal perempuan habiskan duit lebih banyak daripada lelaki kalau bab shopping, aku rasa semua tu bukan 100% betul pun. Maksud aku bila perempuan shopping, kita akan nampak apa yang mereka beli such as pakaian, tudung, kasut, beg, perfume dan bermacam alatan lagi yang aku sendiri pun tak tahu.


But the truth is pada zaman sekarang aku rasa lelaki lebih banyak habiskan duit berbanding perempuan especially remaja lelaki.

Lelaki banyak habiskan duit ? Pakaian pun nampak sama je tiap minggu dan tiap bulan.

Macam aku cakap kat atas tadi, perempuan shopping benda yang kita nampak macam pakaian and others tapi lelaki tak macam perempuan. Lelaki biasanya shopping based on their specific hobby. Let say lelaki ni hobinya adalah something yang berkaitan dengan kereta. And if  lelaki tu ade kereta, kebanyakan duitnya memang melayang kepada keretanya. Girls, korang maybe nampak lelaki tersebut pakai baju n seluar yang sama tiap minggu dan tiap bulan tapi you all tak tahu yang kereta dia menggunakan enjin Mitsubishi Evo + Twin Turbo yang mana menelan belanja maybe more than 50K atau 100K.

Itu maybe sangat extreme bagi sesetengah lelaki tapi tu baru satu je. Aku ada kenal dengan sorang mamat ni dia ni sangat gila komputer. Gila komputer dia tu lebih dasyat daripada aku sampaikan boleh cakap 80% duit dia banyak dihabiskan untuk sistem komputer. So bila 80% duit dia banyak dihabiskan untuk komputer, maka korang fikir la sendiri bagaimana komputer dia sekarang. Hebat ke Gempak ke Dasyat ke semua tu memang wajib ada kat komputer dia.

Tu antara dua contoh yang menunjukkan bagaimana lelaki membelanjakan duit mereka. Kalau nak lebih lagi korang tengok je hobi kawan-kawan lelaki korang tu. Kalau jenis fotografi pulak memang sah duit terbang ke kamera dan juga lens yang mahal tu. 


Sebenarnya aku bukan nak tulis pasal perbezaan shopping lelaki dan perempuan. No No No bab shopping ni aku tak berapa arif sangat sebab tak pandai nak cari point dengan banyak. Kalau korang nak tahu, baru-baru ni secara tiba-tiba je Nafsu Membeli Menghasut Diri aku. Yang paling tak tahannya aku rasa banyak je benda yang nak dibeli sampaikan rasa mengarut pulak kalau beli semua tu. Masalah utama sekarang bukannya duit tapi semua tu hanya nafsu je. Korang tahu la kan bagaimana nafsu ni berkerja, bila dah dapat ape yang mahu dia akan mula cepat rasa bosan dan last sekali rasa menyesal pulak setelah beli sebab dah tak gunakan lagi barang tersebut.

Biasanya sebelum aku nak membeli sesuatu, aku akan lebih memilih kepada keperluan berbanding hawa nafsu. Tapi kali ni nafsu macam lebih kuat berbanding keperluan dan hampir-hampir menggoda aku untuk membeli barang yang aku teringin sangat-sangat. Tak tahu setakat mana aku dapat bertahan dengan godaan nafsu ni. Harap-harap aku dapat lawan semua nafsu membeli ni.

p/s : Teringin nak beli Netbook, Web Hosting dan Galaxy Tab 10.1 dengan kewangan yang ada sekarang tapi semua tu nafsu je. Haaaiihhhh

~ Baca Selanjutnya ~

Minggu Yang Cukup Serabut

Selamat malam. ( mengeluh jap ) Macam yang tertera kat tajuk atas tu, minggu ni memang aku agak serabut sikit sampaikan terabai blog yang disayangi ni. Sibuk disebabkan ade test, memikirkan masih takde tempat untuk Latihan Industri, masa yang hilang dan banyak lagi perkara yang buatkan aku tak tenang. Tapi aku still lagi bersyukur kerana semua masalah ni masih boleh dihadapi dengan baik dan takde rasa pressure sangat sampaikan hilang segala mood untuk buat banyak kerja.


Malam ni sepatutnya mood aku bertambah baik kerana 2 manga fevret iaitu Naruto dan One Piece ade release episod terbaru tapi lepas tunggu punya tunggu kat website diorang, still lagi takde nampak tanda-tanda ade keluarnya latest episode dan terus buatkan aku rasa down gile yang amat. Aku memang suka layan manga walaupun ramai kawan aku berpendapat manga ni tak best dan macam tak matured kalau baca. Well tu semua depend pada jenis manga yang dipilih dan dibaca. Kalau pilih yang tak best memang tak best la jawabnya. Biasanya manga yang lama most of them sangat best sebab banyak value kat dalam cerita tu ditambah dengan plot yang sangat menarik ( sampaikan aku menangis ).


Ok since aku pun dah lari sangat dengan tajuk kat atas ni, jadi aku rasa nak membebel panjang sikit dalam post yang penuh dengan bosan dan merepek ni. Baru-baru ni aku rasa aku ada hobi baru. Itu la yang aku rasa tapi full komitmen terhadap hobi baru tu masih takde lagi. Sekadar santai dan suka-suka je. Hobi yang aku maksudkan tu adalah fotografi. Ha ah tibe-tibe je rasa suka sangat snap-snap gambar ni dan sejak adik aku bagi pinjam DSLR untuk bawa ke kampus, memang kerja aku snap je kalau ade peluang. 

Cumanya yang jadi masalah sekarang ni adalah dslr besar sangat dan susah untuk aku bawa ke kelas untuk ambil gambar. Dulu ada kamera digital dan aku tiap hari bawak pergi kelas. Kalau bosan dalam makmal dan kuliah, aku curi-curi ambil gambar. Kalau nak bawak dslr pergi kelas memang segan kot. Gile ke ape bawak kamera besar gedabak tu pergi kelas. Silap hari bulan orang kata aku ni dah amik kelas fotografi pulak padahal belajar kat U amik kejuruteraan. =_=

Tapi siyesly memang minat aku sekarang kearah fotografi walaupun aku tak tahu ape jadahnya shutter speed, manual focus dan tah ape lagi. Aku hanya tahu snap, snap dan snap dan kalau rajin edit sikit guna Lightroom. Hurmm biasanya bila aku dah gila dengan sesuatu, aku akan cuba dapatkan sesuatu untuk lengkapkan hobi tu. So new target adalah Canon EOS 1100D.


p/s : One Piece. Kenapa tak release new episode malam ni :(

~ Baca Selanjutnya ~

Ahad, 22 April 2012

Tempahan Kek Di Lynn's Butter n Cream

Selamat malam kepada semua gadis-gadis dan jejaka yang suka makan kek. Hari ni korang dah makan kek belum ? Kalau belum makan lagi bagus la kerana aku sangat bermurah hati pada malam ni untuk berkongsi dengan pembaca blog ini mengenai kek. Kalau korang nak tahu, aku nak share sikit bahawa korang boleh membuat Tempahan Kek Di Lynn's Butter n Cream. Apa yang menarik pasal kek yang mereka hasilkan adalah ianya sangat comel sampai rasa sayang untuk dimakan.


Kalau korang nak tahu lagi handmake cake juga jauh lebih cantik dan kiut daripada kek yang dikeluarkan oleh kilang. Hati sekental mana pun, mesti rasa sayang gila nak makan kek-kek ni semua sebab comel yang teramat sangat. Boleh usha gambar kat bawah kalau nak tengok hasilnya ye.

And...and...and if korang nak bagi hadiah or celebrate apa-apa majlis dengan orang yang disayangi, aku syorkan buat Tempahan Kek Di Lynn's Butter n Cream. Semua jenis kek boleh ditempah dan dihasilkan termasuklah untuk tujuan sambutan ulang tahun perkahwinan, hari jadi, dan banyak lagi. Kiranya semua jenis event boleh jalan punye.








  
    FACEBOOK FAN PAGE: Lynn's Butter n Cream
    EMAIL ADDRESS: lynnsbutterncream@hotmail.com
    CONTACT NUMBER: 012-2955298

~ Baca Selanjutnya ~

Jumaat, 20 April 2012

NomNom Twenty Eleven Child Theme

Pada hari rabu yang lepas, Zeaks telah mengeluarkan NomNom Twenty Eleven Child Theme yang baru iaitu version 1.7. Kalau korang nak tahu, aku memang sangat suka dengan theme ni sebab ianya comel, simple dan mudah untuk configure. Boleh kata kalau aku ada blog peribadi yang menggunakan platform Wordpress, aku wajib akan install theme NomNom ini dan gunakan dengan setianya. Tapi sayang sekarang blog peribadi Wordpress aku dah tiada dan hanya ada yang biasa-biasa je.

Bagi sesetengah blogger, themes ni takde la special sangat sebab ia bukannya dilengkapi dengan built in seo plugin malah ada yang menganggapnya ia sekadar theme yang biasa saja. Well aku tak nak gaduh pasal tu sebab bagi aku theme ni kalau nak pakai di blog personal yang takde nak tumpukan kepada SEO memang sangat sesuai. Kalau nak yang tumpukan kepada SEO tu aku boleh pakai theme Genesis ataupun Thesis yang mana sangat advance dan harganya pun sangat mahal melambung.

Back to the topic, version baru 1.7 ini mengalami banyak perubahan berbanding version 1.6. Antaranya adalah ditambah mobile menu style yang mana bahagian menu akan kelihatan lebih kemas apabila view menggunakan mobile device. Selain itu, sebanyak 5 Google Fonts ditambah bagi theme ini iaitu Ubuntu, Droid, Playfair, Lato dan juga Rokkitt. 


Bagi yang masih tak dapat gambaran, blog Izwanyusof merupakan salah satu yang menggunakan theme NomNom Twenty Eleven tapi ianya versi lama iaitu 1.6 bukan version 1.7. Versi baru ni aku sendiri pun masih tak cuba install lagi dan insyaAllah kalau ada masa terluang akan cuba menggunakan theme ini di salah satu blog Wordpress. 

Kalau ada yang mahu cuba theme ini, boleh muat turun di bawah :


p/s : Comel, free, simple dan elegan. Tu yang aku suka :)

~ Baca Selanjutnya ~

Rabu, 18 April 2012

Diskaun 50% Di Sarah Hughes Globe

Selamat malam kepada semua para ibu dan juga remaja-remaja perempuan yang sangat suka bershopping sakan pada setiap masa. Korang semua dah beli langsir untuk hiasan rumah sempena Hari Raya Aidilfitri 2012 belum ? Ape die ? Masih belum dan terlalu awal untuk shopping ? Well tak salah pun kalau nak beli awal dan kalau taknak shopping untuk raya pun, shopping ler untuk hiasan rumah yang sekarang ni pun boleh sebab aku ada berita gembira untuk para wanita yang suka bershopping.  

Diskaun 50% Di Sarah Hughes Globe

Kalau korang nak tahu, sekarang ni ada Diskaun 50% Di Sarah Hughes Globe dan tawaran ini khas hanya untuk pembaca blog Firdaus Life. Bagi sesiapa yang teringin nak dapatkan barang pada separuh harga, kat bawah ini ada beberapa info mengenai offer yang diberikan oleh Globe Silk Store :


i.smart. shopper .
We want you to experience what SHOPPING at Globe is all about! We want your followers to know that you are doing a tie up with us to give your readers a very special hari raya present. The fabrics that we are having will be one of a kind as no other outlet in Malaysia carries it!

WHY?

We reduce advertising costs and pass the savings to bloggers and their followers! Every once in while, we realise that costs of living is going up and families are suffering because they want to maintain their level in society but they cannot! The design they like is either too expensive or is not within their budget.

When?

During this promotion period( now till 31stMay ), we want over Malaysia and the world to experience Globe's " i.smart. shopper! " experience!

What?

All curtain fabrics at 50% off for your bloggers.

How?

They must tell us this exact phrase " I. Follow. Blog Firdaus!". It's that simple! And they will get 50% off everything that is already discounted also. Whilst stocks last!



Seperti yang ditulis kat atas, tawaran ini telah pun dibuka sekarang dan tempoh masa yang diberikan sehingga 31 Mei serta caranya sangat mudah saja. Hanya perlu cakap " I. Follow. Blog Firdaus! " dan korang akan dapat diskaun sebanyak 50% terhadap barangan seperti kain langsir termasuk juga yang telah pun ada diskaun. So sekarang merupakan peluang keemasan korang untuk menikmati potongan 50% keatas barangan berkualiti yang ada di Globe Silk Store. Walaupun potongan separuh harga yang ditawarkan hanya pada kain langsir, namun aku juga diberitahu bahawa they also have other items on promo as well which you will find absolutely cheap.

Bagi yang masih tidak tahu, Globe Silk Store ini terletaknya di :

185, Jalan Tunku Abdul Rahman, 50100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia

dan bagi yang ingin berkunjung ke laman Sarah Hughes Globe boleh klik >>> SINI

Disini juga ada disertakan sekali Google Map bagi yang ingin pergi ke Globe Silk Store >>> MAP

Jadi kepada para wanita dan gadis-gadis di luar sana tunggu apa lagi ? Cepat-cepat pergi serbu ke Globe Silk Store untuk menikmati potongan sebanyak 50%. and...and...and jangan lupa cakap " I. Follow. Blog Firdaus! " bagi mendapat potongan yang disediakan.

p/s : Pssstttt jangan lupa share entry ni kat kawan-kawan biar ramai yang tahu :)


~ Baca Selanjutnya ~

Selasa, 17 April 2012

Komen Cerita Battleship

Walaupun dah banyak hari ditayangkan tapi aku rasa masih belum terlalu lewat untuk aku memberi sedikit Komen Cerita Battleship. Korang dah tengok belum cerita ni ? Bagi yang dah tengok mesti dah dapat feel betapa gempaknya cerita ni kan ? Dengan adanya kapal perang, kapal makhluk asing yang canggih dan juga peperangan yang agak kebaboom menambahkan lagi rating aku bagi movie ni.

Kalau yang masih tak tengok, aku cadangkan agar korang tengok secepat yang mungkin. Seperti biasa filem ini buatan Hollywood dan yang sentiasa jadi hero of course la Amerika. Well tu semua dah boleh agak since the beginning of the story tapi most interesting part apabila adengan tembak menembak antara kapal perang manusia dan juga kapal perang makhluk asing.


Mula-mula adengan perang tu, manusia kalah dasyat gile dan 2 daripada 3 Destroyer musnah teruk akibat diserang oleh makhluk asing. Kiranya alien memang sangat kuat la dalam movie ni ditambah lagi dengan weapon yang canggih gila sampaikan kapal perang manusia asyik kena letup je. Ape yang syok ketika adengan perang adalah strategi yang digunakan bagi mengalahkan makhluk asing sangat hebat.

Kalau nak tahu lebih kena la tengok cerita ni. Rating aku bagi movie ni adalah 4.5 / 5.0 dan ia agak tersasar sedikit pada waktu permulaan yang agak slow. Tapi bila part menarik datang memang tak berkelip mata duk tengok peperangan tu. Ohsem gile :)

~ Baca Selanjutnya ~

Isnin, 16 April 2012

Hari Ini Saja 4 Kemalangan

Alhamdulillah aku dah selamat sampai ke Negeri Perlis of Maryland hampir pukul 8 malam tadi dan sepanjang jalan, aku dan kawan-kawan takde mengalami sebarang masalah. Tapi walaupun sepanjang jalan tadi aku tak mengalami halangan atau masalah, aku dapat tengok 4 kemalangan yang berlaku semasa dalam perjalanan tadi. Kesemua 4 kemalangan tu berlaku di Gerik, Perak iaitu jalan yang penuh dengan selekoh yang berbahaya di samping panjat dan turun bukit. 

Bagi yang tak biasa dengan jalan Gerik dan drive dengan laju mostly akan terlibat dengan kemalangan sebabnya pemandu hilang kawalan akibat terlalu laju mengambil selekoh yang mana pada masa yang sama juga sedang turun daripada bukit.

Buktinya 3 daripada 4 kemalangan yang aku lihat tadi kelihatan kenderaan mereka terbabas dan keluar daripada bahu jalan dan semuanya sampai memasuki kawasan semak samun. Dalam 3 kemalangan yang terbabas tu, satu kereta tercampak masuk ke dalam longkang di tepi bahu jalan. Nasib baik tersekat di dalam longkang, kalau jatuh masuk gaung memang Al-Fatihah la jawabnya.

Bila turun saja daripada Gerik tu, aku nampak Bomba, 2 van Ambulan dan 1 kereta polis bergegas datang dari arah bertentangan dan menuju ke bahagian atas. Yang mana satu cedera parah aku tak tahu sebab aku tak berhenti tapi semua kereta yang terbabas memang hancur teruk terutama sekali bumper hadapan. Dasat wooo. Ngeri betul tengok kemalangan walaupun tadi takde nampak yang cedera di atas jalan.


Sampai rumah terus susun laptop dan barang-barang yang ditingalkan di kolej kediaman. and...and sekarang masa untuk tidur. Esok kelas 8 pagi. Demn !! demn !!! benci kelas pukul 8

~ Baca Selanjutnya ~

Ahad, 15 April 2012

Esok Balik Perlis Dah

Esok dah bertolak balik ke Perlis untuk sambung sesi pengajian dan aku terus takde mood nak update blog bila ingatkan esok kena balik perlis.


Bosan pada waktu malam dan main-main dengan kamera. Snap snap my father picture while he's trying to keep himself busy. Ooppsss a little bit over exposure tapi aku nampak cantik pulak gambar ni :)

p/s : Doakan semoga perjalanan aku ke Perlis pada esok hari berjalan lancar tanpa sebarang masalah. Aminn

~ Baca Selanjutnya ~

Jumaat, 13 April 2012

Projek 100 Blogger Bro Framestone

Semalam aku ada chat dengan Bro Framestone pasal Projek 100 Blogger yang dia kendalikan :

And...and...and pada hari jumaat yang penuh keberkatan ini aku nak ambil peluang dengan join projek 100 blogger bro framestone. Tujuan utama aku join projek ni adalah untuk cari pengalaman menghasilkan advertorial post disamping menambah sikit pendapatan. So kalau ada sesiapa yang teringin nak join juga, boleh la tengok kriteria yang dah ditetapkan oleh Bro Framestone kat bawah :

Antara kriteria yang dicari :

   1.  Mempunyai trafik sehari dalam minima 500 uv.

   2. Setiap blog post mendapat minima 5-10 komen dari pembaca.

   3. Bukan blog copy paste, politik atau menyentuh isu-isu sensitif dan keterlaluan.

   4. Tidak terikat dengan mana-mana syarikat pengiklanan.

   5. Blog di update sekurang-kurangnya seminggu 4 kali.

   6. Duduk di Malaysia dan warganegara Malaysia.

   7. Sanggup memberi komitmen kepada projek 100 bloggers.

  8. Lebih diberi keutamaan kepada blogger ber’niche’ : Kekeluargaan, remaja perempuan (personal), remaja lelaki (personal), teknologi, keusahawanan, makanan.


Kalau blog korang memenuhi kriteria kat atas, boleh la cuba apply kat SINI . Andai kata blog korang ada beberapa kriteria yang tak dapat dipenuhi, apa kata korang hantar juga penyertaan. Mana tahu Bro Framestone akan terima juga sebab tempat kosong masih banyak lagi tu. 

p/s : Fuh fuh penyertaan aku ni diterima.
~ Baca Selanjutnya ~

Mencuba Aplikasi Pixlr-O-Matic

Maaf di atas kelambatan mengupdate post malam ni sebab aku takde idea dan tak tahu nak tulis pasal ape. So tadi masa tengah online, aku nampak adik perempuan yang ada kat sebelah sedang edit gambar menggunakan aplikasi yang aku tak pernah nampak. Bila ditanya rupanya aplikasi itu adalah Pixlr-O-Matic yang mana fungsinya adalah menambah effect pada gambar yang kita mahu edit.

Walaupun fungsinya agak limited dan takde advance macam Adobe Photoshop tapi aku ambil peluang juga untuk Mencuba Aplikasi Pixlr-O-Matic ini. Overall kalau setakat untuk tambah effect pada gambar, aku rasa tak rugi kalau cuba aplikasi ini sebab ianya senang dan cepat untuk proses edit gambar yang simple. Kalau nak yang lagi advance tu kena pakai Photoshop lerr ataupun Lightroom baru puas hati.

Kat bawah ni ada 1 Screenshot yang aku ambil menunjukkan interface Aplikasi Pixlr-O-Matic ini. Simple gile dan tak banyak ruang yang digunakan oleh aplikasi ini. Oh ya kalau ada yang nak cuba muat turun aplikasi ini untuk diinstall ke komputer korang pun boleh juga dengan tekan link muat turun yang dah tersedia di bahagian bawah page aplikasi tu. Selamat mencuba :)



~ Baca Selanjutnya ~

Rabu, 11 April 2012

Hiburan Kosong Dengan Tv

Korang tahu tak Aaron Aziz ada bertumbuk dengan Zed zaidi petang tadi dekat Pavillion KL ? Ada siap masuk dalam Propaganza kat Astro lagi tau. Tu baru satu beb. Lagi satu korang tahu tak yang memang dah terbukti lagi sahih bahawa Datuk K tu ada kahwin dengan Rozita Che Wan ?. Tu pun ada ditayangkan dalam Propaganza masa aku tengok tadi.

Jangan percaya pada statement perenggan atas tu. Aku pandai-pandai reka je weeiiii. Well everytime aku dapat peluang dan berasa nak tengok tv, pasti ia berkaitan dengan hiburan atau gosip-gosip yang mana kalau diteliti dan difikirkan itu semua hanya kosong. Ha ah kosong. Takde mende ape pun kalau ditengok. Nak kata terhibur, takdenye terhibur. Rasa meluat ada la bila dapat tahu artis tu gosip macam tu macam ni. Boleh kata hiburan tv pasal gosip style macam tu je dari zaman dulu sampai la ke zaman sekarang.


Habis tu kalau meluat kenapa tak tengok cerita lain ? 

Seperti ayat diatas, aku ada cakap " Everytime aku dapat peluang " means kat rumah aku ni memang susah nak pegang tv sebab ianya dikuasai oleh emak dan adik beradik perempuan yang lain. Korang faham-faham je la apa yang perempuan suka tengok kan ? Kalau takde pasal gosip artis macam Melodi / Propaganza, pasti mengenai rancangan menyanyi seperti Kilauan Emas, Mania, dan tah ape rancangan menyanyi lagi pun aku tak tahu. 

Itu kat rumah dah tengok pasal rancangan nyanyian, kalau aku keluar pergi lepak kedai makan pun sama je. Mula-mula tu memang la kedai makan pasang cerita kat siaran lain. Tak sampai 10 minit tup tup dah ada rancangan menyanyi kat tv. Bile masa diorang tukar aku pun tak tahu. 

and...and...and korang nak tahu tak ape perkara paling lawak berlaku kat aku pada malam ni ? Tadi masa aku tengah santap makan malam depan tv, my mum ada tukar siaran kat tv dan tibe-tibe dia berhenti kat rancangan Kilauan Emas tu. Alaaa yang orang tu menyanyi lagu-lagu lama tu la. Kalau yang tak tahu meh aku nak cepuk sikit atas dahi. Kemudian aku pun dah tension dengan emak yang terus melekat dengan rancangan nyanyian tu, aku pun cakap la : 

" Mak tak rasa bosan ke tengok tv asyik rancangan menyanyi je. Tak rasa tu semua kosong ke ? takde makna dan tak dapat ape pon tengok semua tu ? "

Mak aku pun balas la 

" Betol la firdaus cakap tu. Memang rasa kosong dan tak faedah pun rancangan ni. Hari-hari pasal gosip dan menyanyi. Kalau gosip pulak gosip murahan sama-sama geng artis yang tak pernah nak habis. " 

 Aku rasa lawak pula bila dengar mak cakap macam tu. Ye la die tahu juga ape yang die tengok tu takde ape faedah pun tapi die still tengok lagi. haha. Kalau layan movie aku tak kisah la sebab movie ni pelbagai sikit dan kadang-kadang ade la juga ilmu bile tengok movie kan ? Ni asyik-asyik menyanyi dan gosip je.
~ Baca Selanjutnya ~

Selasa, 10 April 2012

Facebook Relationship Status

Firstly aku nak ucap tahniah dan tumpang gembira kepada pasangan yang dah berstatus " in relationship " serta " married " dalam laman sosial facebook kerana aku masih lagi single dan tiada siapa yang sudi nak kat aku buat masa sekarang ( Yaaa Ampuunnnn ). Kepada yang masih single, anda jangan cepat berputus asa kerana masih ramai lagi jejaka yang baik serta hensem dan juga gadis-gadis tudung yang comel keputihan menunggu korang kat luar sana. Usha sket je lagi mesti dapat punya. Sikit je lagi tu ok ?


Tapi post ni bukan sekadar nak bergembira pasal status " in relationship " dan " married " tu kerana bukan semua itu benar dan kebanyakan budak sekolah zaman sekarang pun dah ada status " married ". Fuuhh advance betul budak-budak zaman sekarang ni sampai berani isytihar dah kahwin dengan pasangan tapi kahwin tang bila dan tang mana tu memang tak tahu la. Kalau korang nak tahu, aku ada groupkan 3 jenis relationship yang selalu duk bermain di wall facebook aku yang mana aku gredkan sebagai Baik, Biasa dan Annoying. Mari lihat korang yang mana satu berdasarkan kat bawah ni


Maintain Single & Married = Yang ni terbaik kerana kebanyakkan status diorang elok je tanpa drama dan lansung tidak annoyingkan pengguna yang lain

In Relatioship = Yang ni biasa je sebab sometimes ada drama n sometimes elok. Biasa la orang bercinta  pasti ada sikit gaduh-gaduh dan lepas tu bila dah baik mula nak bermanja pulak.

Tukar-tukar Relationship = Yang ni cukup bermasalah dan kategori tak boleh duduk diam. Mula-mula single, pastu seminggu jadi In Relationship, kemudian next week jadi Married pulak. Tak sampai seminggu jadi single balik dan beberapa hari kemudian In Relationship dengan orang lain pulak. 



Bercakap pasal tukar-tukar relationship, aku ingatkan lelaki je suka buat macam tu tapi baru-baru ni aku nampak ada beberapa kawan perempuan dalam facebook aku yang buat. Siapa nama dia tu tak payah la aku nak share kat sini tapi andai kata dia, dia dan dia baca post kat blog ni, harap-harap mereka sedar la bahawa apa yang mereka buat tu sangat annoying dan banyak sangat drama. 

Bukan aku busy body ape, tapi mereka yang buat ni adalah gadis-gadis yang cantik dan aku berasa sangat kasihan dengan perangai macam tu. Sayang ler muka dah cantik, body dah menawan tapi perangai suka tukar teman lelaki. Sama ada mereka saja nak main-main ataupun memang nak serius tu aku tak berapa nak tahu tapi aku hanya tulis berdasarkan apa yang aku nampak je la.

Aku annoying tak ? hurmm sometimes mungkin ye dan mungkin tidak tapi when it comes to relationship problem, aku tak pernah dekat dengan facebook kerana bimbang akan tulis sesuatu yang boleh buatkan orang menyampah bila baca. 

~ Baca Selanjutnya ~

Ahad, 8 April 2012

Pelekat Peti Ais Dulu dan Sekarang


Korang kenal tak apa benda yang ada kat dalam gambar tu ? Haaa tu la pelekat peti ais atau boleh kata sebagai perhiasan pada peti ais supaya peti tu nampak ceria dan menarik sikit. Dulu masa kecik-kecik comel dan kiut aku selalu je main dengan pelekat peti ais. Suka tengok dan selalu tertanya-tanya macam mana benda ni boleh melekat kat peti ais. Lepas tu main cabut dan lekat sampai la boring dah tak tahu nak buat apa.

Itu masa zaman kecil yang comel, sekarang dah hensem memang tak main macam dulu lagi. Yang aku terkejut pasal pelekat peti ais kat rumah aku ni adalah ia dah jadi kad jemputan walimatul urus pulak. Idea tu memang sangat kreatif kerana tiap kali kita nak buka peti ais, pasti akan terbaca dan teringat akan tarikh jemputan majlis kenduri tu. Kat rumah aku dapat 2 pelekat peti ais macam dalam gambar kat bawah ni :


Waaa dah la pelekat peti ais lepas tu bertemakan Facebook pulak. Memang idea pasangan ni berada di tahap kreatif berkali ganda daripada pasangan lain. Biasanya orang buat kad biasa yang bertemakan sesuatu tapi kali ni bukan kad sebaliknya guna pelekat peti ais. hu hu nanti aku kahwin tak tahu la nak buat macam mana. Mungkin kad yang simple je kot ataupun benda-benda lain yang menarik. Entah la tak fikir lagi buat masa ni.

~ Baca Selanjutnya ~

Sabtu, 7 April 2012

Jakun Menggunakan Kamera Dslr

Kalau tak silap aku, 2 bulan yang lepas aku dah ada buat post pasal Mencuba Canon Eos 600D kepunyaan adik perempuan. Kali ni bila aku sampai di rumah untuk enjoy cuti seminggu, adik aku pula cuti selama 8 minggu dan sudah tentu kamera pun ada dengan dia sekali. So aku pun ambil kesempatan dengan mencuba sekali lagi kamera kepunyaan adik aku tu pada malam ni. Banyak juga gambar yang aku ambil antaranya gambar-gambar kucing peliharaan, gambar adik beradik dan beberapa pemandangan di sekitar rumah aku walaupun pemandangan takde cantik mananye pun.


Walaupun dapat beberapa tunjuk ajar daripada adik, aku still lagi masih blur dan agak kekok menggunakan kamera ni. hehe mesti la kekok, baru je guna beberapa jam takkan nak expect dah mahir guna fungsi dan mahir ambil angle kan ? sikit-sikit tu boleh la sekadar nak suka-suka ambil gambar makanan :D


poyo kan ? poyo kan ? kih kih kih

p/s : fuh fuh harap2 dapat bawa kamera ni ke kampus pada minggu depan. Oh ya lupa nak cakap aku dah selamat sampai ke Besut, Terengganu pada pukul 3 petang tadi. Alhamdulillah

~ Baca Selanjutnya ~

Cuti Seminggu Dah Bermula

Cuti pertengahan semesester iaitu cuti seminggu dah bermula sejak semalam lagi tapi aku still lagi ada kat Perlis. Jadi hari ini dalam pukul 7 pagi aku akan bertolak pulang menuju ke Terengganu dengan menumpang kereta kawan sekelas yang mana dia pun berasal daripada Terengganu. Cakap pasal cuti yang hanya seminggu ni, aku takde perancangan yang khas untuk isi masa lapang. Mungkin kebanyakan masa hanya akan dihabiskan kat rumah je sambil berehat dan mungkin kalau aku rajin sikit, akan pergi jalan-jalan ke tempat yang best. Tapi rasanya aku akan lebih banyak stay kat rumah kot sebab memang tu yang biasanya aku buat bila musim cuti.

So kalau ikut perancangan, aku dan kawan-kawan bertolak dari Perlis dalam pukul 7 pagi dan kemungkinan sampai di Besut, Terengganu dalam pukul 2 petang. Itu pun kalau tak banyak berhenti masa dalam perjalanan tapi kalau dah balik dengan kawan-kawan biasanya banyak berhenti sebab nak makan. Ha ha bab makan memang cepat je nak berhenti.



Beberapa Perancangan Cuti Seminggu

1. Tidur dan Tidur secukupnya walaupun dah tak dapat nak lelapkan mata

2. Kalau rajin akan pergi jalan-jalan, Kalau la rajin kan ?

3. Update blog. Semestinya bersemangat bila internet rumah sangat laju

4. Keluar malam. Lepak dengan kawan-kawan

5. Makan makanan tempatan seperti nasi bungkus, kuih muih dan keropok lekor.


p/s : Doakan aku dan kawan-kawan selamat sampai ke rumah masing-masing tanpa sebarang masalah sepanjang perjalanan. Amin
~ Baca Selanjutnya ~

Khamis, 5 April 2012

Mencuba Aplikasi TweetDeck

Pagi tadi aku ada Mencuba Aplikasi TweetDeck iaitu sebuah aplikasi untuk hubungkan akaun twitter atau facebook dan juga untuk dapatkan feed serta update terbaru daripada rangkaian sosial. Maknanya dengan ada aplikasi ni kita tak payah susah-susah nak pergi ke akaun twitter melalui web browser dan kena masukkan emel dan pass setiap kali nak gunakan benda tu. Sangat leceh dan memenatkan kalau setiap kali nak guna rangkaian sosial kena masukkan emel dan pass bila nak login kerana aku tak suka simpan history dan cookies pada pelayar web atas sebab keselamatan akaun.

Jadi selain mempunyai akaun facebook, aku juga salah seorang pengguna Twitter tapi fungsi rangkaian sosial tu bukan aku gunakan untuk berhubung dengan kawan-kawan. Ada la beberapa orang kawan kat Twitter aku tu tapi tumpuan utama aku kat Twitter adalah untuk dapatkan info terbaru mengenai apa yang aku minat seperti Google, Ubuntu, Wordpress, Firefox, Chrome dan majoritinya berkaitan dengan IT dan komputer. Kalau orang pula aku lansung tak follow artis, aku lebih prefer tokoh-tokoh dan orang yang hebat seperti Presiden Barrack Obama, Bill Gates, pembangun sistem operasi, pembangun laman web dan selebihnya macam tu la.


Selain dapatkan maklumat mengenai info semasa, aku pun jadikan twitter sebagai tempat nak merapu dan tulis benda yang bosan merepek. Saja nak lepaskan gian tangan nak update macam-macam status sebab kat facebook aku tak suka nak update status dan kadang-kadang rasa annoying jugak. Lulzz

Kembali kepada aplikasi TweetDeck,  semuanya sangat mudah untuk dikendalikan bermula daripada install ke komputer, kemudian masukkan detail akaun seperti username dan pass, and...and...and korang boleh dapatkan latest news / latest tweet dengan kadar yang segera. Kelebihan aplikasi ni adalah walaupun internet korang slow tahap gila babun punye pun still boleh tweet dengan bahagia dan dapat info latest. Kalau guna ikut pelayar web, internet yang slow memang akan keluar notis " you're using slow internet. Please refresh this page bla bla " .Kat bawah ada screenshot menunjukkan rupa paras aplikasi ini 


Bagi yang nak cuba aplikasi ni, boleh la cuba dapatkan di laman web >>> TweetDeck
pilih yang ada link : Windows XP or later.  Selamat mencuba :)

~ Baca Selanjutnya ~

Selasa, 3 April 2012

Dapat Coklat Dari Langkawi


Dapat coklat Toblerone daripada pemilik Beskalbuwok.com . Dia pergi ke Langkawi dan biasanya kalau pergi Langkawi tak beli coklat memang satu kerja yang sangat pelik lebih-lebih lagi kawan-kawan sekelas aku yang happening. Well this is my second time untuk melantak Toblerone ( kali pertama makan bila my gf yang suruh cuba ). Biasanya aku lebih suka coklat Daim dan juga Hershey Kiss tapi alang-alangi dah dapat free ape salahnya balun je. Hehe nak buka dan ngap dulu doklat ni

Thanx Bro untuk coklat yang sedap ni :)


~ Baca Selanjutnya ~

Ahad, 1 April 2012

6 Web / Blog Paling Kerap Dilawati

Aku memang suka blogwalking dan baca info-info menarik yang ada kat sesetengah laman web / blog tapi nak update blog sendiri punya la sangat malas even sehari 1 post sekalipun. So dalam post yang aku agak sedikit rajin pada malam ni, yer sedikit je rajin tu,  aku nak kongsikan 6 Web / Blog Paling Kerap Dilawati oleh aku sendiri sepanjang bulan lepas iaitu bulan March. Ini merupakan taste bacaan aku disamping ambil tahu mengenai perkembangan isu semasa yang berlaku pada setiap hari.

Anyway korang pon boleh lawat blog / web yang aku senaraikan kat bawah ni. Mana la tahu sebelum ni tak pernah jumpa atau dengar pun pasal blog ni tiba-tiba aku senaraikan kat sini terus menarik minat korang untuk cuba membaca. Ok aku pun malas nak membebel panjang sangat jadi apa kata tengok 6 web / blog di bawah



Lifehacker.com


Aku suka masuk Lifehacker sebab banyak benda boleh dibaca antaranya tips-tips kehidupan seperti masakan, makanan, teknologi, web, penyelesaian masalah, pengurusan kehidupan dan banyak lagi. Artikel yang ada di Lifehacker juga aku boleh katakan sebagai berkualiti sebabnya ia buatkan aku enjoy ketika membaca. So siapa yang rasa agak bosan dan tak tahu nak baca apa, aku cadangkan boleh lawat Lifehacker. At least dapat la juga tips berguna disamping luangkan masa yang bosan.


Muktware.com 

Aku salah seorang peminat Sistem Operasi komputer dan juga smartphone jadi Muktware merupakan laman web yang menyediakan berita terbaru mengenai apa yang aku minat ini. Antara topik yang sering ditumpu dalam Muktware adalah berkaitan dengan Android, Ubuntu, Linux, dan banyak lagi. Kalau ada sesiapa yang berminat nak dapatkan info terbaru mengenai apa yang disenaraikan di atas, ringankan diri korang lawat laman web ni.


Izwanyusof.com


Aku mula jumpa blog dia masa tengah jalan-jalan cari bahan bacaan pada musim cuti semester 2 bulan yang lepas. Aku pun tak tahu kenapa sampai sekarang baca blog dia ni tapi berdasarkan post-post yang dia hasilkan, agak menarik juga untuk luangkan masa membaca. Dia juga ada berkongsikan tips-tips dan panduan berguna untuk blogger yang ingin mencuba dan mempelajari platform blogging Wordpress. Banyak juga info yang aku dapat daripada post yang dia tulis jadi agak rugi ler kalau korang tak lawat blog dia ni dan aku harap dia ni update blog setiap hari baru la best nak baca post baru.




Owner blog ni memang banyak tolong aku dalam dunia blog lebih-lebih lagi berkaitan dengan Wordpress dan juga Hosting. Bila ada masalah sikit aku terus tanya dia tapi kadang-kadang kesian gak kat dia sebab sekali tanya banyak soalan. haha . Ok blog ni banyak berkaitan tutorial IT, tips-tips dan juga info terbaru yang mana berkaitan dengan IT. So boleh kata kalau nak dapatkan info-info menarik berserta dengan tutorial berkaitan dengan IT ni, korang boleh lawat blog ni.




Forblogger.net merupakan blog yang aku selalu lawat kalau nak dapatkan info semasa. Kiranya kalau nak up-to-date tu aku akan rujuk kat blog ni. Owner blog ni juga banyak tolong aku dalam bab Search Engine Optimization ( SEO ). Boleh kata dia ni memang hebat la bab SEO dan kalau tak percaya, cuba la masuk blog ini dan tengok jumlah pelawat yang masuk. Dasyat trafik yang masuk blog dia.




Siapa yang masih tak kenal dengan blog mamat ni ? Ish memang rugi la kalau korang tak pernah masuk blog mamat ni. Biasanya kalau aku dah malas nak baca mengenai info-info atau berita semasa, aku akan cari bacaan santai dan blog bacaan santai yang first sekali aku masuk adalah blog ni. Santai dan sempoi post yang dia tulis terutama sekali bila menyentuh bab bercinta dan tips-tips untuk pasangan. 99% post yang mamat ni tulis memang aku seronok baca dan menghiburkan. 


Oke rasanya setakat tu je  6 Web / Blog Paling Kerap Dilawati pada bulan March yang lepas. Bulan April tak tahu lagi sama ada akan kekal ataupun berubah kerana aku sangat rajin blogwalking dan bila jumpa je blog yang nampak macam best, terus aku stay sampai puas hati. Kalau la study pun aku dapat buat macam blogwalking kan bagus :)

~ Baca Selanjutnya ~