Sabtu, 31 Mac 2012

Bateri BlackBerry Jadi Kembung

Semalam aku baru perasan yang cover belakang henfon kesayanganku, BlackBerry ni macam ada yang tidak rapat walaupun dah tekan dengan elok. Hairan juga pasal ape cover belakang tidak rapat. Aku ingatkan mungkin ada bahagian yang patah tapi bila buka saja cover bahagian belakang, aku dapati Bateri BlackBerry Jadi Kembung a.k.a buncit


Walaupun buncit tu takde nampak terlalu buncit tapi bila diraba pada permukaan atas bateri akan rasa bahawa bateri tu ada gelembung di bahagian tengah. Memandangkan bateri ni takde sampai tahap buncit yang keterlaluan jadi aku ubah sikit kedudukan bateri tu supaya cover belakang boleh masuk dengan baik tanpa ada sebarang cacat cela. Kawan aku pernah kena situasi macam ni juga sampaikan bateri henfon dia dah tak dapat nak muat kat bahagian belakang tu akibat terlalu buncit.


Please jangan la buncit lagi wahai bateri. Aku malas nak keluarkan duit untuk membeli bateri baru. Sila bertahan sampai akhir semester ini kerana segala budget sudah habis dan blog ini juga sudah aku buang semua iklan yang menjana pendapatan. Lepas ni kena bawak bateri pergi bersenam supaya buncit tu jadi kempis balik. Lullzzzz

~ Baca Selanjutnya ~

Khamis, 29 Mac 2012

3g Wireless Router Untuk Pengguna Broadband

Laptop aku hanya ada 2 usb port dan masing-masing sangat rapat. Modem Broadband pula sangat lebar dan kalau cucuk pada port pertama, port nombor 2 tak dapat nak cucuk dengan benda lain sebab terhalang dengan kelebaran modem. So terpaksa guna extension port yang ada 4 lubang tu kalau nak guna broadband supaya tak ganggu port yang lagi satu. Tapi pakai extension pon leceh juga sebab tak portable dan kalau nak pindah laptop atas katil, sekali dengan extension usb kena pindah sekali.

So aku decide untuk beli 3g Wireless Router yang memang khas untuk pengguna broadband. Kenapa aku kata khas untuk pengguna broadband ? Sebab ada usb port yang membolehkan modem broadband dicucuk ke router dan kemudian korang boleh gunakan router tersebut sebagai access point. Maksudnya korang gunakan broadband melalui wireless connection ke router. Kalau nak lebih gambaran, tengok gambar kat bawah ni :

Lepas setting sikit dan cucuk pada router, broadband akan connect secara automatik selepas lebih kurang 30 saat. and...and...and hasilnya :


Harga : RM 115

Dan kat bawah ni ada screenshot interface router ni. Semuanya sangat detail dan senang nak hendel. Bagi yang first time access router pon mungkin boleh faham sebab semua sudah jelas di bahagian tepi tu. Kalau tak biasa better bawak modem pergi kedai dan suruh diorang settingkan sendiri :


Oh ya jangan lupa letakkan password yang secure seperti encryption WPA / WPA2. Takkan nak bagi orang lain guna free pulak bila kita susah-susah bayar bil broadband setiap bulan :D

p/s : Lepas ni mudah nak pindah laptop ke meja / katil tanpa gangguan usb extension.

~ Baca Selanjutnya ~

Rabu, 28 Mac 2012

Muat Turun Angry Birds Space

Adakah korang suka main game Angry Birds ? Korang dah Muat Turun Angry Birds Space ke belum ? Kalau ada yang masih tak tahu, Angry Birds Space merupakan versi angry birds terbaru daripada Rovio dan sekarang ramai yang sedang main game ni. Berdasarkan komen yang aku terima daripada beberapa orang yang dah main game ni, diorang kata agak mencabar juga sebab kelainan pada versi kali ni lebih susah berbanding angry birds yang sebelum ni. So kalau ada yang masih belum main dan teringin nak main game ni, boleh la muat turun kat bawah.

" Hari ini baru dapat cuba bermain games yang sangat masyuk dan susah ini. Secara keseluruhan amat berpuas hati dan menarik untuk dilayan sebab ia lagi mencabar dan tidak semudah versi yang sebelum ni. Nak hapuskan babi hijau tu memang susah dan memerlukan kreativiti serta tumpuan yang penuh… paling best tentang angry bird space ni adalah kita akan bermain angry bird secara graviti.. Graviti?? macam mana tuu.. nak tahu download la link yang ada dibawah "



~ Baca Selanjutnya ~

Wordless Wednesday : Ohsem Classmate

Just some random pictures of my ohsem classmates


~ Baca Selanjutnya ~

Selasa, 27 Mac 2012

Selepas 3 Tahun, Nutella

Kebelakangan ni agak sibuk sikit sampai tak tengok blog pun. So malam ni pun masih lagi sibuk dan akhirnya dah berjaya siapkan juga lab report macam dalam gambar di bawah.


Selepas siapkan lab report, masa untuk mengisi perut yang dah lapar dengan roti bersaluti Nutella. Last aku makan Nutella adalah 3 tahun yang lepas masa zaman matrikulasi. Dulu memang cukup ketagih dengan Nutella sampaikan wajib makan pada setiap hari selepas habis kelas. Dan sekarang selepas 3 tahun aku tinggalkan, tiba-tiba nafsu menggoda aku untuk rasa kembali nikmat rasa coklat Nutella. Berbaloi walaupun mahal sebab coklat sangat Ummmppphhhhh !!!


p/s : Tiba-tiba rindukan suasana zaman matrikulasi makan roti dengan Nutella bersama kawan-kawan sebilik yang sangat happening gile.

~ Baca Selanjutnya ~

Khamis, 22 Mac 2012

Selalu Terlambat Menonton Movie Yang Best

Selamat malam semua. Dah banyak hari blog ni aku tinggal tidak berupdate sebab terlalu sibuk. Memang sangat sibuk tapi sibuk dengan tengok cerita bersiri sampai tak boleh nak berhenti. Habis 1 episod terus nak sambung tengok episod yang seterusnya sebab cerita tu sangat best gila tahap gaban buatkan aku tak cukup tidur dalam beberapa hari ni. Masuk hari ni kalau tak silap aku dah 5 hari berturut-turut aku layan cerita ni daripada season 1 sampai la season last iaitu season 4. Cerita bersiri yang aku tengah duk layan sampai sekarang adalah Prison Break.


Cerita ni dah lama sejak tahun 2005 hingga 2009 yang mengandungi 4 season tapi tahun 2012 aku baru dapat tengok. Biasa la tahun 2005 aku PMR dan jangan mimpi la ayah aku bagi layan tv kecuali hujung minggu, 2006 - 2007 masuk asrama penuh dan lansung malas nak lepak di bilik tv, 2008 matrikulasi dan tetap aku jarangg tengok tv, 2009 hingga sekarang dah masuk Universiti dan ada laptop dan boleh layan movie walaupun takde tv.

Masa awal aku masuk Universiti dulu, dah ada seorang kawan aku yang layan cerita ni tapi bila aku tanya, komen dia pasal cerita ni takde la menarik sangat. So aku ambil keputusan untuk tak tengok sebab dia bagi komen tak menarik sangat. Dalam beberapa hari yang lepas masa aku tengah bosan dan boring tak tahu nak buat apa, aku pun decide untuk copy cerita Prison Break daripada kawan. Selepas episod pertama aku tengok, aku hanya mampu cakap " Bapak best gile Bab* siri ni. Kenapa la aku lambat tengok cerita yang best macam ni "

Korang pon mesti pernah alami macam ni kan ? Lepas lama dah cerita tu habis baru dapat tengok dan selepas tengok rasa sedikit kecewa sebab lambat tengok. Kenapa benda macam ni berlaku ? dan macam mana nak elak daripada perkara macam ni berlaku pada masa akan datang ?


1. Komen 

Good comment comes from good movie. Betul ke macam tu ? Well aku boleh kata yang tu depend pada taste masing-masing. Ada orang bagi komen yang melampau-lampau bagusnya tapi bila kita tengok movie tu, macam hampeh je dan ada juga yang hanya bagi komen biasa saja tapi bila kita tengok dengan mata kita sendiri, baru la senyap tak tahu nak kata apa sebab tersangat best. Dalam situasi menerima komen orang berdasarkan cerita yang mereka tonton, better take 50% betul dan 50% tak betul berdasarkan komen yang diberikan. Kalau percaya 100% komen yang diberikan, bimbang nanti kecewa apabila tengok cerita tersebut sepertimana dah banyak kali aku alami dalam hal ni.


2. Trailer 


Never Judge a Book by Its Cover. Ramai orang termasuk aku cukup mudah terpengaruh dengan Trailer. Nampak trailer gempak sket je terus fikir movie ni best dan movie tu tak best. Salah satu movie yang pernah aku tertipu dengan trailer adalah filem Kongsi. Kalau tengok trailer nampak agak kelakar dan ada beberapa scene nampak gempak pon ada. Tapi bila tengok, hanya Leeeerrrrrrrr macam tu je yang mampu aku beri. Ada 1 movie aku tengok trailer dia hampeh macam tak best lansung dan agak boring sampaikan tak sanggup nak tengok. Tapi bila tengok cerita baru tahu real punya jauh lebih best berbanding yang ditayangkan dekat trailer. Movie yang aku maksudkan tu adalah The Boune Ultimatum. Try la tengok trailer dulu and then compare dengan movie. Almost all scene dalam movie jauh lagi best berbanding trailer.


3. Sinopsis


Another way untuk mengelakkan rasa kecewa terhadap movie yang korang percaya sangat bagus setelah menonton adalah dengan terlebih dahulu membaca sinopsis. Sinopsis adalah deskripsi singkat mengenai keseluruhan isi sebagai contoh sebuah buku yang kemudian menentukan apakah anda ingin membaca lebih lanjut buku tersebut atau tidak. Itu untuk buku tapi untuk movie sinopsis lebih terperinci berbanding buku dan tidak tergantung di pertengahan jalan. Baca sinopsis movie yang korang ingin tonton tu terlebih dahulu. Kalau sinopsis macam menarik, then baru la decide untuk tengok. Kalau sinopsis bunyi macam agak boring, better jangan. But again jangan depend pada sinopsis 100% sebab sinopsis hanya dalam bentuk tulisan tapi real movie ada gambar, sound effect, aksi menarik, soundtrack dan banyak lagi yang boleh jadikan sesebuah movie tu sangat menarik untuk ditonton.


So aku nak sambung tengok prison break episod 10 season 4 pula. tata dan enjoyce :)

~ Baca Selanjutnya ~

Ahad, 18 Mac 2012

Kad Sim Celcom Broadband Skmm


Sebulan aku mencari Kad Sim Celcom Broadband Skmm ni dan akhirnya dapat juga beli 1 dengan menggunakan bantuan kekasih hati. So mesti korang tertanya-tanya apa yang istimewa sangat pasal pek ini sampaikan aku begitu bersemangat mencari dan cuba membeli sejak sebulan yang lepas kan ? Sebenarnya kelebihan pek celcom yang ni aku kurang pasti akan kesahihannya tapi majoriti dan banyak mulut duk kata bahawa tiada had limit data transfer untuk pelan internet sebulan.

Bagi yang masih tak tahu dan blur pasal data transfer, meh aku ceritakan sikit pasal nak cerita secara detail aku pun tak berapa tahu sangat. Kalau ada salah tu tolong betulkan aku yer. Biasanya untuk pengguna celcom broadband, akan ada disediakan limit sebanyak 5GB sebulan untuk data transfer. Jadi kalau penggunaan melebihi 5GB, akibat yang perlu ditanggung adalah kelajuan internet menjadi sangat-sangat perlahan. Contoh usage data transfer seperti dalam gambar di bawah :


Kalau korang nak tahu, 5GB sebulan sangat sikit dan boleh kata memang sangat sangat sikit. Cuba bayangkan korang download 5 buah movie yang mana setiap 1 movie tu saiznya dalam 1GB. Lepas tu terus sampai limit dan kelajuan internet korang pun akan jadi slow. Seksa kan ? Itu baru 5 movie dimuat turun. Belum lagi nak tengok video youtube, download lagu, download nota, layari internet dan macam-macam lagi. So sememangnya 5GB sebulan sangat tidak cukup terutama sekali kepada aku yang sangat memerlukan internet.

Dengan adanya Kad Sim Pek Skmm macam dalam gambar kat atas, yang dikatakan tiada had limit data transfer a.k.a UNLIMITED, maka aktiviti internet tidak akan terbatas. Maksudnya aku boleh melayari internet tanpa perlu risau kelajuan akan dipotong akibat over usage. Happy kan ? Yer memang sangat happy kerana bukan tu saja kelebihannya, lagi satu harga yang ditawarkan bagi pakej ini adalah sangat murah iaitu RM 25 Sebulan. Topup RM 25 kemudian subscribe pelan internet " broadband skmm " dan boleh enjoy Unlimited usage selama 1 bulan. Syok tuuu

Kalau pelan internet yang lama aku gunakan, sebulan RM 70 dan ada limit 5GB. Awal-awal masa beli dulu hanya RM 68 je dan entah macam mana tiba-tiba je sampai bil RM 70. Ngeng punya Celcom. Nak taknak kena la bayar jugak sebab tu je internet yang aku ada. Mujur la ada Pek Skmm ini yang akan menyelamatkan aku. 

Ciri-ciri :

- Kelajuan 384 kbps ( basic speed ). Tapi takpe yang penting nak Unlimited usage untuk download
- RM 25 sebulan

p/s : Kalau nak beli juga, try tanya kat agen celcom berhampiran dengan tempat korang. Ni barang panas dan harganya untuk permulaan juga sangat panas. 

Instax Polaroid Printing

~ Baca Selanjutnya ~

Rabu, 14 Mac 2012

One Piece Chapter 660 Royal Shichibukai Trafalgar Law

In the beginning of One Piece Chapter 660 Royal Shichibukai Trafalgar Law, Nami and chopper with other giant kids were having a talk about some strange disease the kids have while they are searching for the exit path.


However in the process of searching the exit, they end up entering the dark room that is filled with frozen corpses at the above and below of the room. Nami and Chopper kind of shock from what they saw in that room and they started running away.


Meanwhile the next scene showing Smoker and Trafalgar Law were listening to the record of the call received from Punk Hazard. After a moment of talk, the tension suddently rise for both Smoker and Trafalgar Law.


While both of them having a tension talk, suddenly a group of giant kids with Nami, Chopper, Sanji and Franky came out from the same room as Trafalgar Law.


The atmosphere then became tense with the meeting of Marines, Trafalgar Law and also giant kids with some of the strawhat pirates. The marines were trying to catch Nami, Chopper, Sanji and Franky but then Trafalgar Law make his move by making a room ( his attack ) and floating the marine ship into the air.



Firdaus Life blog does not own One Piece or any of the characters from the manga or animated series. The opinions expressed in this blog doesn't reflect of those who own the rights or licensing of One Piece the manga or animated series.

All screenshots and images most likely belong to Funimation Entertainment, Toei Animation, Viz Media, OnePieceOfficial.com and Eiichiro Oda.

Same goes to any other anime or images that are seen throughout this blog.

Also I am in no way getting paid or receiving 'freebies' for my blogging, reviews or recaps of any sort.
~ Baca Selanjutnya ~

Ahad, 11 Mac 2012

Seharian Di Pulau Pinang Jumpa Model Hot

Selamat malam semua. Semalam adalah cuti dan cuti bermakna kena enjoy. So hujung minggu ni aku spend cuti dengan jalan-jalan ke Pulau Pinang. Memang dah banyak kali pergi ke Pinang setakat ni tapi nak buat macam mana hanya tu je tempat yang best berbanding Perlis dan Kedah. Kadang-kadang teringin nak pergi jauh lagi macam Cameron Highland atau Melaka tapi tu la jauh sangat sampai tak larat nak duduk dalam kereta lama sangat. 

Masa kat Pinang, aku hanya round kat area Queensbay je malas nak pergi banyak tempat. Lagipun jalan kat Pinang semalam nampak macam agak sibuk. Maklum la musim cuti sekolah pun dah mula, alamatnya memang banyak la kereta kat jalan raya. Ok sepanjang aku duk round dalam Queensbay Mall tu, aku ada nampak 1 benda pelik pada setiap aras. Hurm aku nak explain pun tak tau camana tapi korang tengok je la gambar kat bawah ni :


Mulanya aku ingat benda patung berupa manusia yang berada dalam 1 kiosk untuk memperagakan laptop. Kalau tak silap aku laptop tu jenama Acer kot tapi yang paling saiko adalah model ni macam patung. Muka keras semacam dan tak banyak gerakan selain daripada mata berkelip. Masa nak snap gambar ni pun aku rasa takut nak pandang mata model ni sebab .... sebab hot sangat kot. hu hu. Hurmm agak2 berapa ye bayaran dia terima untuk duduk dalam kiosk ni dengan memperagakan model laptop tu. Benda ni jadi tarikan masa aku duk usha dan ramai orang tengok dengan muka terkejut dan hairan. Aku rasa orang ramai pon ingatkan ni model patung pada mulanya.

Ok habis part model hot. Kalau nak usha lagi sila la pergi ke Queensbay Mall, Pinang. Mana tahu dapat usha lagi ke model macam ni. Kalau pergi jalan-jalan memang tak sah la tak beli pape kan ? Ehem ade juga barang aku beli semalam tapi macam biasa barang tu ada kaitan dengan hobi aku yang suka dengar lagu. So aku angkat sebiji :


Apple Ipod Shuffle : RM 169

Tiba-tiba je beli mp3 baru. Dulu 4 tahun yang lepas aku dah ada sebuah mp3 Sony Walkman tapi masa Matrikulasi dah hilang sebab kena curi. Kena curi pulak kat dalam surau. Fuuuu dalam surau pun berani curi barang orang. Memang sampai sekarang aku takkan maafkan orang yang curi tu. Demn You !!

Kat bawah ni pula aku bagi sekeping gambar yang diambil semasa nak bertolak menuju ke Pulau Pinang semalam. Ini hadiah Firdaus Life untuk peminat sekalian... ha ha #perasan #gile #aku




~ Baca Selanjutnya ~

Khamis, 8 Mac 2012

One Piece 659 About My Torso

In the beginning of One Piece 659 About My Torso, the marine team that leads by Vice Admiral Smoker from G5 has arrived to the island and they are trying to enter the the island while breaking the ice that block the path by using Canon from the Marine Warship.


The scene then change to Luffy, Robin, Usopp and Zoro. The scene show four of them crossing the island of fire to the island of snow using Banana Boat that is one of the Usopp weapon.


While they are crossing the island, suddenly they met with the centaur and the centaur shout to his boss. At the other side of snowing island, Luffy, Robin, Usopp and Zoro saw a group of centaur and one of them looks really big. Might be their boss


Meanwhile on the other side of the island, the scenes show Nami, Chopper and the giant kids from One Piece 658 Biscuits Room were running to escape from that place and Sanji with Franky doing some attack to the guys who wears mask.


However that's not the end for this chapter, the marines with Vice Admiral Smoker from beginning of the chapter has landed safely on the island and the most surprise part is when they met with Trafalgar Law who already become one of the Shichibukai with the current bounty of 440 Million Beli.



~ Baca Selanjutnya ~

Rabu, 7 Mac 2012

Samsung Galaxy Pocket Yang Comel

Samsung Galaxy Pocket Yang Comel ini merupakan sebuah fon budget yang sesuai untuk digunakan oleh orang-orang yang tak mampu untuk membeli Samsung Galaxy S2 dan juga Samsung Galaxy Note seperti aku. Galaxy Pocket ini menggunakan sistem operasi Android 2.3 Gingerbread dan didatangkan dengan skrin 2.8 inci dengan resolusi 240 x 320 (QVGA). Memandangkan ini adalah budget phone jadi diharapkan harga yang akan diumumkan nanti bersesuaian dan mampu dimiliki oleh orang-orang yang tak berapa nak kaya macam aku ni. Full specs boleh tengok dalam gambar di bawah ni :



Galaxy Pocket akan berada di pasaran UK pada lewat tahun ni namun tiada sebarang berita yang sah lagi mengenai telefon ini akan masuk ke pasaran asia. 

~ Baca Selanjutnya ~

Promosi Telefon Maxis Bersama Pelan Internet

Pada tahun lepas maxis memperkenalkan pelan postpaid Value Plus Internet dan sekarang, anda boleh menikmati rebate telefon apabila anda mendaftar dengan pelan - Samsung Galaxy Y, HTC Explorer, HTC Cha Cha dan Nokia Lumia 710.

Promosi Telefon Maxis Bersama Pelan Internet

Samsung Galaxy Y (RRP RM499) boleh didapati pada harga RM99, HTC Explorer (RRP RM749) pada RM199, HTC Cha Cha (RRP RM799) RM299 atau Nokia Lumia 710 (RRP RM999) pada RM499 apabila anda mendaftar untuk pelan 24 bulan menggunakan Value Plus Internet 80. Sebagai alternatif, telefon ini juga boleh didapati dengan 12 bulan kontrak di bawah Value Plus Internet 50 dan Value Plus Internet 80.


Value Plus internet, tidak seperti pelan telefon biasa Maxis, didatangkan dengan internet percuma, walaupun kuota yang sangat sedikit, serta panggilan tempatan dan SMS. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Value Plus Plan internet di Sini.
~ Baca Selanjutnya ~

Samsung Galaxy S3 Bakal Dilancarkan

Terdapat khabar angin mengatakan bahawa Samsung Galaxy S3 Bakal Dilancarkan pada tahun ini yang mana mungkin akan bersaing bersama iPhone 4S dan iPhone 5. Pada mulanya Samsung mengumumkan bahawa Galaxy S3 tidak akan ditayangkan pada Mobile World Congress 2012 namun petunjuk yang jelas adalah ia akan dilancarkan pada majlis berasingan dalam masa beberapa bulan yang akan datang.


Samsung Galaxy S3 dan Android

Menurut sebuah laman web yang memaparkan isu mengenai telefon pintar samsung ini, Galaxy S3 akan menggunakan sistem operasi Google’s Android Ice Cream Sandwich yang menampilkan pangkalan data aplikasi yang besar (tetapi lebih kecil daripada Apple) dan permainan untuk dimuat turun. Walaupun pasaran Android tidak mempunyai aplikasi sebanyak pasaran Apple, namun sistem operasi android yang berteraskan sumber terbuka akan membenarkan lebih banyak pengubahsuaian terhadap semua sistem yang digunakan oleh telefon ini

Ciri-ciri Yang Terdapat Pada Galaxy S3

- 4.6 inci Super AMOLED Plus screen dengan resolusi 1,280×720 pixel
- 1.8GHz chip dengan 2GB RAM dengan kelebihan multi tasking yang banyak dan pengalaman gaming
- Android 4.0 Ice Cream Sandwich 
- Kualiti gambar menggunakan kamera 12 mega pixel
- Rupa bentuk dan gaya seperti Galaxy Nexus

Samsung Galaxy S3 akan memasuki pasaran Malaysia selepas pelancaran rasmi di Amerika Syarikat dan juga di Eropah. Sehingga kini, harga yang sah untuk Galaxy S3 ini masih belum diumumkan oleh mana-mana pihak termasuk syarikat pengeluar iaitu Samsung sendiri.
~ Baca Selanjutnya ~

Musim Esaimen Mula Menyerang


Selamat malam kepada semua pelajar lelaki dan perempuan yang cun. Esaimen dah siap belum ?

Sekarang dah masuk minggu ke...... Aiseh !! Aku pun dah lupa minggu ke berapa untuk semester ni. Biasa la pelajar cemerlang mana nak ingat minggu ke berapa dah sekarang ni. Sedar tak sedar dah masuk study week dan final exam baru la nak gabra tak tentu pasal sebab dalam kepala tak tahu pape pun. Tapi sebelum nak sampai ke final exam tu, kena tempuh dulu dengan halangan esaimen dan pelbagai kerja seperti lab report dan mini projek.

Kalau korang selalu tengok movie, kebanyakan scene yang tayang student life sangat enjoyable dan takde serabut dengan esaimen yang banyak. Boleh cintan cintun, hujung minggu siap boleh pergi camping lagi plus round 1 malaysia dan kalau hari biasa siap boleh sembang-sembang and adakan game tournament kat dalam bilik. Well itu kan dalam movie tapi kalau real student life macam dalam movie tu mesti sangat seronok kan ?

So sekarang kembali ke dunia nyata yang mana student life takde la enjoyable sangat seperti yang selalu kita nampak dalam movie tu. Faktanya sangat banyak dengan kerja dan esaimen yang diberi. Speaking of assignment, setakat ni kelas aku hanya 1 subjek yang sentiasa beri esaimen pada setiap minggu dan itu pun sudah cukup penin untuk selesaikan.


Esaimen boleh dikatakan sebagai proses evolusi berdasarkan apa yang dipelajari dalam kelas. Bagi yang masih kurang jelas, korang boleh la tengok gambar kat atas bagi faham ape perbezaan esaimen dan juga apa yang diajar di dalam kelas. Aku boleh kata bukan semua esaimen seperti dalam gambar di atas but most of them is Yes terutama sekali kepada engineering student. Medic student, biology student, bussiness student aku tak tahu macam mana konsep esaimen diorang tapi boleh jadi macam ni juga kot.

Another trick adalah kebanyakkan soalan esaimen biasanya diambil daripada buku rujukan yang tebal sampaikan baling atas kepala orang pun boleh sebabkan mati. So siapa yang beli buku rujukan yang tebal tu biasanya mereka ini berjaya siapkan esaimen dengan baik dan mendapat jawapan seperti yang dikehendaki oleh pensyarah. Aku pula.... Ehem aku macam biasa la mana rajin nak beli buku pelajaran. Kat rumah penuh 1 rak buku dengan buku cerita and....and....and buku pelajaran subjek universiti yang pernah aku beli adalah buku C Programming yang mana aku selalu je baca pada setiap musim cuti semester.

Itu baru cakap pasal esaimen dan kalau aku masuk pasal final exam memang sampai esok pun tak siap menaip post ni lagi. Esaimen sebenarnya sangat seronok kalau buat dengan senang dan berdasarkan dalam nota tapi kalau dah hadap buku tebal, cari internet dan tanya orang pun tak dapat pape, yang tu memang sakit hati la jawabnya. 

~ Baca Selanjutnya ~

Isnin, 5 Mac 2012

Printer Baru HP Deskjet Ink Advantage 2060

Minggu lepas Aku beli printer baru HP Deskjet Ink Advantage 2060 memandangkan yang lama model Canon Pixma aku tu dah rosak sangat teruk daripada external tank hingga la katrij yang mana kalau baiki semua tu kos yang ditelan sama seperti membeli sebiji printer yang baru. So aku pun dah malas sangat nak fikir dan buat keputusan untuk angkat printer HP tanpa External tank. Dah malas nak guna printer Canon sebab katrij untuk warna hitam saja pun dah mahal sampai nak cecah rm100 dan kalau pakai external tank pulak nanti banyak masalah tersumbat dan dakwat tidak mengalir masuk dalam katrij.

Kelebihan printer baru ni berbanding printer lama adalah mempunyai fungsi scan yang mana memudahkan urusan fotostat dan juga scan apa saja yang patut aku scan. And... and... and kalau dakwat dalam katrij habis, aku hanya refill dengan inject ink ke dalam lubang katrij dengan menggunakan alat khas yang sedia ada dan kalau katrij rosak pun harga untuk sebiji katrij takde mahal seperti printer Canon yang mana berharga RM25. 

Katrij HP = RM 25 je kat area Kangar :)
Katrij Canon = +- RM 100  ... Fuuuuuuu mahal 


~ Baca Selanjutnya ~

ICT UniMAP | Universiti Malaysia Perlis Yang Fail

ICT UniMAP ( Universiti Malaysia Perlis ) sekali lagi menunjukkan tindakan yang Fail apabila beberapa laman web yang kebanyakannya juga hak milik pelajar telah disekat tanpa sebab yang munasabah iaitu dengan melabelkan kategori laman web / blog yang disekat itu sebagai " None ". Kalau diperhatikan dalam gambar di bawah, aku rasa ict universiti ini yang paling dasyat dan teruk pernah dialami bagi institusi pengajian tinggi awam kerana memberikan sebab yang lansung tidak kena dan tidak relevan untuk disekat. 



p/s : Serius sadis dengan pihak ict.  NONE ?? Kenapa block dengan sebab NONE ?

~ Baca Selanjutnya ~