Selasa, 31 Januari 2012

Dah Jadi Macam Anak Dara

Sepanjang malam tadi dalam pukul 3 pagi, daerah Besut, Terengganu mengalami hujan yang lebat dan berjaya menggoda aku untuk tidur. Biasanya aku tak tidur malam dan selepas subuh baru nak panjat atas katil. Bangun pagi tadi dalam 6.30 rasa macam sejuk semacam je tapi kena bangun juga sebab aktiviti utama aku waktu pagi adalah membeli sarapan untuk aku dan juga kepada ahli keluarga sementara yang lain sedang siapkan diri untuk pergi sekolah dan kerja.

Selepas balik daripada beli sarapan, hujan masih lagi turun dengan lebat tanpa tiada tanda-tanda yang menunjukkan akan berhenti. Mulanya aku nak bersarapan dulu tapi disebabkan hujan yang sejuk dan bilik aku pun berlipat kali ganda sejuk, maka aku tewas dengan nafsu yang menggoda untuk merebahkan badan di atas katil. Tanpa aku sedar, aku dah pun terlena sambil dibuai mimpi sedang update blog. Ni la akibatnya jika mempunyai banyak blog sampai boleh terbawa-bawa ke dalam mimpi.

Dalam pukul 10.30 pagi aku terjaga dan terus bangun. Bunyi air hujan pun sudah tidak ada menandakan hujan telah pun berhenti. Aku bangkit daripada katil dan terus basuh muka di bilik air. Tiba-tiba perut menyanyi dengan gembira menandakan aku sedang lapar. Dengan kelajuan halilintar aku segera capai bungkusan sarapan yang dibeli pagi tadi. Makanannya adalah nasi bungkus lauk daging goreng dan ini memang sarapan kegemaran aku.

Selesai sarapan, aku jadi blurr sebab tak tahu nak buat apa. Memandangkan rumah pun agak bersepah, jadi aku buat keputusan untuk kemas rumah dan sapu lantai. Bab menyapu lantai takde penat sangat tapi bab menyusun dan mengemas tu satu kerja yang buatkan aku berpeluh. Rumah aku dah la banyak barang seperti buku dan adik-adik aku yang gunakan buku bukan nak letak di tempat asal selepas belajar. Masa sedang kemas buku, aku terpandang satu bahagian iaitu tempat gathering segala buku cerita aku. Waaaa semakin lama semakin banyak kembali buku aku.


Buku aku semua cantik dan memang aku jaga dengan rapi umpama menjaga seorang kekasih tapi yang merosakkan kecantikan buku aku adalah manusia-manusia yang pandai meminjam tapi tak pandai menjaga. Sejak 2 buku aku rosak teruk setelah dipinjam, aku dah tak bagi sesiapa pinjam lagi buku yang aku miliki. Aku lebih rela dipanggil kedekut haji bakhil daripada memberi pinjam dan merosakkan buku kesayanganku.

Alamak aku emosional pula. Ok kemas buku dah, sapu lantai dah, kemas meja belajar dah, dan aku pun dah habis kerja tak tahu nak buat apa. Jadi nak hilangkan bosan, aku kembali ke depan laptop dan buka lagu sambil hiburkan diri sendiri yang keseorangan di rumah. Nak pergi jalan-jalan kereta takde, kawan takde, jadi terpaksa la duk rumah sambil tengok komputer umpama hidup takde life.


Rumah takde orang, jiran tinggal berjauhan, sistem komputer best, dan speaker pun best. Jadi pasang speaker kuat-kuat sampai bergegar bilik. Sambil dengan radio Hitz.fm online, aku pun main dengan komputer sikit bagi mengubah setting yang ada pada sistem operasi ni. Laptop aku asyik masalah je kebelakangan ni. Nampak macam kena angkat yang baru je tapi duit masih kering. Terpaksa la bersabar dulu buat masa sekarang dengan kerenah laptop ni.


p/s : Pada waktu petang lagi tak tahu nak buat ape. Fuuuuuuuuuuu

~ Baca Selanjutnya ~

Ahad, 29 Januari 2012

Apa Aku Nak Buat Hari Ini

Ehem ..Bangun subuh pagi tadi ayah aku kejut dengan menampar pada bahagian punggung seperti zaman kecik-kecik dulu. Tibe-tibe aku jadi teringat pada waktu pagi sebelum pergi sekolah. Turun daripada katil dan keluar bilik, aku tengok emak sedang menggosok baju manakala ayah pula menuju ke halaman luar untuk memberi makanan kepada kucing kesayangannya. Memang macam tu rutin harian keluarga aku pada setiap hari minggu.

Aku pula dengan rasa mengantuk menuju ke bilik air untuk mengambil wuduk. Bila kena saja air sejuk terus terbeliak mata macam kena kejutan elektrik. Oh aku lupa rumah aku ada mandian air panas. Kenapa la aku bodoh sangat pergi basuh tangan menggunakan air paip yang sejuk tu. Selepas ambil wuduk, baru la aku rasa segar sikit dan bersemangat menunaikan solat subuh.

Selesai saja solat subuh, perancangan aku yang pertama untuk hari ni adalah membeli sarapan untuk aku dan juga kepada keluarga. Biasanya menu sarapan aku adalah nasi bungkus lauk ayam masak merah ataupun daging goreng. Tapi untuk hari ni aku beli Nasi Lemak ayam bagi mencuba sesuatu yang lain. Hasilnya tidak mengecewakan dan nasi lemak yang aku beli tu sangat sedap di makan ditambah lagi dengan perut yang tengah menyanyi kelaparan.


Habis saja makan dan perut pun sudah rasa kenyang, aku tiba-tiba jadi blur sebab tak tahu aktiviti apa yang patut aku lakukan sekejap lagi bagi mengisi masa yang terluang. Memandangkan laptop pun dah terbuka dari semalam lagi, aku pun meneruskan aktiviti blogging dan melayari laman web untuk seketika. Ingatkan ada isu hot yang baru tapi takde apa pun setakat ni. Aku beredar daripada menghadap laptop kemudian menuju ke bahagian ruang tamu sambil membawa buku cerita yang dibeli di Popular Book Store hari tu. Kemudian aku mulakana sesi :



dan berterusan



Sampai sekarang aku masih duk baca buku lagi. Walaupun bosan tapi hanya tu je yang aku boleh buat sekarang ni. Hujan pula turun dengan sangat lebat menambahkan lagi kesejukan dalam rumah. Nak tidur tapi malas sebab dah lama tidur. Apa yang aku nak buat lepas ni ?


~ Baca Selanjutnya ~

Jumaat, 27 Januari 2012

Tambah Koleksi Buku Cerita

Masa aku pergi Melaka 2 hari yang lepas, aku ada beli sebuah cerita kat Popular Book Store dalam Teco dekat dengan Melaka Sentral. Asalnya ingat nak beli novel Ramlee Awang Murshid yang penuh dengan unsur thriller tapi tak jadi pula sebab aku lebih didorong untuk membaca buku dan novel bahasa inggeris. Jadinya selepas skodeng dan tengok serta membaca sinopsis buku-buku yang ada pada rak tersebut, aku buat keputusan untuk membeli sebuah :


Buku ni genre lebih kurang sama seperti buku yang ada kat rak rumahku. Jenis pengembaraan, kuasa dan magik sama macam Narnia, Lord of the Ring, Demon King, Harry Potter dan banyak lagi cuma yang bezanya kali ni adalah mengenai naga dan manusia. Aku pun tak tahu kenapa suka baca buku jenis macam ni berbanding sains fiksyen dan moden yang melampau. Mungkin kerana buku macam ni terlalu adventure kot tu  yang aku duk syok sangat beli dan baca.

Oh ya aku beli buku ni bukan guna baucar 1 malaysia tu. Baucar tu aku baru nak ambil bila buka semester baru pada 13 Februari ni sebab hari tu aku balik awal sangat sampai lupa nak ambil baucar buku. Cakap pasal baucar buku, masa aku kat Popular Book Store tu memang ramai gila pelajar yang membeli buku, novel, alat tulis dan keperluan belajar yang lain meggunakan baucar buku 1 malaysia. Aku yang nak bayar untuk 1 buah buku cerita ni pun terpaksa kena beratur panjang sebab ramai sangat orang masa tu. Sabo je la jawabnya kena tunggu lama dan beratur panjang.


Ok la aku nak pergi sambung baca buku ni pula, baru je baca sikit sebab takde masa sangat sekarang sibuk dengan benda lain. Buku cerita memang rajin baca, nota belajar jangan harap la aku nak rajin macam ni. Ha ha. biasa la tu, kalau aku rajin baca nota nanti kawan-kawan pengsan pula sebab terkejut dengan perangai aku yang berubah secara mendadak ni. Ok nitez :)

~ Baca Selanjutnya ~

Rabu, 25 Januari 2012

Melaka sentral

Alhamdulillah aku dah selamat sampai di negeri melaka pada pukul 4 petang tadi. Lepas pergi letakkan barang-barang adik aku kat rumah sewa uitm, aku dan ayah pergi ke melaka sentral sementara tunggu bas untuk balik ke besut malam ni. Ha ha hari ni pergi dan hari ni juga balik. Tadi pergi dengan kereta sebab tu kereta adik tapi bila balik kena naik bas.

Apa pun tujuan aku datang ke melaka sebab nak teman ayah hantar adik balik ke kampus je. Daripada lepak kat rumah takde kerja baik ikut pergi ke melaka. Boleh la juga tengok jalan raya dan makan-makan. Aku pula cuti dah tak lama. 13 feb ni dah kena balik perlis dan sambung semester berikutnya. Haih tak syok betul cuti sekejap je tak sampai sebulan pun lepas tu kena belajar dan masuk kelas balik. Ok nak makan dulu. Lapor

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
~ Baca Selanjutnya ~

Hari Ni Bertolak Ke Melaka

Hari ni aku bertolak menuju ke Melaka kerana nak hantar adik pulang ke Uitm Lendu. Aku, ayah dan adik bertolak pada pukul 8 pagi dan dijangka tiba di melaka pada lewat petang sekitar pukul 5 atau 4. Sebenarnya aku pun malas juga nak pergi jalan-jalan ke Melaka ni sebab perjalanan sangat jauh. Daripada Besut, Terengganu ke Melaka tu makan masa hampir 10 jam perjalanan.

Itu pun kalau jalan tidak sibuk. Sekarang ni Sambutan Tahun Baru Cina pun dah habis dan harap-harap jalan tidak jem. Kalau jem memang naya la lama di atas jalan raya. Ok aku pun dah tak tahu nak tulis pasal apa sekarang ni. Nanti la kalau ada benda menarik sepanjang jalan ke Melaka, aku akan update kat sini. Haihh perjalanan yang lama tapi lebih bagus daripada hanya duk rumah sepanjang masa.
~ Baca Selanjutnya ~

Selasa, 24 Januari 2012

Jual Baucar Buku 1 Malaysia


Beberapa hari lepas ada orang share gambar ni di wall facebook. Aku ingatkan gambar promosi apa yang ramai sangat duk bagi komen masa tu. Bila tengok dengan mata sendiri, baru la aku tahu mengenai isu Jual Baucar Buku 1 Malaysia. Mula-mula tu agak terkejut juga dengan isu ni. Tak sangka ada juga yang masih ambil kesempatan mencari wang saku lebih hasil daripada pemberian percuma baucar buku ni.

Pada pendapat aku la kan... pada pendapat aku, orang yang jual baucar ni mesti tak suka beli, baca atau memiliki buku. Mungkin bagi dia baucar buku ni sesuatu yang tidak memberi manfaat langsung sebab itu dia cuba menjadikan baucar tersebut sebagai jalan untuk mendapatkan wang saku lebih.

Lagi satu aku rasa orang yang jual baucar ni mesti dah terdesak sangat nak duit. Alaa macam desperate money la. Manusia kan sanggup buat apa saja untuk dapatkan duit jadi manusia ini juga sanggup jual baucar buku semata-mata untuk dapatkan duit. Oh duit sungguh hebat penanganmu di dunia ini.

Tapi aku taknak la kate apa-apa yang buruk pasal perbuatan menjual baucar buku ni. Memang tak salah pun buat macam ni tapi kalau ikut tafsiran kepala otak aku, hanya 3 perkataan je yang mampu aku lafazkan iaitu Kebodohan Tidak Bersyukur. Kasar sangat ke bahasa aku ni ? Ok ok maaf aku cuba lembutkan sikit ye.

Bagi aku memang tak patut la perbuatan macam ni dilakukan. Seolah-olah ada orang bagi hadiah kepada kita kemudian hadiah tersebut kita jual untuk mendapatkan sesuatu yang lebih berunsurkan kepentingan peribadi. Teruk kan ? Haiihh kalau tak nak baucar tu bagi la kat aku. Boleh la aku beli banyak sikit novel inggeris dan buku cerita yang menarik. Dapat la juga aku topup buku-buku kat rak dalam bilik aku ni.

p/s : Jap buku apa ye aku nak beli nanti. Hurmm kene beli buku yang best baru la berbaloi
~ Baca Selanjutnya ~

Isnin, 23 Januari 2012

Selamat Tahun Baru Cina 2012


Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua sahabat-sahabat saya bekas pelajar Sek Men Tengku Mahmud 2, Kolej Matrikulasi Melaka dan juga kepada rakan-rakan sekelas Kejuruteraan Rangkaian Komputer, Universiti Malaysia Perlis. Gong Xi Fa Cai dan Kung Hei Fat Choy :)


Ok itu dia ucapan untuk kawan-kawan aku yang menyambut Tahun Baru Cina. Erkk ada salah ke ucapan tu ? Kalau tersalah tu harap maaf la ye sebab aku main tulis berdasarkan apa yang aku pernah baca je. Hari ni juga hari dimana saudara aku mengadakan 3 majlis serentak dalam 1 hari.

Majlis pertama adalah solat sunat hajat sempena perpindahan makcik aku ke rumah barunya. Lepas tu dalam tengah hari dan petang sikit ada majlis sambut menantu sempena perkahwinan pakcik dan ada makan-makan. He he aku kalau bab makan memang sah la laju je menuju ke majlis. Yang ke 3 pula pada waktu petang sikit ada majlis pertunangan sepupu aku yang turut dilakukan di rumah yang sama.

Jadi hari ni saja aku dah ada 3 majlis untuk 1 rumah ni. Tengah hari jap lagi baru nak pergi untuk makan, makan dan makan. Haihh doakan la badan aku tak naik secara mendadak pada cuti selama sebulan ni. Kenduri banyak lepas tu makan pun banyak. Memang sah la berat badan pun akan naik dengan banyak. 

p/s : Seronoknya dapat makan gulai kawah. yam yam
~ Baca Selanjutnya ~

Ahad, 22 Januari 2012

Mencuba Canon EOS D600

Semalam adik aku yang belajar di Uitm Melaka baru sampai ke rumah sempena cuti sambutan perayaan tahun baru cina. Pulangnya dia ke Besut sambil membawa balik kamera yang baru dibeli iaitu Canon EOS D600. Memandangkan kamera yang mahal gila kambing ni dah singgah kat rumah, maka aku pun ambil kesempatan untuk cuba sendiri merasai kehebatan prestasinya.

Setelah beberapa puluh keping gambar diambil, ternyata aku rasa cukup puas hati dan sangat mantap dengan kualiti gambar yang dihasilkan. Lepas tu adik aku ajar cara menggunakan manual fokus. Apa barang beb kamera mahal tapi guna Auto fokus je. Kualiti gambar pun kurang menyerlah kalau nak dibandingkan dengan Manual fokus.


Jadi sepanjang malam tadi aku hanya main dengan kamera ni je. Cuba selongkar beberapa fungsi asas seperti zoom, iso, aaaaaaaa lepas tu ape dah aku tak ingat apa yang aku duk main semalam sebab banyak sangat. Tapi memang sangat seronok untuk cuba sendiri mengambil gambar menggunakan kamera ni.

Tiba-tiba nafsu aku berbisik menggoda aku supaya membeli sebiji kamera DSLR memandangkan kamera digital yang aku pakai sekarang ni sudah cukup lama iaitu sejak tahun 2007 lagi. Haiisshh tak boleh beli lagi kerana aku lebih nak tumpu kepada laptop baru. DSLR tunggu dulu ye. Nanti abam Firdaus angkat laptop baru, lepas tu baru la angkat kamera mahal gila babeng ni.


Keutamaan bagi aku adalah laptop berbanding kamera ni kerana aku bukan jenis yang suka ambil gambar sangat. Setakat sekali dua nak lepas gersang tu boleh la tapi laptop lebih menggoda aku berbanding dslr ni. Aarrrgghhh duniawi semua ni. haha

~ Baca Selanjutnya ~

Sabtu, 21 Januari 2012

Menu Makan Untuk Hari Ni

Sebenarnya aku tak tahu nak tulis pasal hari ni kerana tiada apa yang menarik berlaku dan aku hanya duk kat rumah je. Ermm tadi ada la juga pergi pindah barang ke rumah pakcik sempena kenduri pada hari isnin ni. Takde ape yang menarik pun pindah barang tadi dan hanya dapat penat dan peluh sampai basah baju dan bau hapak. Tapi seronok la juga dapat membantu orang.

Aku ni sekejap tak menarik dan sekejap seronok. Entah mana satu yang betul tak tahu. Ok lompat pada tajuk kat atas, hanya makanan je yang mampu aku sembang pada malam ni. Bab makan memang kepala otak aku sentiasa banyak idea sampai nak update 2 atau 3 kali sehari pasal makan pun aku boleh buat.

Tengah Hari tadi menu adalah udang masak merah buatan emak. Sedap memang sangat sedap tapi part yang paling aku tak suka pasal udang adalah kulitnya. Aku ni slow sikit dan buang kulit udang. Bila nak buang kulit udang pun dah slow, memang masa makan pun jadi slow juga la jawabnya. Tapi bila dah berjaya buang kulit, Fuuuhhhh memang nikmat dapat makan dan rasa masakan emak tersayang.


Kenyang makan udang untuk tengah hari, siapa boleh teka apa aku makan untuk snek petang pula ? Jeng jeng jeng siapa dapat teka apa aku makan untuk snek petang tadi, aku akan belanja dia makan. Tapi masa dah tamat jadi aku akan umumkan jawapan untuk snek pada petang tadi. Untuk snek, aku makan kek :


Eh salah !!! ni kek secret recipe. Memang aku ada makan kek petang tadi tapi bukan kek yang sedap ni. Kek aku makan snek petang adalah :


Taaraaa ini dia kek aku makan petang tadi. Well ni kek kahwin pakcik aku yang dibawa balik hari akad nikah tu. Kek boleh tahan besar juga dan separuh dah bagi kepada saudara-mara. Yang separuh lagi diorang bagi kat keluarga aku. Sampai hari ni tak habis lagi kek ni. Yang makan banyak kek dalam rumah ni pun hanya adik dan aku je. Yang lain makan sikit dah taknak.

Ok la dah panjang sangat aku sembang pasal makanan. Kan aku dah cakap kalau pasal makanan memang aku boleh taip panjang. Aku nak pergi rehat jap sementara cari mood untuk update blog satu lagi iaitu Demn Blog ( http://www.beskalbuwok.com/blog/ )

~ Baca Selanjutnya ~

Akad Nikah Pakcik Di Kelantan

Aku : Aku terima nikahnya bla bla bla dengan mas kahwinnya sebanyak bla bla bla tunaiii.

Saksi : sah !!



Kuang kuang kuang


Saja nak berfantasi sekejap apabila aku akad nikah nanti. InsyaAllah dalam masa 3 tahun lagi  aku akan berkahwin dengan perempuan pilihan aku. Aisehmen aku pula yang terlebih bawa emosi dan feeling nak kahwin. Pada hal yang baru melansungkan perkahwinan  adalah pakcik aku iaitu selaku adik kepada emak.

Semalam Aku dan keluarga pergi je area Pengkalan Chepa, Kelantan kerana ada upacara akad nikah pakcik. Perjalanan daripada Besut ke Pengkalan Chepa takde jauh sangat dan hanya mengambil masa selama 1 jam saja. Sebenarnya ini kali pertama aku lihat akad nikah depan mata aku sendiri di mana aku dan pengantin lelaki hanya bersebelahan saja kerana aku disuruh oleh emak untuk ambil gambar sepanjang akad nikah tu.

Upacara akad nikah berlangsung sambil disaksikan oleh ahli keluarga pengantin perempuan dan lelaki dan alhamdulillah dengan 2 kali lafaz, akad itu pun selesai. Kali pertama lafaz sudah lancar cuma sangat perlahan  suara jadi tok imam pun minta untuk lafaz sekali lagi. Selesai saja akad nikah, sesi bergambar dan menyarungkan cincin dilakukan





p/s : Aktiviti hari ni tak tau nak buat ape

~ Baca Selanjutnya ~

Jumaat, 20 Januari 2012

Lyssa Faizureen Dan Firdaus Life

Aku : Lyssa, sebenarnya saya dah lama suka kat awak.

Lyssa : Ye ke Firdaus ? Saya gembira dengar awak cakap macam tu. Tapi.....

Aku : Tapi ape lyssa ? awak dah ada teman lelaki ke ?

Lyssa : Bukan itu masalahnya Fir. Tapi saya tak kenal awak ni siapa.


Kuang Kuang Kuang


Saja dialog bergurau senda sikit untuk mukadimah post ni. Sebenarnya merujuk kepada post Hobi Pelik Window Shopping Webhosting, ada seorang gadis bernama lyssa faizureen yang komen. Masa aku baca nama dia tu, aku jadi lupa-lupa ingat. Macam pernah dengar nama ni tapi bila ? di mana ? Aisehmen aku ni bengap sikit jadi aku lupa dah dari mana aku dengar nama ni.


Bagi menghilangkan semua teka teki yang terbuku dalam otak aku ni, jadi aku pergi ke profile blogger. Disitu aku nampak bahawa ada link untuk ke blog dia. Maka dengan sepantas halilintar aku klik dan terus ke blog dia. Sampai je ke blog dia dan keluar habis segala gambar dan widget serta post, baru aku teringat bahawa aku pernah masuk ke blog ni beberapa bulan yang lepas. Kalau tak silap aku 4 bulan yang lepas kot.

He he maaf la sebab ni kali ke 2 baru aku masuk blog Lyssa tu, jadi agak jakun  sikit sebab aku langsung x kenal dengan blogger lyssa yang ramai pengikut ni. Sebenarnya aku hanya nak cakap yang lyssa ada follow blog aku dan telah menjadi follower yang ke 1568 di blog Firdaus Life ni. 


Dan sebagai balasannya, aku follow balik blog dia dan jap lagi nak letakkan dalam bloglist pula. Well terima kasih Lyssa Faizureen selaku owner blog http://www.lyssasecret.com/ kerana sudi follow blog Firdaus Life :)

p/s : Blog ni memang x de shoutbox. he he
~ Baca Selanjutnya ~

Khamis, 19 Januari 2012

Hobi Pelik Window Shopping Webhosting

Baru-baru ni aku tak tahu kenapa hobi aku jadi lain macam sikit. Tak pernah pun dibuat sebelum ni dan semuanya dilakukan secara tiba-tiba saja. Hobi pelik yang aku maksudkan tu adalah Window shopping Webhosting. Apa tu Window shopping dan juga Webhosting ? Window shopping tu aku gerenti ramai yang dah tahu maksudnya tapi bagi web hosting pula hanya segelintir saja yang tahu.

Secara analoginya, web hosting boleh dianggap sebagai tapak dan website pula dianggap sebagai rumah. Tanpa tapak / tanah, website anda memang tak dapat didirikan. Oleh sebab itu anda memerlukan webhosting sekiranya mahu memiliki sebuah laman web. Webhosting ini sebenarnya merupakan komputer yang mempunyai sambungan ke internet 24 jam sehari. Komputer ini lebih di kenali sebagai server yang mana ia berangkaian antara satu sama-sama. Kita hanyalah perlu menyewa ruang komputer atau server ini daripada penyedia webhosting yang ada di internet. ( Sumber )

Sebenarnya aku dah ada website yang menggunakan hosting sendiri seperti Demn Blog ( http://www.beskalbuwok.com/blog/ ) cuma saja gatal tangan untuk window shopping dan buat perbandingan diantara company ini dan company itu. Nanti kalau ada kawan-kawan atau orang lain tanya boleh la aku terangkan sikit mana yang baik dan mana yang kurang. Kat bawah aku ada senaraikan 5 web hosting yang aku window shopping baru-baru ni dan korang pun boleh usha sendiri kalau-kalau nak upgrade blogspot kepada hosting sendiri sempena tahun baru ni.

1. Syokhost ( http://syokhost.com/ )


2. Datakl ( http://datakl.com/ )


3. Fivio ( http://www.fivio.com/ )


4. Sealserver ( http://sealserver.com.my/ )


5. Internet-Webhosting ( http://www.internet-webhosting.com/index.php )


~ Baca Selanjutnya ~

Tema Hitam Putih Pula

Semalaman aku godek template blog untuk ubah mengikut citarasa terbaru. Sebenarnya takde la semalaman sangat kerana aku start ubah dalam pukul 4 pagi dan siap pada waktu hampir subuh. Tak sampai 2 jam ubah template ni kerana masih menggunakan template asal cuma yang diubah hanya tema warna saja.

Kalau pasang template yang 100% baru biasanya memang aku akan ambil masa selama 1 malam untuk siapkan dan berasa puas hati. Banyak yang kena ubah dan ambil kira seperti kelajuan loading blog, lebar, dan yang paling penting adalah mesra dengan enjin carian.

Asalnya aku nak pakai template baru yang lebih simple seperti Twenty Eleven produk wordpress kat bawah ni. Tapi selepas aku test template tu, ade benda yang aku tak suka iaitu bahagian sidebar tidak muncul apabila pembaca memaparkan single post. Puas aku cari penyelesaian masalah tu tapi sebab aku ni bengap sikit bab coding, jadi tak dapat baiki masalah tu.



Bila tak dapat baiki masalah kat template di atas ni, maka aku buat keputusan untuk kekal dengan template yang lama ni saja. Kemudian aku buat keputusan untuk menggunakan tema warna hitam dan putih bagi penampilan baru blog ni yang dah sangat lama aku tak ubah.

Kenapa Hitam dan Putih ?

Yang tu aku sendiri pun tak tahu nak jawab macam mana tapi yang jelas aku hanya mahu sesuatu yang kelihatan simple saja. Jadi kombinasi warna hitam dan putih memang nampak simple disamping menimbulkan kontra akibat perbezaan warna yang terang dan gelap.

Oh ya aku bukan saja ubah tema warna, malah aku ada juga menggunakan petak-petak pada bahagian background blog ni. Sebenarnya aku dah cukup bosan tengok background blog yang kosong tanpa ada corak jadi pagi tadi aku cuba la masukkan gambar petak sebagai background. Bila view je terus kena dengan mata aku. Kalau ada siapa yang tak berkenan tu harap maaf la ye kerana ni blog aku.

Lepas puas hati dan lega pandangan baru blog, aku pergi menunaikan solat Subuh. Lepas subuh aku dengar ada orang sedang memasak di bahagian dapur. Perut sangat lapar sebab dari semalam lagi tak makan lepas tu pagi ni ada orang menggoreng, memang rezeki di waktu pagi la jawabnya.

Bila aku skodeng bahagian dapur, aku tengok mak tengah masak mihun goreng bersama sotong. Waaaaa terbaik la sarapan pagi mihun goreng. Nak tengok rupa mihun goreng dan sotong ? Mari skodeng kat bawah ni.


p/s : Lepas kenyang sarapan, katil la jawabnya. haha

~ Baca Selanjutnya ~

Rabu, 18 Januari 2012

Selamat Pagi Kuala Besut

Alhamdulillah aku dah selamat sampai di rumah sejak petang semalam lagi tapi lupa nak update sebab lepas isyak terus aku lena  sampai la pagi tadi akibat terlalu penat. Pagi ni takde buat apa sangat melainkan lepas subuh tadi terus aku drive untuk beli nasi bungkus sebagai sarapan sebab perut dah lapar sangat.

Waktu pagi pekena makanan berat macam nasi minyak. fuuuhhhh mantap

Lepas makan terus rasa mengantuk tapi sebelum singgah kat katil, buka laptop dulu dan layan radio online. Sebenarnya dari tadi lagi aku duk fikir nak buat apa hari ni. Nak pergi jalan-jalan ke kedai buku rasa malas lagi. Jadi hari ni mungkin hanya duk rumah macam anak dara je la jawabnya. ok jom zzzzzzzzzzzzz


~ Baca Selanjutnya ~

Selasa, 17 Januari 2012

Waaaaa awek uitm machang

Aku snap time takde awek. Argghhh

Lepas makan tadi, aku dan kawan2 sambung perjalanan untuk pulang ke rumah. Lepas tu driver kereta selaku kawan aku juga berhenti sekejap kat bahagian depan uitm machang kerana dia nak jumpa dengan membe die. Aku dan sorang lagi hanya tunggu dalam kereta je sambil tengok suasana dan pelajar uitm machang ni. Apa yang bestnye adalah kami usha gadis2 uitm. Woooaaaaa serius memang ramai yang cun. Tu baru tengok kat luar. Kalau kat dalam tak tau la aku nak cakap ape. Ha ha bukan selalu ade peluang macam ni :p

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
~ Baca Selanjutnya ~

Rehat di jeli

Alhamdulillah sekarang aku ada kat daerah jeli di kelantan dan tak lama lagi akan masuk machang kemudian terus ke daerah aku, besut. Sementara rehat kat jeli, perut kena isi baru la lega sikit. Last aku makan tadi sarapan pagi je dan dari tadi lagi perut aku duk nyanyi lagu lapar. Memandangkan cuaca pun sejuk akibat hujan, maka makanan paling sesuai mesti panas dan pedas. Jadi kuey teow tomyam aku order tadi dah pun sampai. Nak makan dulu :)

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
~ Baca Selanjutnya ~

Menuju Pulang Ke Besut, Terengganu

Eerrkkk aku sekarang mungkin dah ada dalam kereta menuju ke Terengganu kerana ini adalah schedule post yang dibuat pada subuh tadi. Jadi cuti semester aku dah pun bermula dan aku akan bercuti selama lebih kurang 1 bulan saja. Sebenarnya aku dah mula cuti pada 14 Januari lagi sebab tu kertas terakhir peperiksaan tapi saja balik lambat sikit kerana aku menumpang orang. kih kih kih.

Semalaman berkemas dan menyimpan barang2 yang perlu ditinggalkan dan dibawa balik dan macam biasa barang yang nak bawa balik sikit je. Lagipun cuti sekejap je hanya 1 bulan dan aku bukan jenis yang suka merantau sangat waktu cuti. Setakat duk terperap dalam rumah macam anak dara dan menghadap laptop je.

barang-barang yang tak dibawa balik.

Erk yang ni...... kalau aku tak bawak balik, Ernie Musliana tentu akan bunuh aku. =_=

p/s : Doakan aku selamat sampai ke Besut, Terengganu tanpa sebarang halangan dan masalah :)

~ Baca Selanjutnya ~

Jumaat, 13 Januari 2012

Forever Alone Study

Aku dan kawan-kawan study macam kat bawah ni :


Tapi ada seorang kawan aku juga dia study :

forever alone :D

p/s : esok last paper dah... yaaahuuuuu.. doakan aku dan kawan2 dapat jawab dengan baik Communication Engineering esok :)

~ Baca Selanjutnya ~

Rabu, 11 Januari 2012

Baru Habis 1 paper

Baru je habis kertas pertama malam ni iaitu computer architecture. Fuuhh banyak juga teori yang kena hafal tapi mujur la pensyarah dah ada bagi tips sebelum exam hari tu. Alhamdulillah majoriti dapat jawab soalan dengan tenang. Yang minoriti tu aku garu kepala pun tak dapat jawapan juga. Haihh esok ada lagi exam pagi dan malam. Malam ni konpem tak tidur pulun paper esok. Ok mahu makan malam dulu :)

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
~ Baca Selanjutnya ~

Ahad, 8 Januari 2012

Menggelabah ayam tak tentu pasal

Semalam lepas habis buat kira-kira, mood malas pun menguasai diri dan aku ambil break selama 1 jam untuk blogwalking bagi menghiburkan diri membaca sesuatu yang menarik kat blog. Tapi sebelum aku blogwalking, aku memang dah set dalam kepala otak untuk jalan-jalan ke blog kaum hawa terutama sekali yang ada tajuk berunsurkan emo dan perasaan tak puas hati. Sebab apa aku suka baca post macam tu jangan ditanya. Apa yang pasti aku seronok baca penulisan sebegitu.


Zup zap zup akhirnya aku jumpa 1 tajuk post yang agak penuh perasaan. Tajuknya adalah......... Alamak aku dah lupa tajuk post dia semalam. Tapi takpe. Aku akan ceritakan semula mengenai apa yang aku baca semalam. Al kisahnya, seorang blogger perempuan ni berkawan dengan seorang lelaki yang dah lama dia kenal. Kawan sejak zaman sekolah lagi tu so mereka agak rapat sampai la sekarang. Kemudian suatu hari si lelaki ini pun dapat seorang awek.


Awek lelaki ni memang seorang yang kuat cemburu membabi buta. Malah babi yang buta pun takde cemburu macam awek lelaki ni. Nak pendekkan cerita, awek kepada lelaki ni agak jeles apabila melihat kemesraan hubungan antara pakwenya dan blogger perempuan ni. Akibat terlalu cemburu tak tentu pasal, maka awek lelaki itu pun menghantar mesej kepada blogger perempuan ni melalui fesbook. Dalam mesej tu ada ditanya bermacam jenis soalan yang sangat dasyat sampaikan aku tak sanggup nak tulis kat sini.


Well orang dah jeles, mesti la soalannya pun berunsurkan jeles juga kan ? Tapi blogger perempuan ni sangat bagus. Dia balas mesej tersebut dengan cara yang sopan dan menjelaskan bahawa hubungan dia dengan lelaki tu hanya sekadar kawan baik yang bermula sejak dari zaman sekolah lagi. Beberapa ketika kemudian, awek lelaki tu pun balas balik mesej kepada blogger perempuan ni. Namun dalam mesej yang seterusnya tu, awek lelaki tadi tak percaya dengan penjelasan blogger perempuan ni dan menuduh blogger perempuan ni ada hati kat teman lelaki dia.


Part ni yang paling aku suka kerana dapat baca dengan teliti mengenai situasi apabila perempuan dikuasai oleh perasaan cemburu. Dasyat ke ? Huuuiii memang dasyat gile la habaq hang. Bila perempuan dah cemburu, korang sembang la pelangi berlapis 14 sekalipun memang diorang takkan percaya. Itu baru pasal pelangi, silap hari bulan korang sebut I love u pun diorang dengar sebagai I hate u. Kalau dapat yang kuat cemburu macam tu, memang naya la wessss.


Ok ok sambung pada story tadi, akhir sekali blogger perempuan ni terpaksa mengurangkan kemesraan dengan lelaki tu bagi mengelakkan awek menggelebah ayam tu tidak merasa jeles dan cemburu membabi buta. so sekarang awek lelaki tu dah tak bagi mesej lagi kat blogger perempuan kerana blogger perempuan ni dah tak layan lelaki tadi dalam fesbook. Tapi yang paling bestnya, blogger perempuan ni tetap sms macam biasa kat lelaki tu tanpa pengetahuan awek gelabah ayam. Miahahaha cayalah blogger perempuan tu.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

~ Baca Selanjutnya ~

Sabtu, 7 Januari 2012

Kekecewaan dan kerisauan

Sejam selepas aku update blog petang tadi, aku kemudian online menggunakan telefon untuk membaca komen-komen yang ditinggalkan oleh pembaca blog firdaus life ni. Meskipun setiap post yang aku taip tidak mempunyai komen yang banyak seperti blog-blog yang lain namun aku tetap bersyukur kerana masih ada yang sudi baca dan tinggalkan komen di blog ni. Setelah masuk ke dalam blog pada petang tadi, aku dapati ada 5 komen yang di tinggalkan oleh sahabat blogger.

Maka dengan sepantas motor yamaha lc aku cuba klik bahagian komen untuk membaca apa yang ditinggalkan oleh blogger lain. Setelah terpampangnya kotak komen tersebut, aku pun membaca dengan teliti segala komen yang ada kat situ. Habis saja baca komen, aku sangat terkejut apabila mendapati ramai yang mengatakan post yang aku taip petang tadi agak XXX apabila ada ditulis mengenai adengan aku mandi.

Humm aku berfikir sejenak. Betul ke apa yang aku tulis pasal adengan mandi tu agak XX sikit ? Bagi mendapatkan kepastian yang lebih jelas, maka aku pun membaca sekali lagi post yang ditaip pada petang tadi. Selesai saja membaca post tersebut sebanyak 2 kali, aku dapati tiada unsur XXX yang terlampau dimuatkan. Yang ada hanya menceritakan situasi aku nak mandi dan tengah mandi yang diulas secara kasar tanpa ketelitian yang halus.

Kemudian aku cuba untuk membalas komen mereka semua bagi menjelaskan situasi sebenar dalam post yang aku taip pada petang tadi. Setelah sign in akaun blogger, aku kembali ke halaman firdaus life untuk membalas komen blogger. Namun yang malangnya, kotak komen tidak muncul walaupun dah sangat lama aku tunggu loading dan juga refresh banyak kali. Mungkin browser telefon aku ni tak support bahagian komen. Tapi tu semua hanya andaian aku sahaja kerana sebab yang sebenar aku sendiri pun tidak tahu.

Dibelenggu dengan kekecewaan tak dapat balas komen, maka aku save dulu apa yang aku tengah taip sekarang ni. Selesai saja save, aku pun segera melihat pada jam telefon bagi mengetahui waktu yang tepat. Jam menunjukkan sudah pukul 7:30 petang dan aku yang sedang liat bergolek di atas katil terus bangun menuju ke bilik air bagi mengambil wuduk.

setelah selesai berwuduk, aku kembali masuk ke bilik dan menghamparkan sejadah ke arah pintu bagi menunaikan solat maghrib. Habis saja solat maghrib dan bacaan doa, aku kembali ke katil yang mana kemudiannya menjadi tempat aku merebahkan badan. Sambil berbaring dan mata aku memandang ke siling bilik, otak aku tengah ligat berfikir mengenai peperiksaan akhir semester dan kerisauan akibat daripada sering lupa mengenai apa yang telah aku belajar.

Setelah beberapa ketika berkhayal dan hanyut dalam kerisauan, Fikiran aku terganggu apabila mendengar telefon berbunyi menandakan ada mesej baru masuk. Dalam keadaan yang malas, aku capai juga telefon dan membaca mesej yang diterima. Mesej tu datang daripada teman wanita aku dan dia sekarang ada di stesen bas kuala perlis bagi menghantar kawannya pulang ke kampung.

Selesai balas mesej, aku kembali sambung menaip post yang telah aku save tadi. Sambil berbaring di atas katil, aku taip post yang mana aku juga sedang fikir mengenai subjek yang perlu aku study sebentar lagi. Siap taip terus aku tekan send tanpa baca terlebih dahulu.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

~ Baca Selanjutnya ~

Di suatu petang

Jam dah menunjukkan pukul 5 petang dan aku pun dah rasa penat semacam. Nak kata penat otak, tapi aku bukan study hard sangat pun. Setakat tengok dan kira-kira sikit bagi mengembalikan semula ingatan yang dah lama hilang. Tiba-tiba aku terasa badan sangat panas dan peluh mula membasahi badan aku sepanjang petang ni. Cuaca di negeri perlis seperti di kawasan gurun. Siang hari sangat panas umpama membakar kulit manakala pada malam pula sejuk dan kadang2 berangin dengan kuat.

Tanpa fikir panjang aku terus masuk dalam bilik dan on kan kipas yang kaku melekat di dinding. Kipas dibuka dengan kelajuan maksima sambil badan aku rebahkan di atas katil. Dalam 30 saat aku bergolek atas katil, aku rasa sangat tak selesa kerana badan yang dibasahi dengan peluh tadi menyebabkan rasa melekit. Lantas dengan segera aku buka baju dan terus campak ke atas katil. Kain tuala yang tersidai di tepi aku capai dan dengan segera aku ikat di pinggan. Selesai saja mencampakkan seluar di tempat persidaian dalam bilik, aku terus menuju ke bilik mandi.

Dalam bilik air, aku buka paip mandi sampai habis pusing kemudian aku biarkan air turun mengalir dari rambut dengan sangat laju. Otak aku tak mampu lagi untuk berfikir dan aku hanya biarkan diri tenggelam bersama kesejukan air yang menyegarkan badan. Bila rasa dah cukup segar dan sejuk, aku tutup paip air kemudian aku ambil kain tuala untuk keluar daripada bilik air. Masuk saja dalam bilik, aku terus mengambil telefon blackberry untuk tengok waktu sekarang. Rupanya dah masuk 5:30 petang dan aku telah berada dalam bilik mandi selama hampir 15 minit.

Kemudian blackberry aku berbunyi menandakan ada satu mesej yang masuk dan aku sangat pasti tu adalah mesej daripada teman wanita aku, ernie musliana. Dengan badan yang masih basah dan berkain tuala, aku berbalas mesej dengan teman wanita aku tu. Dia beritahu aku yang dia nak keluar berjogging dan aku membalasnya supaya berhati-hati semasa berjogging agar tidak berlaku sebarang kecederaan. Selesai balas mesej, aku pakai kain pelikat bersama baju kolar bulat yang nipis. Kemudian aku hamparkan sejadah bagi menunaikan solat fardhu asar.

Habis saja menunaikan solat asar, aku kembali mengambil telefon blackberry dan menaip sesuatu sambil berbaring diatas katil untuk update blog. Takde ape yang menarik untuk ditulis dan aku hanya mampu menceritakan situasi sejam yang lalu. Selesai saja menaip, terus aku tekan menu send untuk di update tanpa aku membacanya terlebih dahulu.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

~ Baca Selanjutnya ~

Tema blog yang simple

Korang pernah masuk tak blog forblogger.net , puanbee.com dan juga denaihati.com ? Kalau tak pernah lagi, cepat pergi search kat google sana nun. Bagi siapa yang pernah masuk pasti tahu bagaimana rupa paras blog mereka kan ? Yeepp blog mereka sangat simple dengan tema keputihan tapi tetap nampak sangat menarik dan juga kemas lebih-lebih lagi forblogger.net tu. Masa awal aku buat blog dulu, aku tak berapa suka tema blog keputihan yang nampak agak kosong. Bagi aku rupa macam tu nampak sangat boring kalau pandang lama-lama.

Tapi setelah beberapa bulan aktif dengan blog dan banyak blogwalking, aku jadi tertarik pula dengan blog yang menggunakan tema simple keputihan ni. Tak tahu kenapa aku boleh tertarik dengan tema putih tapi bila masuk je blog yang simple macam diorang, rasa terpikat pula. He he aku memang suka nilai first impression blog seseorang berdasarkan rupa paras terlebih dahulu. Bila nampak ok dan kena dengan mata aku, baru la aku baca post yang ditulis.

aku pernah tanya kat seseorang pasal kesesuaian blog aku menggunakan tema putih tapi jawapan yang diterima agak mengecewakan. Jawapan yang dia bagi adalah " macam takde identiti ". errkk betul ke macam takde identiti kalau guna tema putih untuk blog ? Bagi aku, identiti blog tu terletak pada penulisan. Tak kisah la tema ape pun yang digunakan tapi kalau penulisan tu bercirikan cerpen menarik, tetap dianggap blog cerpen walaupun tema blog tu macam gothic.

Aku ni dari tadi duk sembang pasal tema blog simple dan putih tapi blog aku sendiri warna biru. Ape cer ni bro sembang kencang je ?

Aku memang berhasrat dan bermimpi untuk tukar tema blog ni kepada yang lebih simple cuma sekarang ni masa yang tidak mengizinkan. Tunggu lepas habis periksa akhir semester baru ada masa nak online 25 jam dan kalau ade rasa rajin, mungkin aku akan tukar. Kalau rasa malas memang pakai yang ni je la jawabnya. Oh ya ada kawan aku tanya kenapa blog aku biru semacam je ? Macam blog barisan nasional. Haha aduyai sampai ke situ sekali dia fikir. Sebenarnya takde unsur politik ape pun dalam blog aku ni. Cuma taste je nak biru.

P/s : ok nak sambung study. Doakan ilmu mudah lekat dalam mindaku. :)

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

~ Baca Selanjutnya ~

Jumaat, 6 Januari 2012

Ketenangan, keselesaan

Exam pun belum mula lagi, tang mana datang tenang dan selesa tu firdaus ooiiI ? Dua tiga hari yang lepas hati aku tak berapa nak tenteram dan rasa gelisah semacam je. Disebabkan hati tak tenang, semua yang aku belajar langsung tak lekat dalam kepala otak ni. Last sekali bila dah tak lekat apa yang aku baca, jadi tekanan gila perasaan. Jiwa tak tenang + tekanan perasaan, memang tak lama lagi aku jadi tak betul la kot. Huhu

Ke...ke...ke....kemudian semalam dalam pukul 11 malam aku rasa tenang sangat. Rasa tenang tu umpama diri ini sangat kosong. Takde sedih, takde gembira, takde stress. Yang aku rasa semalam hanya tenang sepenuhnya tanpa sedikit pun perasaan yang tidak kena. Alhamdulillah dapat la juga aku berasa tenang untuk sepanjang malam. Kalau la aku tak diizinkan untuk rasa tenang lagi, memang tak lama lepas tu otak aku pasti jem.

P/s : skang pun tengah jem tak cukup tidur. Zzzzzzz
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
~ Baca Selanjutnya ~

Selasa, 3 Januari 2012

Perrghh mood study

Berserabut gila habaq hang.

Sebenarnya gambar kat atas tu bukan daripada meja aku pun. Ha ha ha. Tu meja housemate aku selaku budak kelas aku juga yang memang kuat study. Meja aku mane ? Eerrrkk... Errkkkk meja aku licin dan bersih je jadi aku sangat segan nak post kat sini. Ha ha tapi takde la licin pun hakikatnya. Tetap penuh dengan kertas nota dan latihan yang banyak juga cuma yang tak berkaitan dengan topik belajar dah masukkan dalam laci meja.

Hari ni meja tak cukup serabut lagi, tunggu beberapa hari nak masuk exam lagi la serabut meja. Lepas habis je exam, meja terus jadi licin balik siap ade kilauan bersinar lagi. Eerrmmmm takotnye nak final exam. Rasa nak demam je aku dibuatnye. Mood study pun masih di awangan dan masih tak kuat. Zzzzzzz

Sent from my BlackBerry? wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

~ Baca Selanjutnya ~

Isnin, 2 Januari 2012

Wahai Semangat Study

Aku tengah lapar jadi sementara nak tunggu kawan-kawan ajak makan malam, aku akan update blog sekejap bagi meluahkan perasaan yang terbuku di hati ini. Ahaksss

Tak tahu macam mana aku nak jelaskan berdasarkan tajuk yang terpampang kat atas tu. Sekarang sepatutnya aku dah mula study tapi kepala otak masih pening dengan benda mengarut. Takde la mengarut sangat cuma banyak masa dihabiskan dengan benda yang tidak berfaedah.

Masa habis dengan dating ? Eerrkkk jangan salah faham, dah banyak hari aku tak jumpa kekasih hati sejak hari Khamis minggu lepas lagi tapi aku tetap habiskan masa dengan benda lain.

Petang tadi aku kentalkan juga hati untuk study dan ada buka nota Algorithm & Data Structure tapi lepas 10 minit lebih macam tu terus takde rasa nak tengok lagi. Last sekali aku pergi merewang jalan-jalan kat rumah orang lain sambil tengok pemandangan sawah yang terbentang luas tapi malangnya sawah  dah tak jadi hijau kerana musim menuai telah selesai. Lupa nak ambil gambar sawah yang dah tak hijau. Nampak sangat tidak menarik untuk tengok.

Lepas tengok sawah, aku balik rumah untuk tengok laptop. Tapi akhir sekali aku dan laptop saling menjeling mesra. Aku tengok laptop dan laptop tengok aku sebab tak tahu nak buat apa. Tiba-tiba kawan aku datang dari rumah sebelah dan dia pulangkan pendrive yang mana aku ingatkan benda ni dah hilang. Fuuuuu syukur Alhamdulillah pendrive aku dah dapat balik. Dalam tu ada banyak file yang sangat berguna untuk masa depan aku.

Sibuk je BlackBerry nak posing jugak

p/s : Semangat study sila datang kepadaku dalam kadar yang segera :(

~ Baca Selanjutnya ~

Ahad, 1 Januari 2012

Aktiviti Blogging Terpaksa Slow

Tahun baru, azam baru, dan aku baru je ingat nak banyakkan dan kerapkan sikit update blog pada tahun ni tapi terpaksa juga kena slow dan tekan brek. Ini semua kerana ada peperiksaan akhir semester yang mana kertas pertama aku bermula pada 11 Januari dan berakhir pada 14 Januari. Aku exam 3 hari je tapi langsung takde gap masa yang panjang dan memang buatkan diri ni sangat sakit pada semester ni.

Berbalik kepada aktiviti blogging yang kena slow tu, blog Firdaus Life ni tidak terlibat kerana memang dah sangat slow pun sekarang ni. Lagipun blog ni aku boleh update pada bila-bila masa menggunakan phone. Jadi aku tak payah kalut duk buka laptop dan cari bahan-bahan yang menarik untuk update.

Yang kena slow update buat masa sekarang adalah blog :



So aku terpaksa abaikan seketika blog ni sehingga la 14 Januari nanti selepas aku habis peperiksaan akhir semester. Eerrrkkk silap hari bulan blog Firdaus Life pun akan diabaikan jugak kalau aku duk sibuk sangat dengan study. Takpe lepas je habis Periksa, jadual update kembali ade dan konsisten. Ye ye je Konsisten :P

~ Baca Selanjutnya ~

Ini aku tulis ke ?

semalam dalam pukul 2 pagi, aku online sekejap dan buka blog. Bila dah terpampang blog, aku pun cek archive sepanjang tahun 2011 yang bermula pada januari hingga disember. Banyak juga post yang aku baca lepas tu ade juga yang buatkan aku gelak macam orang gila. Bukan lawak sangat pun tapi rasa kelakar juga bila baca post yang lama. Kadang-kadang tu ade post yang langsung tak ingat dan buatkan aku terfikir " aku pernah tulis ni ke ? ".

Kalau nak imbas sepanjang tahun 2011 yang lepas, memang banyak kenangan yang aku ada kat blog ni daripada kenangan manis sehingga la kenangan pahit. Yang manis dan pahit tu akan sentiasa kekal dalam blog ni tanpa dipadam kerana aku tak suka padam post blog. Aaaaahhhh apesal aku tulis skima sangat ni ? Aku... Aku... Aku sedih sikit bila baca post yang lama tapi aku sendiri tak tahu kenapa aku sedih.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
~ Baca Selanjutnya ~