Ahad, 26 Februari 2012

Garangnya Awek Comel Bertudung

Petang tadi sambil aku sedang layari internet dan dengar lagu, tiba-tiba ada satu panggilan yang masuk ke henfon BlackBerry kesayanganku. Bila tengok nama yang terpapar di skrin, rupa-rupanya panggilan tu daripada ayah. Gulp !! tiba-tiba saja ayah call. Macam ada sesuatu je. Biasanya yang selalu call adalah emak.

Aku : Helo ayah.

Ayah : Hallo ( memang style ayah aku ). Haaa Firdaus ade duit lagi ke sekarang ni ? Ptptn bila masuk ?

Aku : Duit ade banyak lagi ayah. Ptptn masuk 3 hari bulan ni. Tak lama dah.

Ayah : Ooo 3 hari bulan ni. Kalau macam tu takpe la. Saja ayah call nak cakap ayah baru masukkan duit dalam bank Firdaus tadi.

Aku : Duit yang 2 bulan lepas pun tak guna lagi ayah.

Ayah : Biar la simpan je kalau tak guna.

Aku : Ok ayah

Ayah : Ayah nak drive balik ni. Kalau ade ape nanti call la. Assalamualaikum

Aku : Baik ayah. Waalaikummussalam.


*** Weeeeeeeeeeeeee !!!! dapat duit lagi :D gembira tak terkata. Muahahahaha



Ok maaf mukadimah yang lari sikit daripada tajuk kat atas. Semalam dan hari semua pelajar Universiti Malaysia Perlis Tahun 3 ada ceramah mengenai pendedahan Latihan Industri yang akan kami tempuhi pada penghujung semester ni. Ceramah agak menarik kerana banyak juga input yang aku tak tahu dapat diambil sebagai panduan masa hadapan. Cuma yang tidak menarik adalah kena duduk dengan sangat lama berjam-jam sambil menadah telinga sampaikan punggung aku rasa sangat panas duduk lama di atas kerusi.

Selesai saja ceramah tu dalam pukul 5, semua pelajar pun dibenarkan pulang dan ramai yang dah meninggalkan dewan. Yang ada pun cuma pelajar yang masih lagi belum ambil lagi kedatangan mereka dan sibuk menulis nama di bahagian depan dewan. Aku masa tu nak terkencing. Nak pergi awal tadi tak sempat sebab ramai sangat orang kat tandas.

Jadi bila ramai dah keluar dewan dan tandas, aku pun dengan cepat terus menuju ke tandas. Masa tu langkah aku agak laju dan dalam kepala otak aku hanya fikir nak buang air kecil je. Masa aku sedang berjalan laju nak ke tandas, tiba-tiba aku hampir-hampir terlanggar seorang gadis yang memakai baju kurung dan tudung berwarna oren. Dah la bertudung, pastu putih pula tu. Fuuhh memang cantik. Kalau tak cantik dah lama aku langgar. Ha Ha Ha. Tiba-tiba dia sound aku 


Gadis : Lain kali jalan tu tengok kat depan !!!

*** Kepala otak aku fikir nak kencing je masa tu jadi aku kurang jelas dan kurang dengar ape dia cakap kat aku. Lepas tu aku balas la kat dia

Aku : Awak tunggu kat sini sekejap ye, Saya nak pergi tandas jap


Lepas 5 minit kat dalam tandas, aku pun keluar dengan perasaan yang sangat lega. Kemudian bila aku keluar je tandas, aku nampak gadis " oren " tadi masih ada menunggu di tempat yang aku hampir langgar dia tadi. Aku pun jalan menuju ke arah dia yang sedang duduk diatas kerusi. Bila sampai saja kat dia, aku pun terus tanya dia 


Aku : Maaf tadi saya terburu-buru nak pergi tandas sampai x dengar apa awak cakap. Ape awak cakap tadi ye ?

Gadis : Saya kata kalau jalan tu sila tengok ke depan. Nyaris saya kena langgar tadi

*** Muka dia masih garang bai. Tapi tetap nampak comel sebab memang dia comel pun.

Aku : Ooo maaf la tadi sebab memang tak tahan nak masuk tandas. Sory ye. Jangan marah

Gadis : Ye la takpe lagi sebab tak langgar pun. Hampir-hampir je tadi. So sekarang dah lega ke lepas masuk tandas ?

*** tiba-tiba je dia senyum. Dah hilang muka garang dia

Aku : Ha ah dah lega pun. Awal tadi tak dapat ke tandas sebab ramai sangat orang. Eh kenapa awak tak balik lagi ?

Gadis : Tadi kan awak juga yang suruh saya tunggu kat sini. Jadi saya pun tunggu la sekejap

Aku : Saya tak sangka awak akan tunggu. Ingatkan awak nak blah terus sebab muka awak pun dah marah semacam je tadi.

Gadis : Takdenyee. Lagipun saya balik naik kereta sendiri jadi nak balik lewat pun takpe.

Aku : Ooo kalau camtu jom kita duk luar. Kalau ada makanan lebih boleh makan sikit.


Kat luar dewan aku tengok banyak makanan dah habis. Yang ada pun kuih sikit je. Jadi aku pun ambil sikit kuih bersama segalas air teh. Kemudian aku ajak gadis tadi duduk kat tepi dewan sambil makan kuih.


Aku : Awak pelajar kos ape ye ?

Gadis : Saya dari kos ******* . Awak pula ?

*** dia sedang sibuk mengunyah kuih tapi jawab juga. huhu

Aku : Saya kejuruteraan rangkaian komputer. eh lupa nak tanya nama awak

Gadis : Saya Nur ...................

Aku : Ooo Nur .................... cantik nama tu. Saya Muhd Firdaus.

Gadis : Ramainya nama Firdaus. Kelas saya pun ada seorang nama Firdaus juga

Aku : memang ramai pun. Kelas saya saja ada 4 orang nama Firdaus. Gelaran je yang berbeza supaya tak tertukar satu sama lain.

Gadis : Ye ke ?? ramainya.. Awak dapat gelaran ape ?

Aku : gelaran saya Pi Da Us. Kawan yang lain gelaran Pidot, Fid dan Dek An

Gadis : he he agak pelik gelaran yang ada tu. Awak orang mana ?

*** Cantik gila dia senyum. Lagi cantik daripada muka marah dia tadi

Aku : saya orang terengganu. Awak pula orang mana ?

Gadis : Saya Perak. Kenal ke kat mana Perak ?

Aku : Kenal la. Selalu masuk Grik, Perak dulu masa nak balik Terengganu.

Gadis : kalau macam tu sebelum balik singgah la perak dulu. Boleh saya bawak pergi jalan2 satu perak.

Aku : Yang tu no hal. Nanti kalau singgah perak saya akan gtau awak.

Gadis : Okeh. Awak, jom balik. Dah lewat petang ni. Awak balik naik ape ?

Aku : Saya naik motor. Ok jom la balik. Saya pun tak larat nak duk sini lama.

Gadis : Ok jom

Aku : Eh jap... Awak, nak nombor phone boleh ?

*** Gamble !!! Tak dapat nombor konpem malu dan mampus. Dapat mesti gembira

Gadis : Nak buat apa dengan nombor saya ?

*** Alamak alasan ape aku nak bagi ni ?

Aku : Nanti kalau singgah perak camana saya nak call awak kalau takde nombor.

Gadis : Ha ah betul juga. Ni nombor saya... 013 ******* . Nanti jangan lupa mesej tau.

Aku : Ok kalau free malam ni saya mesej awak ye ?

Gadis : Anytime. Saya selalu free sebab saya takde mesej dengan siapa pun.

Aku : ok :)

Gadis : Ok awak saya balik dulu. Bai !!

Aku : Tata

p/s : Cerita rekaan je. Faktanya gadis tu tak tunggu pun bila aku keluar tandas. huhu
Comments
25 Comments

25 ulasan:

ezzyra berkata...

haha...merepek je ko ni...eny baca,mmpos ko..

Ezad Skytech berkata...

haha...tak boleh tahan ayat last tu...rekaan je..aq da bayangkan betul2 je tadi...LOL...haha~

Freaky berkata...

azi : muahahahaha mane mampos

ezad : ha3 biasa bro nak berkhayal sikit :D

H.J berkata...

haha..ni cita betul..saje je ko cakap reka kan..?haha

Freaky berkata...

h.j : xde la ni rekaan je

anNaqia berkata...

mak aih, punye la smgt bace. rekaan semata je rupenye. haha.

Freaky berkata...

annaqia : hehe rekaan je sume ni

~naddy~ berkata...

HAHA... baru nak rase sweet2 bibik perkenalan. rekaan upenye. haha

wakenabeb ;D

Freaky berkata...

naddy : haha takdenye nak sweet. sume khayalan je

mirmashi berkata...

mati2 ingatt true story . shok betol baca . XD . okehh , hidup balik da :P

pha is berkata...

cis... ingatkan betol2.. khusyuk je aku baca... hahaha... tapi bertuah kan kalau dia tunggu... hehehe

elynn aiza ♥ berkata...

hahaha . sabar jelah bace . dh smngt2 kot byg awek dia mrh . pphal pon good job babes ! :)

ANISA berkata...

hahaha suspen betul...igtkan betul2 dia bg num fone...terbaik

Mohd Afira berkata...

rindunya kat dewan kapitol...unimap tetap dihati hahah

suha berkata...

cisssssssssssssssssssssssssss!!!
penat tau bace =..=

mas saari berkata...

suka buat cerita rekaan...heheheeee

O CIKTEDDY berkata...

ceh..perasan je!haha

Adam Narzuan berkata...

hahaha.. tipah tertipu..
Jom singgah Blog Saya Tak Cantik
Sini juga Blog Berpenyakit

diana amin berkata...

semangat aku baca ... =.=

Arai Lekir berkata...

imaginasi nakal je rupanyer.. cheit ..terkejut gak aku gentleman betul ko ni..haha

Freaky berkata...

mirmashi : haha mane ade true story

pha is : kalau betul best kan

elynn : huhu siap bayang lagi tu

anisa : takdenya orang nak bg no phone

mohd afira : hehe jangan lupa melawat unimap

suha : penat ke best ?

mas saari : tak tau nak buat cerita apa lg kak

adam : hehe

diana : bagus la semangat baca :P

arai : gentleman aku ada makna

tia @ Ini Kisah Tia berkata...

hahaa . kuang asam ..

jebengotai berkata...

owh ni dulu panggung kan..hehe

p/s: budak unimap rupanya yg aku terjah..

Umar Faruq berkata...

Aku baca entri ni dengan penuh perasaan jeles.. Dan aku rasa aku lagi lega dari ko yang baru keluar dari tandas bila dapat tahu ni imaginasi ko je semata-mata.. Hahahaha..

Demn!! Kau mempermainkan perasaan jeles aku.. Hahah..

cici tembikai berkata...

hebatnya imaginasi -,- hahhhahaa. baru nak cakap sweet cerita ni.

 
Related Posts with Thumbnails