Rabu, 1 Februari 2012

Aktiviti Bersama Kekasih Gelap

Morning All. Waktu pagi di musim cuti memang sangat indah kerana tak perlu terburu-buru menuju ke kelas yang serabutkan kepala otak. Jadi bila dah ada peluang yang terbuka luas macam ni, biasanya aku akan......... Tidur ? Korang ni asyik fikir tidur je. Tapi memang aku ada tidur pun tadi. Alaaaa sekejap je tidur dari pukul 7 hingga 11 pagi.

Aku terjaga pukul 11 pagi pun sebab telefon BlackBerry berbunyi dengan kuat menandakan ada panggilan yang sedang masuk. Hishh Jilaka sungguh panggilan ni. Aku nak tidur dengan aman di musim cuti pun tak boleh. Ada saja yang menganggu.

Aku pun buka sikit mata sepet yang macam mata orang cina ni untuk mencari telefon dan menjawab panggilan.

" Hello " ayat pertama aku bagi

" Waalaikummussalam Fir " suara gadis menjawab salam

*** Halamak aku terlupa bagi salam tadi

" Emmmm " jawabku dengan nada malas 

" Fir, You masih tidur lagi ke ? " 

" Emmmmm " Balasku dengan nada malas lagi

" Fir, you ni asyik tidur je. Nanti you jadi gemok tau " 

*** Waaahhh cakap aku gemok pula

" Biarla Gemok pun " balasku kembali

" Degil la you ni. Kalau you tak bangun sekarang nanti I siram you sampai basah "

*** Ganasnya gadis ni sampai nak siram aku. Aku cuba tengok pada henfon untuk lihat nama pemanggil ni tapi ternyata nombor tersebut adalah nombor asing.

" Erkk you ni sape ye ? " tanyaku

" You tanya I ni siapa ? You tak kenal I ke ? " Nadanya sedikit garang

" Emmm tak kenal. Lagipun nombor you ni takde pun dalam contact I " 

" Oh lupa pula nak cakap ni nombor baru I. Henfon lama I baru hilang minggu lepas. Ni Erin la fir. Sampai hati you tak cam suara I " 

*** Gulp !! Erin kekasih gelap aku no 2 

" He he sory erin. I masih mamai lagi. Ade ape you call I pagi-pagi buta ni ? "

" Fir, I nak ajak you keluar tengok wayang jap lagi. Jom la keluar dengan Erin. Dah 3 minggu kita tak jumpa. " Manja betul suara dia masa ni

" Tengok wayang ? citer ape yang menarik ada kat wayang sekarang ni ? " tanyaku lagi

" I nak ajak you tengok cerita Twilight. Jom la fir tengok samee " Eeiiii comelnye suara

" Cerita Twilight tu pasal ape erin ? Best ke ? "

" Twilight tu citer dia macam Alice In Wonderland yang kita tengok hari tu Fir. Cuma watak perempuan dalam cerita ni bukan jatuh ke dalam lubang arnab tapi terjatuh ke dalam lubang Pontianak yang mana badannya bersinar berkilauan apabila terkena cahaya matahari " Rancak betul si erin ni bersembang

" Ooo macam best juga cerita tu. kalau macam tu I ok je teman you tengok wayang "

" Ok Fir !! You mandi dan bersiap la dulu. Dalam setengah jam lagi I sampai rumah you. Jangan tidur balik tau "

" Iyer erin. I tak tidur balik. "

" Love you fir "

" Love you too erin " Kemudian panggilan aku putuskan.


Dengan perasaan yang sedikit malas aku kuatkan juga badan untuk bangun daripada katil kemudian segera aku capai tuala menuju ke bilik mandi. Dalam bilik mandi, aku hanya biarkan air mengalir ke seluruh badanku sambil mindaku berkhayal ke arah lain. Erin merupakan kekasih gelap aku nombor 2 dan kalau ada peluang memang aku nak komited dengan dia cuma peluang masih lagi tak ada buat masa sekarang. 

Aku mula kenal dengan dia di stesen minyak Shell yang mana itu merupakan tempat dia berkerja. Masa tu aku nak isi minyak motor kawan aku dan sejak kali pertama terpandang, memang aku dah jatuh hati dengan dia. Dia mempunyai senyuman yang sangat manis dan juga kulitnya sangat putih. Dengan berbekalkan sedikit keberanian dan kemesraan, aku berjaya mendapatkan no telefon dia. Sejak daripada tu aku selalu berhubungan dan keluar bersama dengannya. Hubungan aku dan dia boleh dikatakan menghampiri percintaan.

Kalau nak cerita pasal erin memang sampai esok pun takkan habis. Selepas 10 minit, aku keluar daripada bilik mandi dan ternyata badanku rasa sangat segar serta rasa mengantuk juga telah hilang sepenuhnya.


Sewaktu aku sedang menyarungkan baju t-shirt berkolar putih, tiba-tiba aku terdengar bunyi hon kereta di luar rumahku. Awal pula si Erin ni sampai. Kata setengah jam tapi ni baru 20 minit dah ada depan rumah. Mungkin dia dah tak sabar nak jumpa aku agaknya. Dengan pantas aku sarungkan seluar jeans dan mengenakan sedikit wangian di badan agar menambahkan lagi kesegaran.

Masa aku buka pintu rumah, aku dah nampak dia sedang menunggu di luar sambil bersandar di kereta Suzuki Swift berwarna putih miliknya itu. Ternyata dia memang sangat cantik dengan mengenakan Blouse berwarna purple, tudung bawal hitam dan juga berseluar jeans yang tidak terlalu ketat. Bila saja dia nampak aku keluar daripada rumah, dia dengan segera melontarkan satu senyuman yang sangat manis kepadaku. Dari air mukanya itu, aku dapat mengagak bahawa memang dia sangat gembira untuk berjumpa dengan aku.

Sampai saja dekat kereta, aku pun sembang sekejap dengan dia 

" Awalnya sampai. Tadi kata setengah jam. Ni 20 minit dah hon depan rumah I "

" Heeee biarlah I datang awal sikit. Mana tahu you masih tidur lagi ke " jawabnya sambil tersenyum riang

" Takdenye I nak tido balik.  Jom gerak Erin. nanti lambat pula sampai kat wayang "

Dalam kereta aku dan Erin rancak berbual. kami buka semua topik dari pelajaran sampai la hal keluarga. aku suka melihat dan mendengar Erin bercakap denganku kerana suaranya mempunyai nada yang excited disamping wajahnya tidak berhenti daripada melakar senyuman yang manis. Perjalanan selama setengah jam menuju ke panggung wayang terasa sangat cepat kerana aku begitu gembira bersembang bersama Erin di dalam kereta.

Setelah parking kereta , aku dan Erin terus menuju ke bahagian wayang. Kali ini Erin yang belanja aku kerana dia nak sangat tengok cerita Twilight ni. Aku pula belanja dia dengan beli makanan pop corn dan juga minuman untuk santapan sambil tengok cerita yang ditayangkan. Setelah 10 minit menunggu, kami dibenarkan masuk untuk mengisi tempat duduk di dalam wayang. Erin pula dari tadi lagi duk senyum tak habis-habis. Excited betul dia ni tapi aku suka dengan perangai dia.


Bersambung ................
Instax Polaroid Printing

Comments
9 Comments

9 ulasan:

JR berkata...

Citer Twilight...hmmm...pontianak vs serigala jadian..Nanti mungkin pengarah kita nak buat citer hantu bungkus vs kucing siam pula?

diana berkata...

ada sambungan ni..mesti telenovela seram ni..:p

ezzyra berkata...

oit cite pasal kekasih gelap...ape daa...ni msti ade nk main2 ni...haish...cpat la smbung wes...mcm mimpi je je ko ni...

O CIKTEDDY berkata...

sjak bile freaky ade kekasih gelap nih?adoi..

Freaky berkata...

jr : haha citer ape hantu bungkus vs kucing siam tu ?

diana : ade sambungan tp rasa macam malas nak taip

azi : haha saja buat imaginasi aku sendiri

cik teddy : ehem ehem saja nak berangan

Ezad Skytech berkata...

cepat la sambung cerita ni freaky...excited nak tahu ni...haha~

AnAk dEneSor berkata...

wah2 kemain lagi kekasih gelap ea..hahahha
weh kamoo kne tag tau

akoo pae berkata...

haha tak setia betul ko ni..byk aweks

Freaky berkata...

ezad : haha dah siap sambungan

anak denesor : ngeee kekasih gelap :P

akoo pae : aku setia tau :D

 
Related Posts with Thumbnails