Khamis, 2 Februari 2012

Aktiviti Bersama Kekasih Gelap 2

Lepas 2 jam menonton Twilight, akhirnya cerita itu pun tamat. Bagi aku cerita tu agak bosan sikit sebab selera aku lebih kepada action seperti Mission Impossible. Tapi sebab nak teman Erin punya pasal jadi aku layankan je la cerita tu. Si Erin pula dalam wayang tadi duk menghayati cerita tu sampaikan aku bagi minum air pun tak dilayan sebab khusyuk sangat. Lepas tu bila ada part yang sedih muka dia pun turut sedih macam nak menangis. Aku hanya tahan je nak gelak bila tengok muka sedih macam tu.

Selepas keluar daripada wayang dalam pukul 2.30 petang macam tu, aku minta izin dengan Erin nak pergi ke surau sekejap sementara dia pula pergi jalan-jalan dekat area berdekatan dalam Mall. 15 minit kemudian aku datang dekat Erin semasa dia sedang sibuk membelek tudung-tudung di sebuah gerai. Aku mengajak erin untuk makan kerana dari pagi tadi lagi aku masih tidak makan. Iye la bangun tidur tadi pukul 11 pagi nak makan ape bendanya.

Aku dan Erin menuju ke bahagian Food Court dan disana aku telah order Nasi Ayam manakala Erin pula order mihun tomyam kesukaannya. 


" Erin, lepas ni kita nak buat apa ? " Tanyaku memulakan bicara

" Entah la Fir, I pun tak tahu nak buat apa jap lagi. Nak shopping pun rasa malas " balas erin

" Aik !! sejak bila you ni jadi malas shopping ? Biasanya kalau bab shopping memang you paling laju "

" I tak tahu nak beli ape. Baju, tudung dan seluar I kat rumah pun dah banyak. Lagipun ada yang masih tak pakai kat dalam almari tu " 

*** dasyatnye perempuan. Aku punya pakaian semua dah lebih 10 kali pakai.

" Kalau macam tu lepas makan ni I ajak you pergi satu tempat nak ? "

" Tempat ape tu Fir ? best ke  tempat tu ? 

" Apa kata kalau kita pergi ke Taman Tema Sunway ? Boleh main air dan mandi manda "

" Main air ? boleh juga Fir. I pun dah lama tak pergi sana. Last pergi dengan kawan-kawan I 3 bulan lepas " Air mukanya berubah menjadi gembira

" Ok kalau macam tu lepas makan kita balik ambil pakaian untuk mandi kemudian terus pergi ke Sunway "

" Ok Fir gemok !! syoknya main air nanti "


 Kemudian aku dan Erin makan dengan perasaan gembira sambil menikmati makanan yang ada di hadapan kami. Aku berjaya habiskan nasi ayam yang dibeli tapi si Erin pula tidak habis makan mihun tomyam. Katanya mihun tomyam tu banyak sangat dan dia pun buat muka comel untuk goda aku supaya habiskan makanannya. Hisshh dah la comel lepas tu buat pula muka comel. Walaupun aku dah kenyang tapi aku makan la juga sebab dah kena goda dengan si Erin ni.

Selesai saja makan, aku dan erin terus menuju ke tempat letak kereta dan drive pulang ke rumah masing-masing untuk mengambil pakaian mandi. Mula-mula ambil pakaian di rumah aku dulu lepas tu baru la ambil pakaian di rumah erin sebab rumahnya berdekatan dengan dengan taman tema Sunway. Dalam setengah jam kemudian, aku dan Erin telah sampai di taman tema Sunway dan syukur orang tidak ramai hari tu kerana hari berkerja. Kalau musim cuti sekolah memang tempat ni agak penuh dengan manusia sampaikan nak cari parking kereta pun susah.


Lepas saja bayar tiket masuk ke taman tema, aku dan erin menuju ke bilik persalinan untuk menukar pakaian mandi. 5 minit kemudian aku keluar dengan memakai baju putih berserta seluar tiga suku. Erin masih tidak keluar daripada bilik persalinan. Perempuan memang lambat sikit walaupun tukar pakaian untuk main air. Beberapa minit kemudian baru la Erin keluar dengan memakai baju hitam berserta seluar trek. Wow !! Walaupun dalam pakaian nak main air sekalipun si Erin ni memang kelihatan sangat cantik.

Tanpa buang masa, aku dan erin terus menuju ke kawasan mandi manda dan banyak air. Kami mandi dengan gembira dan aku lihat Erin tidak ubah macam kanak-kanak bila main air. Dengan senyuman, perangai dan suara yang menampakkan sebiji macam budak-budak. Kadang-kadang tu dia lemas bila pergi ke tempat yang dalam. Dah tahu tak pandai berenang tapi pergi juga tempat macam tu. Mengada betul dia ni.

Kami main air bersama selama lebih 2 jam. Lepas puas bermain air, kami pun naik untuk basuh badan dan menukar pakaian di dalam bilik persalinan. Waktu tu memang badan sangat penat kerana aku dan erin pusing satu taman tema air dan juga bermain dengan sangat riang. Sebelum pulang ke rumah, aku dan erin sekali lagi singgah makan kerana perut sangat lapar akibat main air tadi. Semasa makan aku dan erin tidak banyak bercakap kerana masing-masing kepenatan tapi dia masih lagi boleh senyum dengan manis kepada aku. Mungkin dia sangat gembira menghabiskan masa hari ni bersama aku.

p/s : Ni semua cerita rekaan yang aku syok sendiri tak tentu pasal.

Instax Polaroid Printing

Comments
12 Comments

12 ulasan:

mas saari berkata...

laaaa...syok sendiri rupanya, ingatkan betul tadi! dah senyum2 akak baca..

deno berkata...

laa... ingatkan betul2 taadi... habis baca baru tahu... tapi boleh juga nie, buat cerpen... :)

diana berkata...

cer kamu buat cerpen 18sx..mesti mendapat sambutan..ekekekek

Freaky berkata...

mas : ha ah syok sendiri je kak :P

deno : huhu saja nak imaginasi

diana : erk cerita 18 sex ? karut betul kak ni

[sutera kasih] berkata...

laaa..cerita rupanya, ingtkan betul2 haah

emy|farid berkata...

panggg!!

patut la mcm novel je,

"ntah la fir," awwwwwwww hahaha

Ezad Skytech berkata...

haha....cerita rekaan...cehh..aq ingatkan betul2...haha~

akoo pae berkata...

hahahah smoge ko jumpe erin btul2 di alam realiti =p

Lia Irdelia berkata...

erin oh erin.. :)

Zahirah Dzulkifli berkata...

Wakakaka. Ingatkan perempuan mana entah nama Erin. Wah, advance eh sekarang. hahaha :p

Freaky berkata...

sutera kasih : ha ah imaginasi je ni :P

emy : haha mane ade novel.

ezad : kalau betul mesti bestkan ?

akoo : erk macam susah je nak jumpa betul

lia : :P

zahirah : haha advance sket je

*GreeN AppLe danny* berkata...

Awek2 add wechat sy id: DanialRenz

 
Related Posts with Thumbnails