Rabu, 30 November 2011

Selamat Pagi

Morning dan selamat pagi. Baru sekarang aku nak update blog. Ingatkan nak tulis sesuatu malam tadi tapi tiba-tiba jadi sibuk pula. Aku kalau banyak kerja memang terpaksa tinggal la tinggal blog sampai la kerja yang ada tu siap sepenuhnya baru la rasa aman nak online.

Kadang-kadang aku fikir juga nak buat draft content sikit-sikit dulu waktu tengah sibuk tapi last sekali tak terbuat juga. Nak kata idea tak ada tu tak juga sebab aku selalu je fikir pasal idea untuk update. Masa tengah mandi pun aku selalu fikir idea nak tulis pasal ape. Masa berak lagi la senang nak korek idea sebab bosan duk dalam jamban lama-lama.. Lol

Okeh pagi ni dimulakan dengan luahan perasaan aku je. Malas nak tulis panjang lagipun jap lagi ada kelas 4 jam pula. Fuuuu nasib baik habis kelas hari ni pukul 2 je. Kalau la habis pukul 5 atau 6 memang penat gile babas la jawabnya. Aku ni jenis malas sikit nak duk dalam kelas lama. Tapi kalau duk depan laptop dengan masa yang lama boleh pula. Keh keh keh

P/s : masa banyak dihabiskan dengan tidur... Zzzzz
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
~ Baca Selanjutnya ~

Selasa, 29 November 2011

Kebangsatan Peribadi

" Wei Mat, Sial lah lu ni. Gua call banyak kali bukan lu nak angkat. Lepas tu si Zul Babi pulak blah dengan awek die. "

Oh tadi aku duk baca buku kat kedai depan sana. Sory tak perasan ko call.

" Fuuuuuucccccckkkkkk !!! sejak bila lu jadi suka baca buku ni ? Seingat gua, lu pun perangai gampang macam gua gak. "

Tu pun buku pasal gadget je. Saja nak tahu gadget apa sekarang yang ada kat pasaran

" Ah lantak la buku apa pun. Gua nak pergi cari seluar jeans kat dalam. Seluar ni dah macam celaka gua tengok. Ni semua pasal si Zul Babi yang pinjam tak pandai nak jaga. "

Okey ko pergi la cari dulu.

=============================================================

Kau rasa macho ke cakap macam tu ? Macam Jahanam je aku dengar.

TITIK
~ Baca Selanjutnya ~

Pesanan Cikgu : Strategi Menjawab Soalan Peperiksaan







p/s : Lepas ni kena fokus betul-betul pada kertas soalan. LOL :D
~ Baca Selanjutnya ~

Ahad, 27 November 2011

Komen Cerita Twilight Saga Breaking Dawn






Overall aku hanya mampu bagi .....

Cerita Twilight Saga - Breaking Dawn ni memang best kerana moment yang sangat menarik adalah apabila Edward kahwin dengan Bella. Serius sangat romantik apabila permulaan cerita saja nampak babak kahwin dan mereka berdua memang nampak sangat sepadan. Of course la sepadan, tu kan Vampire couple LOL.

Jadi dalam cerita ni lepas sahaja Bella dan Edward berkawin, mereka pun pergi berbulan madu. Ehem-ehem. Pada suatu pagi, Bella rasa loya ( morning sick ) dan muntah akibat kehamilan. Cerita bertambah sedih sewaktu Bella mengandung kerana Bella kelihatan sangat sakit mengandungkan anak campuran manusia dan Vampire dalam perut dia.

Nak tahu cerita seterusnya kena la pergi tengok wayang. Kalau malas tengok wayang pergi baca buku Breaking Dawn baru la tahu macam mana sambungan cerita ni. Ok tata :)

~ Baca Selanjutnya ~

Sabtu, 26 November 2011

Semalam Mimpi Best Wooo






~ Baca Selanjutnya ~

Jumaat, 25 November 2011

Situasi Kelas Batal





~ Baca Selanjutnya ~

Naruto 564 : No One

Dah berkurun ( seminggu lebih ) aku tak baca komik Naruto dan semalam aku ada skodeng laman web manga ( komik ) untuk baca episod yang terbaru iaitu episod 564 : No One. Dalam episod ni, Naruto bertemu dengan ninja bertopeng yang dikenali sebagai Tobi @ Madara. Tapi aku sendiri berada dalam kekeliruan kerana tak tahu identiti sebenar ninja yang bertopeng tu. Demn masih lagi kabur mengenai siapakah ninja disebalik topeng tu. Mungkinkah Madara atau orang lain ?


Apa pun dalam episod ni Naruto terpaksa lawan dengan ramai musuh yang kuat pada masa yang sama demi menewaskan ninja yang bertopeng tu. Kalau tak silap aku episod 565 akan keluar pada hari ni juga tapi tak tahu la waktu mana akan publish. Mungkin malam ni kot atau boleh jadi esok atau lusa juga. Susah betul nak ikut perkembangan apabila sibuk dengan kerja lain.



~ Baca Selanjutnya ~

Modify Blog Sikit

Kalau dilihat dengan teliti tak banyak pun aku ubah penampilan blog ni melainkan hanya tukar warna background blog dan juga background untuk Title Widget. So tema biru dan purple blog ni telah bertukar menjadi putih dan juga hitam. Sekali sekala tukar warna nak supaya mood pun bertukar juga.

Sebenarnya aku malas nak tukar keseluruhan template blog sebab malas nak menghadap coding yang agak banyak tu. Biasanya kalau nak edit template, aku akan ambil masa selama 1 malam untuk siapkan bermula pukul 12 tengah malam sampai la 5 pagi baru puas hati. Itu pun kalau puas hati. Kalau tak puas hati aku sambung terus sampai la lepas subuh dan sampai pagi. He he tapi tak pernah la sampai pagi atau lepas subuh tu.


Fuhh 5 jam aku ambil masa kalau nak tukar dan edit template. Sebab tu aku malas nak tukar keseluruhan blog ni. Ubah sikit je kasi nampak ada perbezaan sikit dengan yang lama kerana yang lama tu aku sendiri yang tengok pun dah nampak bosan gila babas sampai rasa nak muntah. Nasib baik aku sempat edit dulu sebelum muntah tengok rupa blog yang lama. Well kali ni tema keputihan bersesuaian dengan konsep baru blogging aku iaitu BERSIH... Apa tu Bersih pun aku sendiri tak tahu. Lantak la zzzzzz

p/s : Hari ni kelas semua batal... yahuuu jom tidur sampai tengah hari :)

~ Baca Selanjutnya ~

Just a Simple Update


Seharian hari ni aku menggunakan BlackBerry ( BB ) yang baru dapat semalam dan rasa sangat puas hati dengan aplikasi serta servis yang ada pada telefon ni :)

Lepas je dinner tadi, kawan aku ada tunjuk aplikasi BlackBerry Message ( bbm ) yang baru macam walkie talkie. Kiranya kalau nak sembang macam menggunakan walkie talkie tu hanya perlu upgrade ke version 6.0 dan kemudian ada aplikasi yang perlu di install.

Nampak macam menarik pula seperti aplikasi Push To Talk yang ada pada telefon Nokia. Apa pun setakat ni memang puas hati dengan telefon ni. Ehem pemberian orang mesti la rasa best je bila guna :D

p/s : awal bulan december baru nak subscribe internet :D

~ Baca Selanjutnya ~

Khamis, 24 November 2011

Selmat pagi selamat tengah hari

Selamat pagi dan selamat tengh hari. ALhamdulillah cuaca di perlis hari ni baik saja. Kalau la semalam hujan tanpa henti, memang sah negeri perlis ni akan banjir terutama sekali dekat area arau dan juga kangar. Aku pula duk kat area kuaa perlis dan setakat ni takde air naik tinggi lagi.

Pagi tadi angin kuat gila babas masa bngun tidur. Bila masuk bilik mandi dan kena air sikit, habis 1 badan menggeletar kesejukan. aku jadi terfikir 2 / 3 kli sama ada nak mandi atau x. Last sekali aku mandi gak... Pergh rasa macam mandi dengan air batu je. Memang sejuk gila.

Sekarang pun masih rasa sejuk kat luar walaupun matahari sedang terik memancar. Kn bagus kalau begini, matahari terik tapi masih rasa sejuk dan dingin apabila angin menyapa badan. Ops sepanjang post ni aku hnya sembang pasal cuaca je. He he biasala orang tengh kering idea tapi nk juga menaip dan update blog. Okeh nk buat lab dulu. Tata

Sent using a Nokia mobile phone

~ Baca Selanjutnya ~

Rabu, 23 November 2011

Aku Dapat BlackBerry Curve 8520

Menangis ? Menjerit ? Meraung ? Semua ada pada petang tadi. Sebenarnya aku cuma sangat terharu ditambah dengan gembira kerana mendapat telefon BlackBerry Curve 8520... Aku DAPAT .. bukan BELI tau... he he Sebenarnya aku dapat BlackBerry ni pun kerana telah bantu seseorang menyiapkan website company. Website apa tu tak payah la aku nak share kat sini kerana tu adalah bussiness website.

Apa pun aku hanya mampu ucapkan terima kasih banyak-banyak diatas pemberian Telefon BlackBerry ni. Kalau nak tunggu beli henfon ni dengan duit sendiri memang tak mampu la jawabnya. Wuuu rasa nak menangis dan sangat terharu apabila menerima telefon ni tadi. Tak tergambar dengan kata-kata untuk tunjukkan betapa gembiranya dapat menerima pemberian ni.. Terima Kasih sekali lagi :)






 
~ Baca Selanjutnya ~

Angin kuat sangat menyeramkan

Agak-agak bila la muka ku akan jadi x bulat

Selamat pagi and good morning. Cuaca pagi kat perlis sangat sejuk gila babas sampai aku nk mandi pun fikir2 /3 kali. Semenjak dua menjak ni perlis jadi berangin dan angin yng datang tu sangat sejuk. Tapi best la jugak sebab selalunya asyik panas je dan sekarang dah jadi sejuk.

Cakap pasal angin kuat pernah 1 malam tu aku terjaga daripada tidur. Bila terjaga je aku dengar sesuatu yang kuat dan menyeramkan kat luar. Lepas tu pintu almari pakaian aku jadi bergoyang buka tutup. Ngeeee aku pun terus je tarik selimut tutup muka. Kuat gila angin mlam tu sampai bunyi pun dah menakutkan.

Pagi ni kelas aku hamya ada 4 jm je bermula pukul 10 sampai la pukul 2 petang nanti. Nasib baik 4 jam je, kalau 6 jam memang aku dah lembik. Ok la nk siap untuk pergi kelas dulu. Tata

Sent using a Nokia mobile phone

~ Baca Selanjutnya ~

Selasa, 22 November 2011

UniMAP Blogger United Gathering 2011

Blogger Universiti Malaysia Perlis akan mengadakan gathering pada 4 Desember ni bertempat di KFC, Kangar.(Berhampiran The Store). Kalau tak silap aku ni adalah first gathering yang akan oleh blogger UniMAP dan aku juga dengan yakinnya telah memilih untuk hadir pada gathering tersebut. At least dapat la juga kenal muka-muka blogger yang sama universiti. Bila dah kenal nanti boleh la usha mana-mana awek blogger yang cun. Wuahahahahaha

Kalau Kekasih aku baca ni mesti mengamuk gila dia nanti. He he bergurau je. Memandangkan ni adalah first gathering, jadi aktiviti pun sekadar untuk berkenalan dan ada juga beberapa lagi aktiviti yang mereka anjurkan. Aku tak berapa tahu sangat sebab aku hanya nak datang, makan-makan dan jumpa dengan blogger je. Apa pun 4 Disember dah tak lama dan ini juga kali pertama aku join gathering blogger. :)

Tempat : KFC, Kangar.(Berhampiran The Store)
Tarikh : 4 Disember 2011
Masa : 12.00pm - 3.00pm
Transportation : Bas unimap yang sedia ada gunakan sebaiknya..=)

~ Baca Selanjutnya ~

Jom jogging

Petang ni ada kawan aku joging dan dengan lajunya aku setuju. Dah lebih seminggu tak joging, badan pun dah rasa lembik semacam je dan rasa tak bertenaga. Sebenarnya mudah je kalau nk kasi tenaga, minum je tongkat ali atau kacip fatimah. Lepas tu dapat la tenaga yang bnyk dan kuat. Huhu

Apa yang menarik pasal jog kat perlis ni adalah dapat tengok pemandangan hijau yang cantik dan damai. Tu yang syoknya klau jalan atau ronda area perlis.

P/s : cantik kan pemandangan hijau ?
Sent using a Nokia mobile phone

~ Baca Selanjutnya ~

Labtest dah habis

Labtest dah habis tadi dan syukur la dapat buat juga beberapa soalan yang agak pecah kepala. Seperti yang dijangka, topik perbualan hari ni banyak pasal kemenangan harimau muda. Ada yang duk ulas mengenai peristiwa kemenangan semalam dan ada juga yng meluahkan rasa tidak puas hati.

Aku pula tak cakap apa sebab tak tengok perlawanan semalam duk sibuk dengan coding selama 3 jam. Looser gila aku kan ? Orang lain semua keluar tengok bola semalm tapi aku sibuk dengan coding program. Tapi takpe kerana aku memang pelik sikit dan kurang social life.

P/s : lab lagi petang ni... Aduyaiii
Sent using a Nokia mobile phone

~ Baca Selanjutnya ~

Simptom Kemurungan - Aku Murung Ke ?


Aku mengalami masalah murung ? Mungkin ya dan mungkin juga tidak. Tapi kalau tengok kat gambar diatas, banyak juga simptom yang aku tengah alami sekarang ni. Majoriti semua ada pada aku KECUALI :

- Penurunan berat badan ( badan makin naik =_= )
- Menganggap mati lebih baik daripada hidup

Sekarang dah jelas aku berada dalam kemurungan. Sebab apa murung aku sendiri tak tahu kenapa. Mungkin terlalu penat kot ataupun dah serabut sangat kepala otak ni dengan benda yang aku tak suka.

p/s : Doakan aku dapat buat lab test pukul 12 tengah hari ni. Aminnnn :)
~ Baca Selanjutnya ~

Isnin, 21 November 2011

Bulat Circle Bulat

Badan bulat, muka bulat, perut bulat, apa lagi yang bulat ? Haih tiba-tiba je aku teringin nak jadi kurus balik seperti 2 atau 3 tahun yang lepas tapi ia bukan sesuatu yang mudah untuk dicapai. Apa yang istimewa sangat jadi kurus ni sampai aku nak sangat kembali kurus ? Kalau kurus boleh makan banyak sikit biar jadi gemuk balik. Ha ha gurau je. Kalau kurus rasa bahagia sikit sebab badan selesa dan rasa ringan.

Lagipun kurus dapat buatkan penampilan aku lebih berkeyakinan. Sekarang agak bulat dan nak pakai sesuatu yang agak WoW pun aku rasa segan. Ye la orang lain pakai baju nampak ketul-ketul keras. Kita yang bulat pakai baju nampak ketul-ketul lembut. Sekarang mungkin ni rupa aku :


Nampak bulat sikit di muka. Jika 3 tahun akan datang mungkin akan jadi macam kat bawah pula :






Huuuu Maaakkk Aaaiiiii bulat gila kalau rupa aku jadi macam ni.. nampak huduh gila habaq hang kalau aku jadi macam ni :P

Ni semua akibat daripada makan ikut nafsu. Tapi takde la nafsu sangat kerana aku makan pun bukan banyak kali. Sekadar 2 kali sehari je. Lepas tu sekali makan bukan banyak pun. Separuh pinggan nasi je untuk lunch. Tu pun masih jadi bulat sampai tak hilang pun bulat tu. Demn !!!


Takkan la nak salahkan steamboat kat atas pulak. Aku makan steamboat pun 2 minggu sekali je. Kadang-kadang tu ada la juga seminggu sekali tapi takkan la makan seminggu sekali pun boleh buatkan aku jadi bulat ? Gggrrr rasa sedap pulak bila tengok gambar steamboat kat atas ni..

p/s : Bila la nak jadi kurus balik
~ Baca Selanjutnya ~

Mampus Dah Blog Aku

Memandangkan dah agak lama aku tak update blog Oh Bola, jadi tengah hari tadi aku ada la cuba buka untuk tengok sama ada blog masih ok atau tidak ok. Ye la dah hampir seminggu tak update, mana la tahu terus jem atau down atau boleh jadi juga kena hack. Tapi bila aku masuk ke laman utama, yang keluar hanya notis ni :

Aisehmen apa kes pulak database error ni ? Lepas tu aku cepat-cepat login emel tadi untuk cuba hantar pertanyaan kepada pihak Hosting mengenai masalah yang timbul ni. Bila dah login, Emel, nampak ada 1 emel yang masuk ke inbox dan ianya daripada pihak Hosting. Kat bawah ni ada emel yang mereka bagi kat aku :

Kepada Pelanggan NetKL yg Dihormati,
Salah satu server shared hosting kami telah jadi tidak stabil sejak kebelakangan ini, disebabkan oleh abuse oleh segelintir klien, yang menyebabkan server gagal berfungsi dengan baik.
Untuk mengatasi masalah ini dengan segera, kami telah membuat keputusan utk menutup terus server tersebut, dan memindahkan akaun2 klien yg terjejas ke dalam server baru.
Perpindahan sedang dilakukan sekarang.
Kami jangkakan kesemua akaun klien yg terjejas akan siap dipindahkan ke server baru selewat-lewatnya pada pukul 8 pagi esok, 21/11/2011.
Maaf di atas kesulitan. Terima kasih di atas kesabaran & kerjasama anda.
Regards,
NetKL Network
www.netkl.com

patut la blog aku tiba-tiba jadi database error, rupanya ada masalah server. Haihh harap-harap la lepas ni tak jadi macam ni lagi. Tapi aku tak kisah sangat pun kerana blog tu macam tengah mati. Memang sah aku langsung tak pandai hendel blog pasal Bola.


~ Baca Selanjutnya ~

Maaf Blog

Beberapa ni hari ni jadual sangat sibuk. Eh salah !! minggu lepas aku yang sangat sibuk kerana banyak benda yang kena buat termasuk la kena hadir kelas dan juga beberapa lagi aktiviti yang boleh buatkan aku rasa sangat mengantuk dan rasa mahu tidur. Blog ? alamak sampai lupa nak tengok dan update blog minggu ni. Aku ni jenis yang Fail sikit nak urus masa sebab tu sibuk je memanjang.

Semalam aku telah selesai mengikuti Kursus Aplikasi Android anjuran UniMAP yang diadakan selama 2 hari. Walaupun hanya 2 hari tapi banyak juga pengetahuan dan ilmu yang dapat aku tambah terutama sekali mengenai cara-cara membuat aplikasi untuk digunakan oleh Android. Memandangkan Android tengah naik dengan gila mencanak sekarang ni, memang rasa berbaloi juga mengikuti kursus yang dianjurkan ni walaupun aku kurang rehat.


 Kursus Android dah selesai, kerja pun banyak dah selesai dan mungkin minggu ni ada kelapangan sikit untuk aku study dan juga update blog. Sekarang ni kekeringan idea sering je menyerang otak aku ni membuatkan sampai aku tak ada mood nak update dan tengok blog. Okeh tu je setakat ni, lagipun beberapa minit lagi aku ada kelas. Cau Cin Cau

p/s : Punya la panjang taip sampai lupa nak ucap Selamat Pagi :D

~ Baca Selanjutnya ~

Sabtu, 19 November 2011

Kursus Aplikasi Android - UniMAP

Pagi ni sampai la ke petang aku ada join Kursus Aplikasi Android. Saja masuk nak tambah ilmu sikit memandangkan Android sedang naik dengan rancaknya di pasaran dunia. Kalau tak silap, Kursus ni dianjurkan oleh Universiti Malaysia Perlis tapi dibuat secara terbuka. Maksudnya orang luar yang bukan pelajar UniMAP pun boleh menyertai kursus ni.

Cakap pasal kursus, aku lupa pula nak bawa kamera untuk upload gambar. Gggrrr asyik lupa je bila ada event penting dan menarik untuk dikongsi kat dalam blog ni. Ok la program untuk pagi ni pun dah nak mula. Aku pun bersemangat nak tambah ilmu pasal android ni walaupun tak berapa minat sangat nak pakai android sebagai kegunaan harian.
~ Baca Selanjutnya ~

Jumaat, 18 November 2011

Demam Korea Versi Lambat

Beberapa minggu lepas aku kena gelak kaw-kaw dengan roomate sebab secara tiba-tiba je aku layan korea. keh keh masak betul bila kena gelak pasal layan korea. Dulu aku yang gelak kat kawan yang layan korea, sekarang dengan aku sekali kena gelak jugak. Demn !! padan muka aku.

Tapi aku takde la sampai jadi macam die hard fans untuk korea ni. Movie korea semua tak layan pun dan hanya layan show Running Man je. Lagu-lagu korea pula aku layan lepas dengar lagu yang ada dalam kereta kekasih dan termasuk juga beberapa sound track daripada Running Man yang best.


p/s : Ni la akibatnya bila selalu gelak kat orang. Sekarang aku kena gelak pula. LOL

~ Baca Selanjutnya ~

Rabu, 16 November 2011

Cara Betul Penjagaan Bayi ( Banyak Gambar )

Masa web walking tadi aku ada jumpa sesuatu yang menarik mengenai cara yang betul untuk menjaga bayi. Tapi bila lihat dengan teliti ada rasa lawak juga kerana perkara yang tidak sepatutnya dilakukan oleh ibu bapa ada juga yang buat tanpa rasa risau. Apa pun ni mungkin berguna bagi bakal ibu atau bapa yang bakal menimang cahaya mata dalam masa akan datang ( termasuk aku :P )


~ Baca Selanjutnya ~

Beza update guna fon dan laptop

Kelas dan kelas dan kelas. Sementara tunggu lecture masuk kelas, update blog sekejap sebab aku pun tengah boring gak ni. Cakap pasal update blog, idea aku sentiasa berlainan pabila menaip menggunakan henfon dan juga laptop.

Kalau guna laptop, idea yang datang dan masuk dalam kepala otak aku lebih berbentuk umum seperti pendapat. Biasanya kalau nak goreng ayat atau nk merapu, memang best update guna laptop sebab lebih selesa. Lagipun kaau guna laptop boleh edit posisi gambar nk letk kat tengah atau tepi.

Kalau update ikut henfon pula memang mudah kerana bila-bila masa dan dimana je boleh update. Tapi kalau guna telefon, idea yang masuk dalam otak aku ni jenis yang peribadi macam diari duk cerita sekrang buat apa, makan apa dan dengan siapa. Aku pun bosan jugak nak tulis macam diari tapi idea susah nak datang bila menaip menggunakan telefon. Tak tahu la macam mana nk hndle masalah macam ni.

P/s : alamak lecture dah masuk. Tata... Hehe
Sent using a Nokia mobile phone

~ Baca Selanjutnya ~

Cloud Manga - Permulaan Yang Menarik

Siapa yang suka baca komik Isnin Berdarah ( Bloody Monday ) pasti rasa sangat terhibur tapi bila tengok cerita yang dibuat rasa sangat kecewa pula kerana plot dalam movie tidak sama seperti yang dalam komik. Aku pun tak tahu kenapa orang jepun tak ikut plot dalam komik 100% apabila mereka bikin movie yang diambil daripada komik tersebut.


Ok lupakan sekejap pasal Bloody Monday tu kerana tadi pun aku ada terbaca 1 manga yang bertajuk CLOUD atau dalam nama jepunnya adalah KURAUDO. Apa yang menariknya pasal komik ni adalah ia pasal seorang penggodam ( hacker ) yang cuba untuk membentuk kingdom sendiri.

The Tokyo Metro central computer has been cracked! Out of the chaos of wild passengers and a frantic transport ministry, Cloud's story begins. A child prodigy who has grown up into a black hat hacker strives to fulfil his impossible dream of making a kingdom on top of the clouds! But how will he do this and what will the government and police even allow him to try?


Sinopsis pun dah nampak macam sangat menarik dan aku rasa manga ni boleh lawan Bloody Monday. Walaupun baru sahaja keluarkan 1 episod, korang boleh baca episod yang pertama ni kat bawah ni :

 Kuraudo ( Cloud ) Episod 1


 p/s : Credit to eins.my
 
~ Baca Selanjutnya ~

Ahad, 13 November 2011

Sikit-sikit nak FUCK

Semalam aku naik bas ekspres Shamisha Holiday untuk balik ke perlis. Bila dah naik bas dan jumpa seat, aku pun duduk dengan riang sambil pndang ke luar tingkap. Dalam seminit kemudian, aku dengar satu suara yng sedang sumpah seranah disebelah seat yang aku sedang duduk :

Pemuda : fuck gila bas ni duduk pun tak ikut seat.

Pemuda : fuck la. Memang ni kali terakhir I naik bas ni

Pemuda : lepas ni I takkan naik lagi bas ni. Fuck gila

Aku yang ada kat seat sebelah mamat tu memang rasa sangat annoy dengar perbualan mamat tu. Yang tak leh blahnya dia sedang bergayut dengan awek. Kalau aku jadi awek mmat ni, memang dah lama aku break sebab langsung tak gentleman cakap fuck dengan selamba dalam telefon.

Kalau korang perasan, lelaki sekarang memang suka guna perkataan fuck untuk gambarkan rasa tidak puas hati mereka. Kiranya kalau sebut fuck ni, mereka rasa sangat hebat la kononnya. Ptuuiihhh hebat la sangat. Nak terberak aku dengar perkataan fuck tu banyak kali.

Punya la banyak bahasa sumpah seranah dalam bahasa melayu tapi perkataan fuck juga yang dipilih. Haih looser gila babas golongan lelaki ni hanya tahu sebut perkataan fuck je. Sikit-sikit nak sebut :

Fuck susah gila game ni

Fuck gila awek ni sombong nak mampus

Memang fuck ah team aku kalah semalam

Kalau nak contoh yang lebih bnyak, korang dengar je apa yang budak lelaki duk sembang. Nanti semua jenis ayat yang ada fuck korang boleh dengar. And and and kepada girls diluar sana, here are some tips for you. Kalau korang selalu dengar bf atau mana-mana lelaki yang suka sebut fuck, itu menandakan lelaki macam tu seorang pemarah dan cepat naik angin.

P/s : sArcasm and trolling deactivated :)

Sent using a Nokia mobile phone

~ Baca Selanjutnya ~

Selamat pagi perlis tercinta

Selamat pagi and good morning. Pertama sekali aku ingin mengucapkan alhamdulillah kerana telah selamat sampai ke perlis atau dengan lebih tepatnya adalah universiti malaysia perlis.

Bila dah sampai kat kolej kediaman mula la perut aku berbunyi menandakan ia sedang lapar. Tapi dalam masa yang sama aku juga rasa sangat mengantuk. Dalam bas tadi pun tak boleh tidur nyenyak kerana aku nampak bas tu dibawa dengan kelajuan yang amat dasyat sampaikan rasa akut nk tidur dengan lena.

Memandangkan sekarang dah ada kat bilik dan ditambah dengan katil yang lembut dan juga mata yang sedang mengantuk, aku rasa nk lena sekejap. Mungkin tengah hari baru bangun untuk basuh baju yang dah satu baldi duk bertimbun.
Sent using a Nokia mobile phone

~ Baca Selanjutnya ~

Sabtu, 12 November 2011

Sebenarnya aku masih budak sekolah

Cuti pertengahan semester dah hampir sampai ke penghujung dan malam ni dalam pukul 11 aku akan naik bas untuk balik ke Universiti Malaysia Perlis. Walaupun cuti hanya seminggu, aku tak tahu kenapa cuti kali ni terasa agak lama. Nak kata jadual cuti dipenuhi dengan aktiviti yang menarik nampak sangat menipunya.

Ok kembali pada tajuk kat atas, tadi aku pergi ke kedai gunting rambut dengan memakai baju sukan sekolah menegah . Setelah hampir sejam menunu giliran, tiba-tiba ada seorang remaja kat belakang aku cakap :

Remaja : ni bg kat budak sekolah dulu. (sambil tujukan jari kearah aku)

Hehe walaupun aku pakai baju sukan sekolah. Tak sangka juga ada orang yang masih nampak aku macam budak sekolah. Lagipun remaja yang panggil aku budak sekolzh tu pun nmpak macam pelajar tingkatan 4 atau 5. Haih tibe2 rasa sangat muda pula bila ada orang anggap aku macam budak sekolah. Lol

Sent using a Nokia mobile phone

~ Baca Selanjutnya ~

Jumaat, 11 November 2011

Bestnya Jadi Kaki Game

Sebenarnya aku tak tahu nak tulis pasal apa pada malam ni kerana kekeringan idea sejak petang tadi lagi. Lepas solat isyak tadi aku layan Running Man sekejap dan mereka ada sebut pasal Game. Secara tiba-tiba aku pun boleh terfikir mengenai game komputer, kawan-kawan aku yang layan game, dan kegilaan remaja terhadap game. Zuuupp !!! semua masuk dalam kepala otak aku dengan serentak.

Cakap pasal game malam ni, aku masih ingat sewaktu aku mula-mula serius dengan game adalah apabila ternampak Playstation 1 dan Playstation 2 yang kawan aku ada. Kawan aku ni kaki gaming dan boleh kata tiap kali aku datang rumah dia je mesti dia tengah duk main dengan adik beradik dan kawan-kawan dia. Game pertama yang aku suka main pada masa tu adalah Gran Turismo iaitu game lumba kereta yang agak susah gila babas kerana kawalan streering berat nak mampus.


Masa tu aku dan kawan selalu pergi ke bandar untuk beli cd game yang baru kerana dah ketagih sangat duk main game. Pernah 1 hari tu kawan aku beli sampai 10 cd game sekaligus untuk dia layan. Gila betul beli 10 cd game kemudian balik saja daripada bandar, dia terus ajak aku cuba main semua game yang dibeli tadi. Aku macam biasa la bila kawan dah ajak main game takkan nak tolak pula kan ? Last sekali dengan aku sekali layan sampai 10 game tapi kami main secara bergilir-gilir.

Bila dah semakin besar dan dewasa, aku dah jarang jumpa kawan-kawan yang main game melalui Xbox atau pun Playstation. Kebanyakkannya dah mula main game melalui komputer atau laptop. Kalau cakap pasal game komputer, sudah tentu la yang paling terkenal sekali adalah World Of Warcraft. Aku start main dan kenal game ni pun masa zaman matrikulasi dan sampai sekarang masih ramai kawan-kawan aku yang main game ni.


Ok habis cakap pasal game, sekarang aku nak tulis pasal kaki game pulak. Walaupun sekarang ni aku bukan jenis remaja yang layan game tapi melihat orang main game sangat menyeronokkan kerana dapat tengok pelbagai reaksi dan tindak balas apabila mereka layan game. Biasanya kaki game ni mereka akan fokus gila babas sewaktu bermain game sampaikan air muka pun nampak ketat je akibat terlalu khusyuk dan fokus.

Yang lagi lawak adalah apabila kalah semasa main game. Ada yang menjerit dan memekik akibat tension kalah. Ada juga yang bermuka blurr kerana terpegun dengan kehebatan pihak lawan yang menewaskan diri mereka dan yang tak leh blah sekali adalah mereka siap bincang bagai nak rak umpama bincang strategi nak pergi berperang.






and and and yang paling aku jeles sekali mengenai kaki game ni adalah mereka susah untuk merasa bosan kerana mereka sentiasa ada hiburan untuk dilayan ketika berada dalam keadaan boring. Walaupun game yang dimainkan itu sukar atau sering kali tewas tapi seorang gamer yang sejati tidak cepat berputus asa dan mereka sering bermain game dalam keadaan yang gembira.

Sekarang ni aku dah tak layan game kerana tiada minat untuk main game. Kalau main pun sekadar game flash yang cikai dan bodoh camtu je. Takde nak main yang otai macam perang dan strategi susah yang melampau tu Tapi keseronokan untuk lihat orang main game tu masih ada.
~ Baca Selanjutnya ~