Jumaat, 11 November 2011

Widget Tu Sesuai Ke Untuk Blog

Biasanya selepas kita mendaftar di laman web yang menyediakan servis ping blog seperti Busuk dan Apesal, kita perlu memasang widget yang disediakan oleh pihak mereka baru la trafik mengalir masuk ke blog. Widget tersebut pula memaparkan post yang random daripada blog lain serta ada diselitkan juga gambar dalam widget tersebut.

Disebabkan widget tersebut memaparkan post yang random daripada blog lain, maka semua jenis kategori post dapat dilihat pada suatu masa daripada kategori personal hingga la berita dan boleh jadi juga post yang agak lucah sedikit.

Semalam aku ada masuk ke blog agama dan baca sikit mengenai perkongsian ilmu agama yang ditulis oleh blogger tu. Dalam blog dia, ada dipasangkan widget daripada Apesal.com dan salah satu random post yang keluar tu adalah seperti dalam gambar di bawah :


Jadi apabila blog agama tiba-tiba ada muncul random post dengan bergambarkan perempuan seksi terdedah macam tu, aku rasa agak pelik pula bila melihatnya. Memang tak dinafikan post yang dipaparkan oleh widget itu sangat random / Shuffle dan hanya mengikut sistem tapi walau macam mana sekalipun aku tetap rasa sangat tak suka apabila melihat situasi ni.

Aku dulu pun pernah juga pasang widget seperti ni kat blog Firdaus Life tapi lepas beberapa kali muncul tajuk post dan gambar yang agak lucah tu terus aku buang widget tu daripada blog. Tak nak aku tengok post yang bertajuk dan bergambar macam tu duk terpampang dalam blog ni walaupun dia muncul 1 kali setiap 1000 view.

Aku tak condemn pun widget ni kerana memang aku tahu ia keluar secara rawak. Lagipun ni hanya la pendapat aku sahaja dan luahan idea setelah ternampak gambar diatas yang agak seksi terpampang di blog yang membincangkan isu agama semalam.

Comments
13 Comments

13 ulasan:

pengemis Cinta~ berkata...

pc setuju dengan firdaus!!sangat tidak sesuai..;(sedih.

aimie amalina berkata...

betol!
sebena tak semena2 mencacatkan imej belog jugak kan..

walau pun bende tu secebis skit je dengan belog kite

Ahmad Haziq Azlan berkata...

macam gambar zombie pon ada

mas saari berkata...

setuju sangat!
kalau macam ni baik tak payah pasang..

A y e s h a Ramlee berkata...

lama tak masuk sini.

betul gak, sekali pandang da lain, pandang 2 3 kali... uik... bek buang aje...

GaRy™ berkata...

aq tak pernah terpikir nak letak benda ni... =)

sergeant keroro berkata...

aku pasang jek. sebab sepatutnya pihak apesal dah tapis thumbnail yang xelok.

aku sendiri pernah diblock entri dari dipos sebab gambar macam gampang.

sue perbs.. berkata...

tk pah psang widget tu

Cik Kasih berkata...

hmm..nsib cik x psang..hihi
isk3..x patot

Freaky berkata...

depend la. ada yang rasa banyak manfaat daripada keburukan boleh je nak guna. lagipun bukan tiap masa ada keluar post macam tu. hehe

rafiq berkata...

kurang pahala siapa yang tertengok..huhu

Ini Kisah Tia berkata...

sebab tu Tia memilih .. dan sepatutnya , admin kepada website tu harus alert pasal hal ni ..

azri johan berkata...

gadjet yang membunuh

 
Related Posts with Thumbnails