Selasa, 1 November 2011

Kutipan Zakat Perniagaan di Wilayah Persekutuan Naik 66 Peratus

Kutipan zakat perniagaan daripada kira-kira 1,000 syarikat korporat yang beroperasi di Wilayah Persekutuan (WP) Kuala Lumpur berjumlah RM44 juta bagi tempoh Januari hingga September tahun ini.


Penolong Pengurus Operasi Pusat Pungutan Zakat (PPZ) Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) Mohamed Hassan berkata jumlah itu menunjukkan peningkatan sebanyak 66 peratus berbanding RM27 juta pada tempoh yang sama tahun lepas.


Beliau berkata kutipan zakat keseluruhan untuk tempoh sepuluh bulan pertama tahun ini pula berjumlah RM258 juta, iaitu meningkat sebanyak 17 peratus.  Ini katanya, menunjukkan peningkatan memberangsangkan berbanding RM221 juta bagi tempoh yang sama tahun lepas.

"Kita juga mengunjurkan kira-kira 40 peratus lagi jumlah zakat (keseluruhan) akan dikutip pada bulan Disember nanti," katanya kepada Bernama pada program PPZ Bersama Syarikat Korporat di surau Menara Berkembar Petronas di sini hari ini.



Beliau berkata peningkatan jumlah kutipan zakat, sama ada daripada individu dan syarikat-syarikat korporat saban tahun menunjukkan kesedaran warga Muslim menjalankan tanggungjawab mereka untuk menunaikan zakat.

Harian Metro <<<

Alhamdulillah kutipan zakat dah meningkat dan ini menunjukkan bahawa meningkatnya juga kesedaran umat islam untuk membayar zakat. Memandangkan kutipan meningkat, semoga orang yang dapat bantuan zakat juga bertambah ringan beban yang ditanggung.

Comments
4 Comments

4 ulasan:

Ezzaty Hanan berkata...

alhamdulillah..

SoLy SoLicious berkata...

bgus .. mningkt

Zul Fattah berkata...

Alhamdulillah.. bagus, lpas ni dapat lah rakyat merasa zakat ni

mas saari berkata...

alhamdulillah... makin terbelalah nasib orang2 yang susah!

 
Related Posts with Thumbnails