Khamis, 10 November 2011

Kelaparan Membantutkan Percambahan Idea

Sebenarnya aku tengah lapar gila babas sebab tu tiba-tiba tajuk post ni berkaitan dengan kelaparan. Tapi takpe la lapar sekalipun kerana aku tengah ada idea untuk menaip kosong atau bersembang dalam blog ni. Daripada lapar dan tak buat apa, lebih baik aku update blog untuk lepaskan gian dan ghairah yang melanda diri ni.

Berdasarkan tajuk yang terdapat diatas ( ayat skema gila ), betul ke apabila kita menjadi lapar, otak menjadi sangat malas berfikir dan menyebabkan idea tu susah untuk datang ? Jadi kalau nak idea datang dengan cepat dan bernas, maka kena la kasi perut ini kenyang dan perlu memastikan keadaan diri sentiasa dalam keadaan kenyang ?

Jap !! perenggan kat atas ni soalan aku macam tak nampak bentuk soalan pun.



Apa yang jelas, bukan semua orang akan terbantut idea apabil berada dalam kelaparan. Ada juga yang menjadi semakin bernas dan dapat mengeluarkan idea yang banyak apabila mereka berada dalam keadaan lapar kerana keadaan lapar ni sebenarnya boleh memaksa atau " Push " kemampuan otak untuk berfikir dengan lebih baik.

Even aku sendiri pun biasanya boleh berfikir dengan baik apabila berada dalam keadaan lapar. Kalau berada dalam kekenyangan, memang susah la nak fikir dengan baik kerana rasa sangat mengantuk dan kepala otak pun hanya asyik fikir mengenai katil yang indah lagi lembut untuk tidur. Haaa heaven gila kalau dapat tidur waktu perut tengah kenyang.

Tapi buat masa ni memang aku sangat lapar kerana masih tidak makan dari waktu pagi lagi. Sekarang dah petang dan nak masuk pukul 5 pun. Segala nasi, makanan ringan dan apa jenis makanan sekalipun aku tak makan lagi. Hanya milo ais sahaja yang menjadi pemberi tenaga untuk aku terus menaip kat sini.

Bukan tak nak beli nasi tapi banyak kedai kat rumah aku tutup pula hari ni sewaktu aku pergi cari tadi. Kedai yang buka pula lauknya tidak sedap ( high demand ) jadi aku pun malas la nak beli lauk yang tidak sedap kerana boleh bikin spoil mood nak makan. Tapi orang selalu kata apabila sudah lapar, makanan yang tak sedap pun akan jadi sedap.

p/s : laparnyeee.. tapi milo ais sedap juga.
Comments
5 Comments

5 ulasan:

Ezad Skytech berkata...

aq rasa la..bila lapar lagi mudah nak paksa otak ni bekerja..bila kenyang..satu je..mengantuk...haha...

bila lapar ni..makan je pape...yang tak sedap pun boleh jadi sedap...huhu~

diana berkata...

kalau akak pulak bila lapar lagi ligat otak ni berjalan..heheheh..
ada je nak buat itu ini.

sergeant keroro berkata...

tengok keadaan la, haha

aimie amalina berkata...

ayooo
kenapa yg tidak mahu ligat mncri makan
heeee

makin lapo makin mengganas
kekeke

kiz berkata...

oh bola..eh silap..oh laparnya

 
Related Posts with Thumbnails