Rabu, 9 November 2011

Give Up Blogging - Aku Pernah Alami

Beberapa hari ni aku asyik tengok running man tanpa henti seolah-olah dah sangat ketagih dan langsung tak layan movie lain. Dalam banyak-banyak adengan show yang ditayangkan, aku lebih berminat dan gembira untuk melihat pasangan bahagia iaitu Ji Hyo dan Kang Gary. Haaiihhh nampak sweet je mereka berdua ni apabila bersama dalam rancangan Running Man.

Comelnyee ji hyo :D

ok habis introduction merapu untuk malam ni. Kembali kepada tajuk diatas atau dengan lebih jelas lagi mahu aku tekankan mengenai berputus asa dalam blog. Oh Demn !!! putus asa dalam blog. Memang kalau boleh aku taknak ada pun perasaan macam ni walaupun sedikit sepanjang aku ada blog kerana ia adalah suatu perasaan yang amat menyeksakan jiwa dan raga.

Memang banyak faktor yang boleh menyebabkan ramai blogger berputus asa dalam blogging ni tapi aku tak nak la bincang semuanya sekali dalam 1 post. Aku hanya nak tumpu kepada perkongsian cerita yang pernah aku alami apabila tiba-tiba je rasa nak putus asa dalam blog.


Blog Firdaus Life bakal didelete ?


Aku pernah mengalami rasa putus asa dalam blogging dan hampir-hampir nak padamkan serta abaikan blog. Tapi bukannya blog Firdaus Life ini yang aku putus asa. Sebaliknya aku putus asa pada blog nombor 2 iaitu Oh Bola.

Mulanya tujuan asal blog Oh Bola yang aku angkat tu adalah sebagai nak mencuba sesuatu yang baru dalam blogging. Maksud aku nak cuba tulis sesuatu yang berlainan dengan kategori personal blog. Mulanya agak susah juga untuk menulis pasal sukan bola sepak dan laporan semasa kerana aku tak pernah menulis berdasarkan skop seperti tu.

Semakin lama, aku dah biasa dengan penulisan di blog Oh Bola tu tapi yang jadi masalahnya pula adalah jumlah pelawat yang masuk ke dalam blog sangat la mengecewakan. Nak kata tak main teknik SEO, banyak cara dan banyak kali aku cuba tapi keputusannya tetap gagal membawa jumlah pelawat yang ramai.

Dalam minggu lepas aku bercadang untuk biarkan blog Oh Bola itu tidak berupdate dan kalau boleh mahu delete terus blog tu.


Kemudian beberapa hari yang lepas aku ada terbaca 1 post di blog Umar Faruq yang bertajuk " Jangan Cepat Putus Asa Dengan Blog Sendiri " . Daripada post dia tu, ada 1 perenggan yang aku suka baca dan berjaya membatalkan niat aku untuk delete blog Oh Bola tu :

" Blogging pun perlukan latihan.. Latihan untuk berfikir dan menulis.. Untuk apa? Haa.. Korang jadi la blogger lama sikit.. Bila dah jumpa apa yang korang nakkan dalam dunia blogging, korang akan sendirinya belajar untuk dapatkan aim korang tu.. "

Yer latihan seperti mana blogger Umar Faruq tulis. Mungkin aku perlu banyakkan lagi latihan dalam menulis supaya blog Oh Bola tu mendapat sambutan dan meningkat jumlah pelawat. he he he berapi dan semangat gila aku tulis post ni :P

Terima kasih Umar Faruq kerana up post yang sangat tepat dengan masa dan waktunya. Aku tak jadi nak delete blog Oh Bola tu selepas baca post di blog dia tu. Apa yang penting adalah jangan cepat give up sebelum melakukan dengan bersungguh-sungguh.

Comments
14 Comments

14 ulasan:

Ini Kisah Tia berkata...

Tia pun kekadang pernah rasa give-up freaky .. tapi tu lah , nasib baik je semangat masih kuat ..

sergeant keroro berkata...

hehe, sori partner. aku jarang bukak oh bola tu, huhu

aimie amalina berkata...

huwaaaa
bagus la blogger tu,hehe
skrgnye berjaya selamat kan budak ni
hehehe

betol tu! jgn putus asa, mungkin sebab masa, nak kejar masa, bila ada cuti gini, nak rehat skit, sebb tu jadi cm putus asa kan, yg pntg, jgn pernah putus asa, bagi lah masa utk diri dan blog okeh! =]

Arai Lekir berkata...

Monday couple ... ak pon dah ketagih tengok running man

nini berkata...

sama kita...saya da lama tak update....tak sempat, bz dan kekadang rasa cam tadek mood....hahaha

cikumi_violet berkata...

dlu pnh rsa mcm ni jgk..tp lepas ada abg blogger tu brainwash ckit,trsedar tetiba..hehe..keep blogging bro!(^^,)

kizmyself berkata...

abis bila nak ambil aku kerja dengan oh bola ni..hehe

diana berkata...

la..kenapa kamu fikir sampai macam tu..cer fikir balik berapa lama kamu nak naikkan blog utama kamu ni..bukan sehari dua tau..macam tu jugak masa yang kamu perlu ambik untuk naik kan blog kedua kamu..kamu rasa putus asa dengan blog tu sebab kamu berharap yang blog kedua tu akan berjaya macam blog utama.berharap tu boleh cuma tempoh masa tu kamu kena fikir jugak..

GaRy™ berkata...

aq memang pernah alami benda ni.. aq dah berapa kali dah... tapi aq kuatkan gak semangat... tak nak benda yang aq dah usahakan terkubur di tengah jalan.. =(

pengemis Cinta~ berkata...

putus asa normal, tapi jangan layan sangat perasaan tu. mesti kuat. pc pun pernah alami..;)

Syuxer berkata...

layang-layang terputus tali--nyanyian Alleycats harus ko dengar..

lagu tuh mampu upkan semangat..pilihan ku agak kelakar kan hahaha..tapi bait2 lirik tuh memberikan satu semangat kepadaku hehe..

aku pernah alami situasi sedemikian..aku rest wat seketika..pah tu aku sambung perlahan2 hehe..insyaAllah keseronokan itu akan datang semula hhehe

Shaherah berkata...

hahahha shera mmg ngah alami.. jadi take time la.. amek masa.. macam syuk cakap tu..

Umar Faruq berkata...

Ahaks.. Putus asa dalam blogging ni perkara biasa.. Yg penting motivasi diri je.. Kalau mcm aku, kalau aku rasa mcm nk putus asa, aku akan ubah macam2 kat blog tu.. Ubah design, cara penulisan, widget.. Hehe..


Regards
- umarfaruq.com -

Ezad Skytech berkata...

aq pun pernah alami jugak freaky benda ni...rasa macam da malas nak blogging lagi da...

tapi addicted aq kat blog masih kuat lagi...aq cuma ambil masa untuk rehat je...lepas tu sambung balik..huhu~

 
Related Posts with Thumbnails