Jumaat, 11 November 2011

Content Blog Itu Penting

Ramai blogger termasuk la diri aku sendiri begitu ghairah untuk dapatkan pendapatan melalui blog. Buktinya hampir semua blog meletakkan iklan yang comel dalam blog mereka dengan mengharapkan iklan tersebut mampu memberi pendapatan yang baik. Tak cukup lagi dengan iklan yang banyak, kita ping pula blog di merata-rata tempat seperti Facebook supaya dapat menarik ramai pelawat untuk berkunjung ke blog kita.

Tetapi kita sebenarnya tak tahu dan langsung tidak sedar bahawa dalam mengejar pendapatan melalui blog, kualiti content itu kita abaikan dengan begitu sahaja. Ini merupakan kesilapan yang ramai blogger buat termasuk la diri aku sendiri. Nak sangat kejar pendapatan, nak sangat trafik sampai post yang dihasilkan boleh dikategorikan sebagai Hampeh dan Taik.


Jadi dimana pentingnya content blog tu ?

Content blog yang berkualiti dapat memberi kepuasan kepada pembaca serta dapat menarik pembaca yang lain untuk terus berada membaca post-post yang telah dihasilkan dalam blog. Banyak cara dan juga kategori untuk menghasilkan post yang berkualiti antaranya berkaitan dengan tips-tips, tutorial, artikel, perkongsian ilmu dan lain-lain lagi.

Memang tak dinafikan bahawa bukan mudah untuk menghasilkan post yang berkualiti dimana kita dapat menarik sejumlah pembaca ke blog. Kalau bercakap dari sudut blog peribadi sudah pasti ramai yang tahu bahawa sangat susah untuk jumpa blog yang mempunyai post yang best dan berkualiti kerana kebanyakkannya menyentuh isu mengenai diri sendiri seperti diari dan perasaan.

Jadi untuk menghasilkan post berkualiti, tidak ada cara lain selain daripada mencuba dan berterusan mencuba menulis sesuatu yang menarik. Paling kurang pun cuba buat 1 post yang berkualiti sehari. Jika susah, cuba dalam seminggu sekali. Kalau tak boleh juga, cuba sebulan sekali untuk tulis post yang berkualiti.

Apabila post yang kita hasilkan tu berkualiti dan disukai oleh pembaca, dengan automatiknya kita sendiri pun turut akan berasa gembira kerana mendapat respon yang baik. Jika tak dapat respon yang baik. Jangan cepat mudah  putus asa dan teruskan berusaha sehingga la berjaya.

p/s : Aku tulis memang kencang tapi blog aku sendiri tak berkualiti. hahaha

Comments
8 Comments

8 ulasan:

sergeant keroro berkata...

berkualiti la jugak, berbanding dengan aku. haha

diana berkata...

berkuality tu maknanya kena tulis dengan bahasa skema la ye??kalau ye,akak taknak blog akak berkualiti..heheheh

Freaky berkata...

haha takde la skema kak.. biasa2 je..

shah Blogger berkata...

Hahaha firdaus. Anyway i like something anjakan yg ke arah mencuba jd lebih baik. syabas, btl tu. berkualiti tak semestinya skema. Yg penting ada isi yg cukup kan :D ... Nampaknya ko maju lagi :D . btl tu mencuba je. try and eror dok?

Ini Kisah Tia berkata...

tulis guna hati .. ahahaa :)

aimie amalina berkata...

penulisan berkualiti nilah yg dicarikan
menulislah dari jiwaaa =]

Cik Kasih berkata...

kdang2 ade jugak yg mcm 'taik' tp sronok bace..haha sungguh x tipu!
#mulutsayajahathariiini

azri johan berkata...

blog kau ada innity...
so berkualiti la tu..

hehe..

 
Related Posts with Thumbnails