Isnin, 21 November 2011

Bulat Circle Bulat

Badan bulat, muka bulat, perut bulat, apa lagi yang bulat ? Haih tiba-tiba je aku teringin nak jadi kurus balik seperti 2 atau 3 tahun yang lepas tapi ia bukan sesuatu yang mudah untuk dicapai. Apa yang istimewa sangat jadi kurus ni sampai aku nak sangat kembali kurus ? Kalau kurus boleh makan banyak sikit biar jadi gemuk balik. Ha ha gurau je. Kalau kurus rasa bahagia sikit sebab badan selesa dan rasa ringan.

Lagipun kurus dapat buatkan penampilan aku lebih berkeyakinan. Sekarang agak bulat dan nak pakai sesuatu yang agak WoW pun aku rasa segan. Ye la orang lain pakai baju nampak ketul-ketul keras. Kita yang bulat pakai baju nampak ketul-ketul lembut. Sekarang mungkin ni rupa aku :


Nampak bulat sikit di muka. Jika 3 tahun akan datang mungkin akan jadi macam kat bawah pula :






Huuuu Maaakkk Aaaiiiii bulat gila kalau rupa aku jadi macam ni.. nampak huduh gila habaq hang kalau aku jadi macam ni :P

Ni semua akibat daripada makan ikut nafsu. Tapi takde la nafsu sangat kerana aku makan pun bukan banyak kali. Sekadar 2 kali sehari je. Lepas tu sekali makan bukan banyak pun. Separuh pinggan nasi je untuk lunch. Tu pun masih jadi bulat sampai tak hilang pun bulat tu. Demn !!!


Takkan la nak salahkan steamboat kat atas pulak. Aku makan steamboat pun 2 minggu sekali je. Kadang-kadang tu ada la juga seminggu sekali tapi takkan la makan seminggu sekali pun boleh buatkan aku jadi bulat ? Gggrrr rasa sedap pulak bila tengok gambar steamboat kat atas ni..

p/s : Bila la nak jadi kurus balik
Comments
3 Comments

3 ulasan:

sergeant keroro berkata...

2 minggu sekali tu, haha. aku 2 bulan sekali pon xdpt :p

Ezad Skytech berkata...

aq lagi la..tak pernah makan pun steamboat...heee~

Original CikTeddy berkata...

biar x kurus asl bhagia..neway,jaga ksihatan sbb kalo trlmpau gemuk pon bhyae tp tngok freaky ni biase2 aje..rilek la brader..huhu

 
Related Posts with Thumbnails