Jumaat, 11 November 2011

Bestnya Jadi Kaki Game

Sebenarnya aku tak tahu nak tulis pasal apa pada malam ni kerana kekeringan idea sejak petang tadi lagi. Lepas solat isyak tadi aku layan Running Man sekejap dan mereka ada sebut pasal Game. Secara tiba-tiba aku pun boleh terfikir mengenai game komputer, kawan-kawan aku yang layan game, dan kegilaan remaja terhadap game. Zuuupp !!! semua masuk dalam kepala otak aku dengan serentak.

Cakap pasal game malam ni, aku masih ingat sewaktu aku mula-mula serius dengan game adalah apabila ternampak Playstation 1 dan Playstation 2 yang kawan aku ada. Kawan aku ni kaki gaming dan boleh kata tiap kali aku datang rumah dia je mesti dia tengah duk main dengan adik beradik dan kawan-kawan dia. Game pertama yang aku suka main pada masa tu adalah Gran Turismo iaitu game lumba kereta yang agak susah gila babas kerana kawalan streering berat nak mampus.


Masa tu aku dan kawan selalu pergi ke bandar untuk beli cd game yang baru kerana dah ketagih sangat duk main game. Pernah 1 hari tu kawan aku beli sampai 10 cd game sekaligus untuk dia layan. Gila betul beli 10 cd game kemudian balik saja daripada bandar, dia terus ajak aku cuba main semua game yang dibeli tadi. Aku macam biasa la bila kawan dah ajak main game takkan nak tolak pula kan ? Last sekali dengan aku sekali layan sampai 10 game tapi kami main secara bergilir-gilir.

Bila dah semakin besar dan dewasa, aku dah jarang jumpa kawan-kawan yang main game melalui Xbox atau pun Playstation. Kebanyakkannya dah mula main game melalui komputer atau laptop. Kalau cakap pasal game komputer, sudah tentu la yang paling terkenal sekali adalah World Of Warcraft. Aku start main dan kenal game ni pun masa zaman matrikulasi dan sampai sekarang masih ramai kawan-kawan aku yang main game ni.


Ok habis cakap pasal game, sekarang aku nak tulis pasal kaki game pulak. Walaupun sekarang ni aku bukan jenis remaja yang layan game tapi melihat orang main game sangat menyeronokkan kerana dapat tengok pelbagai reaksi dan tindak balas apabila mereka layan game. Biasanya kaki game ni mereka akan fokus gila babas sewaktu bermain game sampaikan air muka pun nampak ketat je akibat terlalu khusyuk dan fokus.

Yang lagi lawak adalah apabila kalah semasa main game. Ada yang menjerit dan memekik akibat tension kalah. Ada juga yang bermuka blurr kerana terpegun dengan kehebatan pihak lawan yang menewaskan diri mereka dan yang tak leh blah sekali adalah mereka siap bincang bagai nak rak umpama bincang strategi nak pergi berperang.






and and and yang paling aku jeles sekali mengenai kaki game ni adalah mereka susah untuk merasa bosan kerana mereka sentiasa ada hiburan untuk dilayan ketika berada dalam keadaan boring. Walaupun game yang dimainkan itu sukar atau sering kali tewas tapi seorang gamer yang sejati tidak cepat berputus asa dan mereka sering bermain game dalam keadaan yang gembira.

Sekarang ni aku dah tak layan game kerana tiada minat untuk main game. Kalau main pun sekadar game flash yang cikai dan bodoh camtu je. Takde nak main yang otai macam perang dan strategi susah yang melampau tu Tapi keseronokan untuk lihat orang main game tu masih ada.
Comments
10 Comments

10 ulasan:

sergeant keroro berkata...

untung jadi gamer cam aku :p

Mr feckry berkata...

guua masih gamer..sbab tu wa masih ade psp

Ini Kisah Tia berkata...

Tia main game bile frustttttttt .. hakhak!

kiz berkata...

aku layan Sim City ngan manager football je..eheh

diana berkata...

tak minat..maklum la ibu2 kan..baik geledah resepi je..heheheh

aimie amalina berkata...

x minat jugak
hehehehe
lelaki dn game x dpt pisah no
hehehehe

eiela berkata...

tak suka main game, nanti tak jadi kerja. dulu masa belajar selalu la main game tak banyak komitmen.

shah Blogger berkata...

Aku pulak bro paling2 main game Chess online je. asyik kalah hahaha

Saiazuan berkata...

aku main PES je skrng ni

Ezad Skytech berkata...

serius...aq da lama tak layan game ni..haha~

 
Related Posts with Thumbnails