Khamis, 10 November 2011

Best Ke Dengar Lagu Dengan Kuat

Masa zaman sekolah dulu, aku ada seorang kawan yang suka sangat dengar lagu melalui MP3. Tapi yang cool pasal dia ni adalah dia dengar lagu dengan volume yang rendah saja. Sangat rendah volume tu sampaikan kalau ada orang bercakap semasa dengar lagu pun masih dengar dengan jelas percakapan. Aku pun pernah la tanya dia sama ada best ke dengar lagu dengan volume yang rendah.


Aku : Wesss X, best ke dengar lagu dengan perlahan ? Macam takde feel je.

X : Kalau dengar kuat nanti boleh rosak pendengaran

Aku : Erkk ok Fine....


Memang betul apa yang dia cakap tu. Kalau dengar lagu dengan kuat atau high volume, boleh menyebabkan pendengaran kita rosak. Tapi maksud aku takde la kuat sampai boleh buatkan telinga pekak. Sekadar nak ambil feel sambil layan lagu yang penuh dengan melodi dan irama je.

and and and sebenarnya aku memang jenis yang suka dengar lagu dengan kuat. Biasanya apabila aku pasangkan lagu dan sumbat earphone kat telinga, memang aku akan lost contact terus dengan dunia luar. Syok wooo dengar lagu dengan kuat sampai boleh buatkan orang jadi bengang apabila mereka panggil tapi kita tak dengar.

Biasanya apabila aku layan lagu dengan kuat, waktu yang sama lepas tu juga aku akan dimarahi dengan kekasih kerana tidak balas sms yang dia bagi akibat daripada aku tak dengar sms yang masuk ke henfon dan langsung tidak rasa vibration.

Kadang-kadang jika nak update blog pun aku akan pasangkan lagu supaya dapat mood yang baik serta dapat idea bertimbun. Tapi kena tengok jenis lagu juga la. Bagi aku memang best layan lagu dengan kuat dan dalam masa yang sama kena beringat juga jangan melampau kuat sampai habis laras volume tu. Nanti tak pasal-pasal cepat je dapat penyakit pekak badak.

Comments
14 Comments

14 ulasan:

Ezad Skytech berkata...

haha...macam sama je dengan aq...kalau da pasang earphone tu..mmg lost contact la dgn dunia luar...panggil pun aq buat tak tahu je...haha~

Ini Kisah Tia berkata...

yes , yesss kita sama ! hehe .. Tia lagi suka dengar lagu kuat2 nak2 time 2 tengan tensen .. weee ~~

aimie amalina berkata...

yay!
sama!
smp mak pon tension..hahhaa
sian mak
paling suke bile owg drive
dngr lagu kuat2 kat nfon tu
pakai headfon..heeee =]

Shaherah berkata...

shera mmg dalam dunia shera je kalau dh dgr lagu kuat kuat.. mmg feel habis.. hahaha..

GaRy™ berkata...

aq kalau dengar lagu memang full volume.. hahaha..

fieha berkata...

suke denga lagu tp volume rendah je..kalo x leh tido selalu pasang earphone n denga lagu..konon2 de org dodoikan la..confirm akan tido :)

diana berkata...

oh!!bukan jiwa akak tu...
boleh kuat tapi sekejap je la..
lama2 akak pening..hehhehe..nak berblog pun tak suka lagu..bising.hehehe

sergeant keroro berkata...

haha, aku bukak speaker full volume jek :P

Bella berkata...

Haha... Betul333... Kadang2 tu wajib kena sumbat telinga baru dpt feeling nak baca @ buat assignment. Tapi ikut mood jugak... Kadang2 tu rasa tak boleh fokus pun ada...

cik pika berkata...

hahaha.. betol2

Dhia BellamiZam berkata...

suke denga kuat2 jgk..tapi ikut mood la..kalau rase xnk kene gangu buka la kuat2..yg pasti kalau naik krete suka kuat2 smpi bole denga dri luar..huhu

Dhia BellamiZam berkata...

suke denga kuat2 jgk..tapi ikut mood la..kalau rase xnk kene gangu buka la kuat2..yg pasti kalau naik krete suka kuat2 smpi bole denga dri luar..huhu

Freaky berkata...

hehe syok kan dengar lagu kuat2.. pasni sah pekak dah :P

ADEEYA berkata...

Hahaha sama lah kita me suka pasang volume kuat :D kalau orang bercakap memang tak dengar aa :D

 
Related Posts with Thumbnails