Selasa, 8 November 2011

Bagaimana Video Lucah Tersebar

Tajuk panas sikit malam ni kasi kepala otak pun panas juga pada malam hujan yang sangat lebat. Sebenarnya aku lebih nak tumpu kepada penyebaran gambar peribadi kaum perempuan yang berleluasa dalam internet. Biasanya kalau kita bercakap pasal gambar peribadi sudah tentu la ada yang ehem ehem dan Uncensored yang boleh buatkan mata lelaki jadi juling secara tiba-tiba.

Kepada perempuan, mesti korang ingat bahawa gambar peribadi dalam Laptop / External Hard Disk sudah cukup selamat kan ? Sebenarnya gambar peribadi korang tidak berapa selamat kerana masih ada perkara yang perlu dilakukan demi memastikan ianya betul-betul selamat dan tidak jatuh di tangan lelaki yang dahagakan hawa nafsu.

Oleh kerana banyak sangat gambar student ipta atau gadis ofis yang disebarkan di internet sejak dahulu lagi, jadi aku akan tunjukkan dengan ringkas bagaimana sebenarnya gambar-gambar peribadi perempuan jatuh di tangan lelaki asing dan kemudian berjaya disebarkan di internet.

Dengan menggunakan internet IPTA atau internet Pejabat :


Fakta : Hampir setiap IPTA dalam negara ni ada Hacker ( penggodam ), paling kurang pun mungkin seorang atau 2 orang sahaja. Biasanya mereka ini yang mengawal internet yang ada di IPTA korang dan segala apa yang menarik di mata mereka, pasti mereka akan ambil termasuk la gambar koleksi peribadi korang. Kalau ada video peribadi pun pasti juga akan diambil sama. Maksud Man In The Middle pula boleh klik SINI .

Katakan 1 IPTA tu ada 4000 pelajar perempuan yang mana hampir setiap orang daripada mereka mempunyai gambar koleksi peribadi yang Hot Stuff. Bayangkan Penggodam dapat access semua folder gambar peribadi mereka. Fuuuuuuuu sangat heaven copy 4000 folder gambar peribadi yang sangat hot kemudian disebarkan di internet.

Aku takde la kata Hacker ni jahat sangat tapi mereka ni biasanya agak " nakal " jadi apabila mereka Ternampak 1 folder yang penuh dengan gadis-gadis ayu ipta, sudah tentu mereka akan copy folder tu untuk disimpan sebagai koleksi peribadi mereka.


Jadi bagaimana nak elakkan gambar-gambar peribadi korang daripada dicuri apabila menggunakan servis internet di IPTA atau pejabat ?


1. Jadikan laptop / komputer korang sebagai sistem sahaja. Jangan simpan fail-fail peribadi seperti gambar atau video ke dalam hard disk laptop.
 
2. Jika menggunakan External Hard Disk, pastikan anda remove External tersebut apabil laptop disambungkan ke internet IPTA / pejabat.

3. Hide-kan folder gambar peribadi. Walaupun cara ni kurang berkesan tapi Penggodam juga seorang manusia dan manusia sering terlepas pandang sesuatu yang disembunyikan.

4. Elakkan guna free public Wi fi seperti yang ada kat KFC atau McD. Biasanya tempat macam ni Hacker suka lepak dan curi apa yang melintasi di skrin komputer mereka

5. Tak payah la simpan gambar peribadi yang Hot Stuff dan seksi. Bahaya kalau jatuh di tangan yang salah. Kang tak pasal dapat malu bila tersebar luas di internet

p/s : Tajuk lari daripada content.. he he dah dekat tu gambar dan video :P

Comments
11 Comments

11 ulasan:

mas saari berkata...

ish...jangan simpan gambar camtu, tak baik tau!

kajaharuna berkata...

untuk selamat.. jangan la simpan gambar bogel dalam laptop ye adik2..

senang cerita, jangan la tangkap2 gambar bogel ni, takde faedah pun..

dengan ini, saya mengaku, saya reti hack butir peribadi orang..

tp kalau buat pun, tak mendatang kan faedah kan :))..

diana berkata...

sebauknya jangan ambik gambar dalam keadaan yang tak elok..heheh

beskalbuwok berkata...

haha..

misteri video *&%^ berjaya dibongkar freaky..

tahniah broo... hi hi hi...

tutorial nk jadi "man in the middle xdak ker" hahaha..

Ezad Skytech berkata...

yang guna wifi free tu..hati2 la ye...heeee~

Anif Abdullah| AA berkata...

kau ade pengalaman ke?hehe..

kene hati2 zaman skunk ni.macam2 ..

pengemis Cinta~ berkata...

setuju dengan kak diana.hehe;) tak perlu kot walau untuk simpanan peribadi.^^

aimie amalina berkata...

huwaaaa
hak milik sendiri pon bahaya skrg ni
tangkap gambo aym jela pasni
hehehehe

sergeant keroro berkata...

camne nak jadi man in the middle?

*gatal*

shah Blogger berkata...

Tips paling bagus... Jgn amek gmbr mende2 tut ni haha

GIler lukisan ko art siut :D

Freaky berkata...

shah : ampeh gila perli art aku buat. hahaha

 
Related Posts with Thumbnails