Sabtu, 5 November 2011

Apa Dah Jadi Dengan Blog Ni

Beberapa hari ni aku kurang sangat update kerana minggu ni ada 2 test. Semalam dah habis test yang terakhir untuk minggu ni tapi aku tak online dan tak tengok blog. Sebaliknya masa aku banyak dihabiskan dengan tidur je hari ni.

Oh ya aku bukan tidur je hari ni. Tidak ketinggalan juga aku layan Sbs Running Man yang sangat popular dan best ni. Hari ni saja dah banyak episod aku layan sampai tak larat dah nak gelak.



Nampaknya cuti pertengahan semester Universiti Malaysia Perlis telah pun bermula dan ramai pelajar dah pulang ke kampung halaman untuk menyambut Hari Raya AidilAdha bersama keluarga tersayang.

Aku pula masih ada di Perlis kerana tiket balik ke Terengganu adalah pada esok malam. Haihh ni la akibatnya apabila beli tiket balik terlalu lewat. Nasib baik tiket ada jual lagi, kalau dah habis memang aku beraya di Perlis je la jawabnya.

Ok la nak bersantai sambil layan movie jap. Dalam rumah ni aku seorang je lagi yang masih tak balik. Sunyi gila kolej kediaman sekarang ni =_=


Comments
11 Comments

11 ulasan:

Panggil Aku Han berkata...

syukur lah dh habis test terakhir..
moga perjalanan esoknya berjalan lancar...^_^

cik ika berkata...

semoga selamat sampai..ika pown esok bwu balik..

Ayied Zudin Hashim berkata...

Slmt Aidiladha :)

kiz berkata...

slmt bercuti firdaus...

saveqmm berkata...

hati-hati dalam perjalanan pulang arr bro...
Selamat Hari Raya Aidiladha!!

fuuyooh berkata...

kolej sunyi ada hantuu .. hahaha..

Bro Ahmad berkata...

nanti mak lampir singgah kat sana , awas freaky

ADEEYA berkata...

Salam AidilAdha. Have a safe journey bro.

Ezad Skytech berkata...

duduk sorang2 serius bosan...aq da pernah merasa...heee~

selamat bercuti freaky...

Wanz Mejuez berkata...

wehhh Alexa Rank ko dah jatuh dah eh??

Freaky berkata...

mejuez : dah lama jatuh bang :D

 
Related Posts with Thumbnails