Ahad, 30 Oktober 2011

Yang Mana Satu Pilihan Korang

Petang tadi aku ada pergi ke kafe untuk membeli makanan untuk makan petang ( ada ke makan petang ? ) dan aku hanya beli nasi ayam bungkus kerana malas nak makan kat kafe tu seorang diri. Yer aku memang lelaki looser suka makan seorang diri dan aku mengaku tu.

Sementara tunggu sup ayam siap dan sos yang tengah masak diatas dapur, maka aku pun layan dulu tengok tv kat kafe. Kemudian aku perasan bahawa kat depan ada sekumpulan awek-awek yang sedang makan sambil tengok tv dan mereka juga begitu rancak berbual.

Manakala di hadapan sebelah kanan tidak jauh daripada tempat aku duduk, ada seorang awek yang sedang makan seorang diri tanpa ditemani teman lelaki atau kawan-kawan seperti girls yang lain.


Mulanya aku fikir awek ni mesti sangat teruk social life dia sama macam aku sebab tu dia makan seorang diri tanpa ditemani sesiapa. Tapi beberapa ketika kemudian mata aku asyik melekat kat dia. Bukan kerana dia pakai seksi atau cun tapi seolah-olah personaliti dia berbeza daripada girls yang lain.

Ok ini mungkin sangat susah difahami jadi aku bagi contoh 1 situasi :

Situasi

Korang sedang melepak di suatu tempat seperti kedai makan. Kemudian korang nampak ada sekumpulan lelaki / perempuan di sebelah kiri korang manakala ada seorang lelaki / perempuan di sebelah kanan. Yang mana 1 korang akan skodeng atau usha ? Kiri atau Kanan ?

***********


Aku rasa jawapan korang mesti akan skodeng yang kiri kan ? dan jawapan korang adalah mungkin kerana di sebelah kiri mereka agak ramai dan kemungkinan untuk nampak yang cun dan hensem tu lebih tinggi berbanding yang seorang diri di sebelah kanan.

The truth is :

Kalau korang yang jenis sukakan tarikan ( attraction ) atau hanya menilai seseorang berdasarkan luaran, memang korang akan memberi tumpuan kepada yang sebelah kiri iaitu sekumpulan gadis / jejaka.

Tapi jika korang jenis yang suka menilai seseorang berdasarkan peribadi dan tidak mudah dipengaruhi dengan penampilan luaran, korang akan memberi tumpuan kepada seorang gadis / jejaka di sebelah kanan.


Come on !!! di sebelah kanan tu ada gadis / jejaka yang duduk sendirian tanpa ditemani sesiapa pun. Ada Sejuta Satu soalan bermain di kepala otak mengenai gadis / jejaka tersebut kalau kita perhatikan dengan lebih teliti.

Antara Sejuta Satu seolah tersebut itu boleh jadi :

- Siapa gadis / jejaka ni ?
- Dia ni ada masalah dengan kawan-kawan ke ?
- Dia ni masih single ke ?
- Dia nampak tenang dan cool je walaupun seorang diri
- Macam mana diri dia yang sebenarnya ye ?

 Fuuuuuuu banyak sangat soalan yang timbul sampai tidak larat nak jawab. Apabila banyak soalan yang kita sendiri tidak mampu nak jawab, kita dengan sendiri akan tertarik untuk kenal dengan lebih rapat lagi gadis / jejaka tersebut kerana mereka ini sangat misteri untuk diterokai.

Jadi kamu pilih la untuk tertarik dengan gadis / jejaka yang biasa sahaja yang mampu dibaca dengan mudah personaliti mereka atau mahu tertarik dengan gadis / jejaka yang mempunyai Sejuta Satu persoalan yang misteri.

p/s : First impression pada gadis / jejaka yang duduk sendirian adalah mereka suck in social life. Tolong buang bad first impression macam ni.
Comments
6 Comments

6 ulasan:

SoLy SoLicious berkata...

kdg mkn gak sorag..tp xbermakna makan sorag tu truk dlm social life

Ahmad Haziq Azlan berkata...

hensemnye awek tu....

akaSHa berkata...

mgkin btol..tp posting ni merbahaya tau encik blogger..nti girl2 kuar sorg2 smata2 nak dpt perhatian.. mcm mana dgn keselamatan diorg nti klu x kuar berkumpulan..
p/s:cube bygkan kt tmpt mkn tu, stp meja ada hy sorg girl.. nti penuh la tmpt mkn tu, guys nk dok mana ..hehe

IMANSHAH berkata...

gua pakai spek mata hitam, jaga aurat bro..huhu

Zul Fattah berkata...

aku xde awek.. so aku usha awek yg duk sorang tu r...

aPIP berkata...

patut r kalau aq lpk kt kdai mamak sambil on9 klau ade awek mesti nk toleh2 kt aq... ape ekk.. haha

 
Related Posts with Thumbnails