Isnin, 17 Oktober 2011

Wikipedia Bm atau Bi

Mesti semua orang tahu apa itu Wikipedia kan ? Kalau ada yang masih tak tahu, cepat pergi lawat laman web tu sebelum aku langgar laju-laju dengan kereta. Apa yang menariknya mengenai wikipedia adalah perkongsian ilmu itu dipelbagaikan dengan banyak bahasa mengikut rantau dan negara.

Biasanya kalau aku baca maklumat dalam wikipedia, aku akan baca dalam bahasa inggeris dan sangat jarang baca dalam bahasa lain atau dengan lebih tepat lagi dalam bahasa melayu.

Jadi pagi tadi aku ada terbaca maklumat pasal Roti kat laman web wikipedia dalam bahasa melayu dan rasa agak janggal sikit. Biasa duk baca dalam bahasa inggeris dan tiba-tiba pagi tadi baca dalam bahasa melayu menyebabkan aku rasa agak WOW kerana lebih mudah difahami dan menarik bila dibaca.


Ada beberapa kawan aku berasa sangat pelik apabila melihat aku baca wikipedia. Tak tahu apa yang pelik sangat tapi bagi aku biasa je kerana wikipedia banyak je maklumat berguna terutama sekali kepada aku sebagai pelajar engineering ni.

Kawan : Awat hang rajin sangat duk baca wikipedia ni ?

he he kalau tak silap tu ayat yang kawan aku bagi semester yang lepas. Sangat seronok sebenarnya baca wikipedia kerana dapat menambah pengetahuan am mengenai sesuatu perkara. Jangan duk baca paper dan majalah je. Sekali sekali buka la juga wikipedia yang penuh dengan maklumat ni.

Comments
8 Comments

8 ulasan:

Umie Artoqiemie berkata...

jarang baca wiki hehe.. sebab kadang2 maklumat yg depa bagi salah. terutama pasal sejarah art.

diana berkata...

majalah hiburan pun akak malas baca ni kan pulak wikipedia..
ekekkee

FaKArePa!n berkata...

aku suka baca mangastream aje.. huhu

[sutera kasih] berkata...

ms study dulu, pensyarah melarang keras kitorg ambik sumber dr wiki sebab tak semua isi kandgn betul..hehe tp utk santai2 okey je

MiZi berkata...

fakta tentang aku... tak pernah guna wikipedia.. kecuali orang dah tolong bukak kan.. hahaha


Post Ngeri

Zul Fattah berkata...

haha.. wiki la tempat aku siapkan assignment aku..

SoLy SoLicious berkata...

wikipedia BM punye translation kurg la..

Farhan Hanif berkata...

aku suka baca wikipedia pasal alam semesta dgn mesir purba...byk ilmu boleh dpt

 
Related Posts with Thumbnails