Ahad, 9 Oktober 2011

Tidur Atau Update Blog

- Kemas bilik   ~ dah
- Basuh baju ~ dah
- Makan-makan ~ dah
- Update blog ~ sentiasa belum :P

Tapi apa yang nak diupdate tu selalu bermain dalam kepala otak. Bukan apa, sebab sekarang ni sudah masuk waktu petang jadi otak pun jadi slow sikit dan asyik fikir nak landing atas katil yang gebu je.

Nak tidur rasa malas pula kerana petang ni nak pergi jalan-jalan dan jogging. Ehem semangat gila nak kurus sampai hampir setiap hari aku berjogging. Alhamdulillah ada juga beberapa orang kawan aku kata badan aku dah kurus sedikit berbanding dulu. Muka pun dah takde bulat macam bola yang nampak best untuk ditendang.


Maigod !! tak nak la gemuk macam ni

Bosan gila kan aku duk asyik sembang pasal jogging je. Macam nak menunjuk pula yang aku ni rajin jogging. What ever la Firdaus oiii ( LOL ).

Ok tukar topik pula. Hari ni trafik agak jatuh juga kerana hari ahad ramai yang tak tengok blog. Ada yang pergi holiday, jalan-jalan, dan juga berehat. Aku pula waktu rehat adalah waktu untuk tengok blog. Kalau sehari tak tengok blog memang tak sah rasa jiwa ini.

 Aku tahu ada yang langsung tidak kisah jika tak tengok blog seminggu atau sebulan tapi apabila ada benda sedih atau gembira yang dialami, pasti mereka akan update blog. he he dah banyak aku jumpa macam ni kerana mereka masih tidak tegar.

Kalau semua tegar jadi susah pula kerana tiap masa ada je yang update sampai tak sempat nak blogwalking semua. Apa pun keadaan sekarang memang dah cukup baik kerana seimbang yang update dan tidak update.

p/s : Syok woo jadi blogger tegar ni.. ketagihan melampau 



Comments
9 Comments

9 ulasan:

diana berkata...

traffic ahad memang tak boleh buat apa2..
jam 5 dah..
baru nak cecah 3 ratus...
hantuk2 kepala kat dinding je la..
dah la tak bw..
sah la 3 ratus tu sampai tengah malam ni..
hehheh

FaKArePa!n berkata...

ketagihan yang tiada ubatnya..

ijA berkata...

ahahaha..kita pun tiap2 hari nK JE blog walking, setiap masa..blog yang kita follow akan kita baca entri tapi malas nak komen..hahaaa

Ezad Skytech berkata...

haha...da parah da penyakit kita ni freaky..sehari tak tengok blog tak boleh duduk diam kan..haha~

aimie amalina berkata...

hehehehe
dh mule merasakn kesakitan
bile x hupdate
hahahaha
lagi sakit dr demam
hehehehe

schaze zainn berkata...

kalau idea banyak takpe.

:D

Fay berkata...

tak sampai mood ketagihan lagi.. heee~ :D

SoLy SoLicious berkata...

ketagih bebnor...p mn2 mmg ingat belog...asyik duk mikir nk hupdate ape..haishh

[sutera kasih] berkata...

rasa mcm pelik kalo tak bukak blog sehari..buka mata je msti nk bukak lappy..sgt ketagih hehe..

 
Related Posts with Thumbnails