Jumaat, 14 Oktober 2011

Sperma Mati Pada Hari Jumaat

Status : Stupidity Activated

Cuaca pada setiap hari di Kuala Perlis sentiasa panas terik termasuk la pada hari jumaat yang mulia ni. Jadi panas atau hujan, solat jumaat tetap kena hadir walau macam mana keadaan sekali pun kerana ia merupakan suatu kewajipan.

Aku pergi solat jumaat dengan naik motor roomate dan kami pergi bersama-sama sebagai sahabat sejati :P . Bila sampai di masjid, parking motor di bawah sinaran mentari yang sangat terik. Nak parking bawah tempat teduh dah tiada ruang jadi terpaksa letak juga bawah matahari panas.


45 minit kemudian, solat jumaat pun sudah selesai ditunaikan dan aku bersama roomate mahu pulang ke rumah dengan cepat. Mentari masih lagi memancarkan cahaya yang terang beserta kepanasan yang sangat melampau.

Bila sampai je kat motor di bawah sinaran mentari yang panas, roomate aku terus duduk atas kusyen motor yang panas tu. Kemudian aku pula naik atas motor dan duduk atas kusyen motor yang panas.

Perrgghh panas gila habaq hang. Rasa macam masak je punggung aku masa tu. Telor aku memang sah la dah masak. ha ha ha

Roomate : Habis la mati sperma sebab panas sangat kusyen. Hari jumaat je sperma akan mati kalau macam ni. ( LOL )

Sampai kat rumah aku duduk atas kerusi besi untuk menyejukkan punggung yang masak dipanggang oleh kusyen motor yang panas tadi.

p/s : Agak-agak sperma mati tak tadi ? =_=



Comments
17 Comments

17 ulasan:

ijA berkata...

oo..fikir jauh juga tu..ingatkan benda lain..hahaahaa..ketawa depan lappy sorang-sorang..

SoLy SoLicious berkata...

oo.. cube carik kot2 ade kajian psai tu..haha

Cik Asma BLuppy berkata...

hhahahaha.. jeng!

de engineur berkata...

takpe sperma lama mati, ganti ngan sperma baru

Syazwan Che Deraman berkata...

sperma sentiasa akan diproduce kan..

heheh

dont worry.

Mohd Azrul Aziim berkata...

hahaha..aku ingat mati betul-betul. xde maknenye bro..

Miss Nadya berkata...

pasti lelaki luar cuaj masa mula2 nk baca entry ni..^_*

new entry :: Blog Pilihan Hari Ini ツ

AmalinaRazif berkata...

haha....saintifik nye fikiran...wahaha... :D

Bro ahmad berkata...

kemungkinan tu ada mengikut kajian hmm

Qaseh Qhaleef berkata...

halamakk .. sperma yg encik freaky risaukan...hahaa

Luqeem™ berkata...

hahahahahaha..boleh plak gitu..sah sah bila bawa moto, badan dah sejuk..

beskalbuwok berkata...

tudia... smpai dah masak... try rasa sedap x.... hahaha

sergeant keroro berkata...

Kat sini pon panas terik tadi. Haha

shah Blogger berkata...

Haha adios btl la. bukan main lagi eekeke..

[sutera kasih] berkata...

haha advance tol fikiran kamu ni smpai ke situ

mamaNoriz berkata...

ceh, uat suspen jek!

hehehe..

klu gitu, pakai pampes tebal sket...
wakakaa...

Zul Fattah berkata...

sengal r member ko Oh.. terkejut sperma aku tau.,. mengggong

 
Related Posts with Thumbnails