Selasa, 11 Oktober 2011

Semuanya Mengenai Memori Cinta

Aku tahu skop pasal memori sangat luas sampai boleh cerita daripada zaman kanak-kanak hingga la zaman tua. Part yang paling best sudah tentu la zaman kanak-kanak dan dewasa kerana masa tua masih segar dan larat nak buat bermacam kerja.

Tapi kali ni aku hanya nak tumpu pasal memori cinta je. Perghh dah la post yang sebelum ni pasal Quote cinta, kali ni pun post pasal cinta lagi. Peeerrgghh masak la macam ni kalau 1 hari duk post pasal cinta je. :P

Aku tahu kalau cakap pasal cinta pasti semua orang ada pengalaman masing-masing tak kira la yang baru nak bercinta ataupun yang sudah berkahwin. Biasanya yang berkahwin lagi banyak pengalaman bercinta tapi mereka lebih suka untuk tidak berkongsi kemanisan tersebut.


Ehem aku sendiri pun ada memori cinta lama. Tipu la kan kalau cakap tak ada. Benggong macam mana sekalipun diri aku ni, tetap ada usaha nak mengorat dan berkenalan dengan perempuan yang aku minat juga. LOL takkan nak diam dan simpan dalam hati je. Tak best la macam tu

Setakat ni aku sudah ada 4 memori bercinta ( kantoi :P ) yang mana 1 tu aku tidak sempat bercinta walaupun sudah lama menaruh perasaan pada perempuan tu. Hurrmm mungkin dia fikir aku ni bukan taste dia sebab itu aku ditolak dengan mentah =_=

Tapi takpe nanti aku akan ceritakan semua 4 memori percintaan yang aku alami dalam post yang akan datang. he he he hari ni nak sembang pasal memori cinta je. Siapa yang tak suke tu minta maaf la kerana aku pun nak meluahkan rasa dalam blog sendiri juga.

Asyik duk bagi pendapat dan jadi free thinker je kadang-kadang bosan juga. Nah !! sekali hari ni aku akan ceritakan pasal memori bercinta. Peergghh jadi mat jiwang karat dah la aku ni. Haduyaiii !!!


Comments
8 Comments

8 ulasan:

emy|farid berkata...

hahaha jiwang encek yeee

Umie Artoqiemie berkata...

hari selasa musim jiwang ke? ahaha

Op Anaz berkata...

jiwang hahak

Qaseh Qhaleef berkata...

huhhu .. mmg skrg tgh mood cnte2 kot ... :) waiting crite cinta encik freaky ..

Shaherah berkata...

hahah xpe xpe.. nnti cerita ok..

Ini Kisah Tia berkata...

hahaa . takpe .. Tia nak baca :)

syaz@rozelt berkata...

wah advance nie dah 4x bchenta tuuu..

sergeant keroro berkata...

mat jiwang wehhh, haha

 
Related Posts with Thumbnails